Popular Posts

Friday, October 19, 2007

CERITA ORANG POLITIK 12

Khabarnya mantan Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Said disebut-sebut mahu memimpin kaum hawa.Betul ke Datuk? Kalau duduk kerusi lama sangat, tentu ramai sudah bosan.Eloklah bagi kerusi itu kat orang baru.Tak payah nak rebut-rebut? Yang lama patut berundur untuk beri warna baru kepada sesuatu organisasi.
Fikir-fikirkanlah!

Selamat Bertemu Kembali...

Dah lama blog ini saya biarkan sepi.Kini kita bertemu kembali untuk sama-sama mengisi ruang waktu.
Cerita pilihan raya kian menghilang dari agenda politik.Bilakah pilihan raya ke 12 nak diadakan?
Semua orang menunggu dengan debar di dada.

Adakah anda tahu tarikhnya?

Monday, July 30, 2007

CERITA ORANG POLITIK 11

Apa dah jadi dengan Datuk M.Kayveas ni? Kenapa nak ugut? Tunggulah bila dekat pilihan raya baru cakap pasal kerusi.
Jangan buat banyak sangat tuntutan.Sampai kerusi Datuk Bandar Ipoh pun dia mahu.Apa rasionalnya.Ipoh bukan PPP punya.Sabarlah datuk..

Thursday, July 26, 2007

TERKINI -RAIS

Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim mengumumkan keputusannya tidak bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel pada November ini.Katanya, beliau tidak ada masa untuk berkempen kerana sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi J/K Sambutan Kemerdekaan Ke 50.Negara lebih utama,katanya.Syabash Datuk Seri.
Dengan pengumuman itu tamatlah spekulasi (setakat hari ini) mengenai pengganti beliau di Parlimen Jelebu.Itulah politik.Apa yang dijangka, boleh berlaku sebaliknya- yunus alias.

Saturday, July 21, 2007

CERITA ORANG POLITIK 10

alkisah..saya menerima satu panggilan telefon dari pejabat MB...kata si pemanggil saya dicalonkan untuk dianugerah pingat..terkejut beruk saya.Apalah jasa saya nak dibagi pingat.Saya tanya si pemanggil, "Pingat apa? Datuk ke?.." Si pemanggil kata Tak taulah..
Saya pun tak kisahlah.Dah ramai orang dapat pingat..yang susah dapat tanah..kalau kroni senang agaknya..sampai sekarang saya tak pernah "dikurnia" tanah..tapi kawan saya di Selangor dapat hingga lima enam puluh ekar..ratus pun ada..tiba-tiba jadi kaya.pakai kereta "orang kaya".Dia tu dulu kerja di Pejabat Tanah, bila berhenti campur politik..itu agaknya cara nak dapat tanah..tapi nak dapat pingat camno?Inilah politik..khabarnya banyak sangat orang politik dapat tanah.Strategik pula, memang sengaja nak bagi kaya kroni, sebab mereka jual dapat duit juta..juta..tapi jika dianalisa, yang untung bukan si pemilik tanah tadi, tetapi pembeli toke-toke yang memang sudah kaya.Misalnya dia beli dua juta, lepas tu buat rumah,kondo,dll..lipat gandalah untungnya..apalah bodoh sangat orang kita ni.Nak kaya cepat,tapi bagi orang kaya lebih kaya..
Biar apapun kurniaan pingat satu penghormatan dari Istana..nanti panggillah saya Datuk "Y"?

Saturday, July 14, 2007

CERITA ORANG POLITIK 9


Siapa ganti Rais di Parlimen Jelebu?

Bekas Cikgu saya ini kabarnya nak dicalon sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Tentu duduk di London.Mungkin bertaraf Menteri? Kekal jadi Wakil Parlimen Jelebu.Tetapi jika sebaliknya, siapa calon yang sesuai ganti tempat Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim?
Khabarnya orang Seremban akan turun tanding Parlimen Jelebu.Siapa? Jika ya, semua orang kenal beliau..tak apalah..asalkan kita kenal dan diterima oleh pengundi Jelebu.Datuk Rais bukan calang-calang tokoh..bekas MB,Menteri dan kini Menteri KEKWA..calon yang bakal ditonjolkan nanti mesti setanding dan mempunyai karisme seperti beliau juga.
Datuk Rais memang seorang yang versetail dan disukai penduduk Jelebu.Beliau pernah duduk di Amerika mengajar peace corp dan balik ke Jelebu mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang kemudian belajar undang-undang di Singapura,balik buka firma Guaman di Kuala Lumpur.
Beliau pernah kalah di Parlimen Jelebu kerana bertukar "kapal" tetapi kembali semula selepas "menaiki kapal lama" dan diterima oleh pengundi Jelebu..itulah Datuk Rais.
Sekalung tahniah dari saya untuk Dr.Rais Yatim!

CERITA ORANG POLITIK 8


ALKISAH DI SELANGOR..

Marah benar MB Selangor Datuk Seri Dr.Khir Toyo.Minggu lalu kisah pemberian pingat kepada pegawai kerajaan Selangor.Pembohongan terancang,katanya.Tak buat kerjapun dapat pingat..ikut giliran kata orang Selangor.Pingat dah banyak sangat ditempah kut..bagi-bagilah sesama "kroni"..Memang betul kata MB itu.Kalau pergi ke pejabat kerajaan, kita mesti ambil cuti sehari.Selalu pegawai "outstation" atau "meeting".Kita datang jam 8 pagipun,selalu begitu..di pejabat Tanah,Daerah ke..semua sama.SUK?..depa ni lupa siapa bayar gaji agaknya..duit cukai yang kita bayar tulah..sikap begini memang patut ditegur..pun dapat pingat..malulah sikit..
Lagi kisah MB Selangor...pasal pecah tanah dan rasmi web portal..Dr.Khir kata tak mau layan jemputan begitu..lepas pecah tanah,rakyat datang ke Bukit Melawati mengadu pemaju hilang..begitu juga web portal,lepas rasmi tak update..macam-macam lagilah..
Lepas ni apa pula.?.

Monday, July 9, 2007

CERITA ORANG POLITIK 7

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bhg Johor Baharu 7Julai hangat.Ketuanya Khalid Mohamad bangun bentang usul tergempar mengenai Lee Kuan Yew.Khalid marah Lee Kuan Yew tuduh Umno johor mahu jatuhkan Pak Lah.Dia desak Lee Kuan Yew tarik balik tuduhan itu.Ucapan Khalid dapat sokongan pemuda yg hadir.
Sidang itu bayak tumpu kepada Lee Kuan Yew dan Wilayah Pembangunan Iskandar.Khalid cadang semua nama Melayu dalam WPI dikekal.

Sunday, July 8, 2007

CERITA ORANG POLITIK 6

Baru-baru ini saya ke Selatan.Singgah sekejap di bumi kelahiran pahlawan Melayu lima sahabat -Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi.
Singgah duduk di warung Bandar Hilir.Duduklah seorang lelaki berusia lingkungan 40an.Dia membawa briefcase.Diletaknya briefcase di atas meja.Saya kira lelaki ini 'bukan sebarangan", bertali leher.Kacak dan bergaya ala eksekutif...tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lantas menyapa:Helo YB! Dia menghulur tangan.Lelaki yang dipanggil YB itu tidak menyambut tangan lelaki itu yang mahu berjabat salam."Baik.."katanya dengan nada kurang senang.Dia macam malu dipanggil YB.Kenapa? "Aku gurau je.."kata rakannya tadi.Dia segera mencapai kerusi dan duduk sebaris dengan meja saya.
Rupanya lelaki tadi ialah AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Dia sering dipanggil YB di kalangan rakan rapat.
Mereka seolah-olah mahu bermesyuarat.Membelek-belek fail yang dikeluarkan dari briefcase sejak tadi.
"Yalah kita kena bantu CM.La ni dah ada virus baru.Mereka namakan virus Melaka.CM marah.Kenapa dikaitkan dengan Melaka,"kata lelaki kacak tadi."CM minta JKKK jelakan kepada orang kampung .Virus tu bukan berasal dari Melaka".
Lelaki itu kelihatan serius.Dia seolah-olah berucap kepada ratusan orang.
Fahamlah saya apa yang dimaksudkan lelaki itu.Dia merujuk kepada pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.Chua So Lek mengenai penemuan virus baru oleh saintis tempatan diketuai Dr.Kaw Bing Chua.
Virus itu boleh menyebabkan sakit demam boleh berjangkit bawaan kelawar yang ditemui di Melaka.
Tanda-tanda virus itu demam panas yang tinggi,batuk,selsema,sukar menelan dan lemah seluruh anggota.Ia tidak membawa maut.
Satu keluarga di Melaka dikatakan mengidap penyakit bawaan virus itu.
CM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak senang dengan virus itu dilabel Melaka.
Beliau mahu nama virus itu ditukar kepada nama lain.Memang tidak sesuai kerana Melaka sudah maju membangun.Usaha Ali akan hancur begitu sahaja jika nama Melaka dikaiytkan dengan virus berkenaan.
Pelancong tentu takut nak datang ke negeri Bandaraya Bersejarah itu.

Tuesday, June 26, 2007

INGIN WANG TUNAI?

Jangan tunggu,sila SMS ke:019-3895339.Nyatakan nama,alamat lengkap.

Friday, June 15, 2007

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya.
Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasaran dikuasai orang luar.
Renung-renungkanlah.

Thursday, June 14, 2007

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat

"The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur.

Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu

Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Wang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1837 apabila urusniaga menggunakan nilai matawang rupee.Pemerintah Inggeris ketika itu mengarahkan semua negeri-negeri Selat mengguna rupee.Ia bertahan selama 30 tahun sebelum dollar perak diperkenalkan.

Penddukan Jepun sekitar 1942-1945,kerajaan unakan.Jepun mahu matawang mereka digunakan.Matawang rupee hilang begitu sahaja.

Selepas Malaaysia (Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada 1957, matawang ringgit digunakan.Ringgit yang diambil daripada wang perak Sepanyol.

Kini Malaysia menggunakan RM sebagai simbul ringgit.

Friday, June 8, 2007

MEMO UNTUK MENTERI

Masrina baru berusia 28 tahun.Menamatkan pengajian di Uitm dalam pengajian media dengan ijazah Sarjana Muda kelas ke 2 pada 2003.Nasibnya agak baik diterima sebagai Wartawan Kadet di sebuah akhbar terkemuka di Kuala Lumpur pada awal 2004.

Berkat kegigihannya,dia berjaya melepasi 'cadetship' divtahun pertama.Gaji yang diterima bolehlah tahan.Bersama elaun dan overtime, mencecah RM3,000 sebulan.Dapatlah bantu adik2 yang masih menuntut di kolej swasta.

Berkahwin dengan seorang pegawai polis pada November 2006.

Kegembiraan sebagai pengantin baru hancur apabila 'permohonan' bertukar ditolak mentah2 oleh pihak pengurusan.Dia mula tersepit antara kerjaya dan suami.Pihak pengurusan mengakui dia pekerja yang baik dan berpotensi dan aset syarikat.Tetapi dalam masa yang sama menolak permohonannya bertukar.

Sebagai pegawai polis.suaminya akur dengan jabatan bahawa sesuatu penempatan itu mempunyai 'kontrak' tidak kurang lima tahun.

Masrina tidak mempunyai pilihan terpaksa meletak jawatan.Cita2 untuk mener uskan kerjaya wartawan dikuburkan demi suami tercinta.

Dia kini terpaksa memulakan langkah pertama yang amat sukar.Mau tak mahu, dia terpaksa menerima hakikat bahawa biar bagaimana hebat sekalipun seseorang pekerja bagi pengurusan tidak ada pekerja yang 'super'.Anda boleh pergi tanpa halangan.

Pengalaman Masrina ini mungkin pernah anda alami juga.
Bagi syarikat apabila seseorang pekerja berkahwin,peratus 'aset'nya akan menurun.Dia akan dilihat sebagai bebanan.Kos untuk 'maintain' pekerja wanita seperti ini terlalu tinggi.Jalan yang mudah,apabila dia membuka mulut untuk bertukar mengikut suami,jangan benarkan.Paksa dia 'resign'.

Itulah kisah yang berlaku kepada Masrina.
Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada gadis yang baru berkahwin dan terpaksa memilih antara kerjaya dan suami!.

Sikap prejudis majikan terhadap pekerja wanita masih tebal.Kadang2 ia menjejaskan kerjaya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil harus meneliti keadaan tidak sihat dalam industri seperti yang dialami Masrina ini.

Mungkin banyak lagi kes sebegini berlaku di sektor swasta.Majikan beranggapan pekerja wanita yang berkahwin akan kurang produktif,sering bercuti,cuti yg panjang akibat bersalin dan tanggngan kos yang tinggi terutama kos perubatan.

Pertubuhan atau pergerakan wanita harus melihat perkembangan ini dan segera beri ndak bagi mengelakkan lebih ramai wanita jadi mangsa!

Sunday, June 3, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Sir Harold Mac Michael mahu menubuhkan kerajaan baru Malayan Union di Tanah Melayu.Dalam laporannya Report On A Mission To Malaya,Mac Michael berkata Tanah Melayu masih diperentah Jepun,penduduk Pulau Pinang,Seberang Perai dan Melaka akan terus menjadi rakyat British, syarat kerakyatan Malayan Union,hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh terpakai lagi dan Raja-raja Melayu akan dikehendaki menandatangani beberapa perjanjian dengan British.Matlamatnya bagi merampas kuasa raja-raja Melayu.Bagi melaksanakan rancangan itu kerajaan Britain memberi kuasa penuh kepada Mac Michael termasuk memecat dan melantik raja-raja.

Mac Michael berjaya memujuk Sultan Ibrahim di Johor menandatangai perjanjian Malayan Union pada 20 Oktober 1945 menjadikan baginda sebagai sultan pertama menyerahkan kuasa kepada British.Peristiwa itu mencetuskan bantahan hebat di Johor.Nasionalis seperti Datuk Onn Jaafar begitu marah hingga mencetuskan gerakan anti Malayan Union.

Wakil khas Britain ini bagaimanapun berjaya mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu menjelang akhir tahun 1945 bagi menyerahkan kuasa kepada British.

CERITA ORANG POLITIK 4

Dikalangan anggota kabinet, beliau digelar "Kain Putih".Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad sendiri memanggil beliau dengan gelaran itu.Sebabnya, "Saya bersih.Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, saya tidak terbabit sedikitpun dengan rasuah,"katanya ."Sebab itulah Dr.Mahathir panggil saya "Kain Putih," katanya menjelaskan .Datin Paduka HajjahRahmah Osman pernah menduduki kerusi Timbalan Menteri Penerangan (1982-84) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1985-89).Beliau adalah Ahli Parlimen Selayang (1982) dan pada 1989 berpindah ke Palimen Shah Alam.

Meskipun tidak menjadi Ahli Parlimen lagi,kelantangan suara dan keberanian beliau dalam memperjuang isu-isu global dan kependudukan,Hajjah Rahmah diberi kepercayaan oleh Dr.Mahathir untuk mewakili Malaysia dalam lembaga eksekutif Parlimen Bagi Asia menjawat jawatan Pengarah Eksekutif sejak 1982.Jawatan itu dipegangnya hingga hari ini .

Dikalangan kelompok Umno,Hajjah Rahmah turut diminta "pemikirannya".Beliau ialah anggota Jawatankuasa Disiplin parti itu."Saya suka bekerja.Sebab itulah Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beri tugas,"katanya tanpa menghurai lebih lanjut.Banyak tugasan besar dan mencabar dipikul wanita bersuara lantang dan tegas ini dalam parti.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat, orang politik terus memburu beliau terutama ketika angin pilihanraya mula kencang bertiup.Mereka mahu mengintai samada Hajjah Rahmah "boleh akses" kepada fail pimpinan parti..nak tau nama samada tersenarai sebagai calon...

Hajjah Rahmah mempunyai stail sendiri dalam mengumpul maklumat terhadap sesuatu perkara."Saya selalu mendapataknnya di peringkat grass root.Mereka beritahu kita tanpa sengaja,"katanya membuka rahsia bagaimana beliau mencungkil maklumat.

Hajjah Rahmah suka menaiki teksi atau beca dan tidak menggalakkan pemandunya mengambil ketika pulang dari luar negara."Saya biasanya naik teksi.Pemandu teksi banyak menyimpan cerita-cerita yang boleh kita jadikan asas dalam tugasan atau perjuangan kita," katanya.

Menurut Hajjah Rahmah, pemandu teksi atau penarik beca biasanya bercerita terus terang mengenai apa sahaja biarpun tidak mengenali "tetamu" .(Bersambung ...).

Monday, May 28, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Januari 1946-Kertas Puteh mengenai penubuhan Malayan Union dengan matlamat menghapuskan hak Raja-Raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dikeluarkan oleh kerajaan Britain di London.

3 Januari 1946-Melayu Johor mempelopori kebangkitan orang Melayu bagi menentangMalayan Union apabila tertubuhnya Pergerakan Melayu Semenanjung johor.

4Mac 1946-Kongres Melayu pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru,Kuala Lumpur.41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura hadir.

29Mac 1946-Kongres Melayu ke 2 memutuskan untuk memulau penubuhan Malayan Union.

1 April 1946-Britain mengumumkan secara rasmi penubuhan Malayan Union.Sir Edward Gent dilantik sebagai Gavenor.

11-12Mei 1946- Kongres Melayu Ke 3 diadakan di Istana Besar Johor Bahru.Piagam UMNO dilulus dan membawa kelahiran PEKEMBAR atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-nama Inggerisnya UMNO -United Malays Organization.Onn Jaafar dari Johor dipilih Yang Dipertua.

29-30 Jun 1946-UMNO adakan mesyuarat agung pertamanya di Ipoh.Panglima Bukit Gantang Datuk Haji abdul Wahab dilantik sebagai Setiausaha Agung.

27-28 Julai 1946-UMNO Pulau Pinang adakan istiadat mengibar bendera UMNO.

21Januari 1948-Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah mELAYU Di King House, Kuala Lumpur.

1Februari 1948-Pemerentahan Malayan Union tamat dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

Sunday, May 27, 2007

CERITA ORANG POLITIK 3

Datuk Ahmad Ibnihajar dan Datuk Haji Abdul Jalil Hamid-dua nama yang asing dalam politik peringkat nasional.Tetapi bagi masyarakat Melayu Pulau Pinang,mereka adalah pemimpin tempatan yang disegani.Ahmad Ibnihajar adalah Ketua Umno Bahagian Tanjung dan Haji Abdul Jalil Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh .

Ahmad Ibnihajar agak kurus, sederhana tinggi berusia 52 tahun dan memegang jawatan penting dalam sebuah agensi kerajaan,manakala Haji Abdul Jalil ialah wakil rakyat DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datin Seri Wan Azizah(Keadilan) .

"Suara kami tak sampai ke mana?,"kata kedua pemimpin ini kepada saya.Mereka menghuraikan pemasalahan yang dihadapi bagi membangun dan memajukan orang Melayu Pulau Pinang.Pelbagai agenda dirancang.Yayasan Pendikan,Yayasan Sosial dan 17 NGO Melayu di negeri itu digembleng.

"Masalahnya harga tanah mahal.Orang Melayu tak mampu .Akibatnya,lihatlah keadaan di kawasan pulau sekarang,"kata Ahmad Ibnihajar.

Dengan kepadatan penduduk lebih 1.5 juta orang Pulau Pinang akan terus jadi "battle fields" yang akan menyaksikan golongan kaya membolot semua.

Parti Gerakan yang diketuai Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon menggalas tugas berat dalam mengimbangi pembangunan di negeri itu.Gerakan adalah komponen Barisan Nasional (BN) yang mesti menghormati semangat BN.

Kami memang sering berbincang,tetapi kuasa pemutus di tangan beliau.Masalah rumah murah,tempat perniagaan,pengangkutan awam dan pertumbuhan kawasan industri baru semacam tidak selesai di meja mesyuarat.

Pulau Pinang akan muncul antara negeri termaju di koridor utara dalam tempoh RM 9 ini.

Saturday, May 26, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

"..the British Government sent two representatives Lt.Col.D.R.Rees-Williams, and Capt.L.D.Gammons to study the reaction of the masses on the proposed Malayan Union.Both found massive anti-Malayan Union rallies by Malays all over the country,including larger rallies by Malay women and by the end of their fact finding mission..the Malay in every States were opposed and rejected the Malayan Union.The British authorities failed to read the Malay mind.

Harold Mac Michael,Britain representative paid personal visits to each of the nine Sultan from October 20, 1945 to Disember 21,1945..the Sultan unwillingly forced to sign their acceptance of the Malayan Union.."abstract from "The Struggle for Malaysian Independence "by J.J.Raj (JR) published by MPH Publishing.

CERITA ORANG POLITIK 2

Sewaktu berada di Seremban baru-baru ini, saya ditanya oleh pemimpin kecil sebuah cawangan Umno tentang beberapa kawasan Parlimen di negeri itu yang dikatakan bakal diterajui calon baru.Soalan itu tidak mudah untuk dijawab.Pemilihan calon dalam pilihanraya adalah hak mutlak pemimpin sesebuah parti politik.Ada kriteria tertentu yang dijadikan asas sebelum seseorang calon dipilih mewakili parti samada bertanding kerusi DUN atau Parlimen.

Saya faham maksud soalan pemimpin kerdil yang juga rakan saya itu.Sekurang-kurangnya ada empat kerusi Parlimen' panas' di Negeri Sembilan yang berkemungkinan menyaksikan muka baru.Penyandang samada tidak dipilih semula atau mengundur diri disebabkan faktor usia atau diarahkan oleh parti bagi memberi 'peluang' pemimpin pelapis mengasah bakat kepimpinan mereka.

Antara muka baru yang dikatakan berpotensi menjadi calon kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin,Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan ....Siapa pula yang mungkin digugurkan?

CERITA ORANG POLITIK 1

Apabila bertemu orang politik akhir-akhir ini, tiada lain ditanya 'Pilihanraya'.Kata mereka PM sudah naikkan gaji kakitangan sektor awam.Apa lagi ditunggu?Sesuailah untuk memanggil pilihanraya.Topik ini berlegar di mana-mana.Ada juga yang membuat andaian konon PM akan membubarkan Parlimen selepas Bajet 2008.

Desas desus pilihanraya umum juga tambah kencang terutama di kalangan ahli UMNO apabila pemimpin semua peringkat begitu galak menghadiri kursus.Seorang Setiausaha Bahagian di Selangor memberitahu Penulis, dia terpaksa membatal/menunda banyak program peribadi dan perniagaan kerana dipenuhi jadual kursus.Menurutnya,program sepanjang tahun ini terlalu banyak.Hampir saban bulan ada sahaja program politik.

Pemimpin peringkat nasional pula berkata, perkara biasa bagi pemimpin parti berkursus.Ia bertujuan memantapkan lagi persediaan parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Bukan pilihanraya umum sahaja, tetapi pilihanraya kecil,perlu sentiasa bersedia.Beliau memberi contoh dua pilihanraya kecil yang dihadapi beberapa bulan lalu - Pilihanraya kecil DUN Machap dan terbaru DUN Ijok.Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam politik negara.Bagi UMNO, kata beliau parti mesti sentiasa bersedia!

SEKAPUR SIRIH

Salam pertemuan.Racik-satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik?Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis.

Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik.Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............

Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan negatif terhadap Blogers seharusnya tidak berada dibenak sesiapa sahaja yang memahami 'gaya hidup' di abad ke 21 ini.Semuanya kini bergerak terlalu pantas.Kesempatan masa untuk 'dailog minda' tidak ada lagi.Apa yang berlaku kini,hanya split second manusia sudah didedahkan kepada 'berita dunia'.Rugilah bagi orang yang tidak mahu menerima 'rentak kehidupan zaman ini'.

Tanggungjawab Blogers samalah sepertimana Editor media cetak, elektronik dan lain-lain media.