Popular Posts

Monday, May 28, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Januari 1946-Kertas Puteh mengenai penubuhan Malayan Union dengan matlamat menghapuskan hak Raja-Raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dikeluarkan oleh kerajaan Britain di London.

3 Januari 1946-Melayu Johor mempelopori kebangkitan orang Melayu bagi menentangMalayan Union apabila tertubuhnya Pergerakan Melayu Semenanjung johor.

4Mac 1946-Kongres Melayu pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru,Kuala Lumpur.41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura hadir.

29Mac 1946-Kongres Melayu ke 2 memutuskan untuk memulau penubuhan Malayan Union.

1 April 1946-Britain mengumumkan secara rasmi penubuhan Malayan Union.Sir Edward Gent dilantik sebagai Gavenor.

11-12Mei 1946- Kongres Melayu Ke 3 diadakan di Istana Besar Johor Bahru.Piagam UMNO dilulus dan membawa kelahiran PEKEMBAR atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-nama Inggerisnya UMNO -United Malays Organization.Onn Jaafar dari Johor dipilih Yang Dipertua.

29-30 Jun 1946-UMNO adakan mesyuarat agung pertamanya di Ipoh.Panglima Bukit Gantang Datuk Haji abdul Wahab dilantik sebagai Setiausaha Agung.

27-28 Julai 1946-UMNO Pulau Pinang adakan istiadat mengibar bendera UMNO.

21Januari 1948-Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah mELAYU Di King House, Kuala Lumpur.

1Februari 1948-Pemerentahan Malayan Union tamat dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

Sunday, May 27, 2007

CERITA ORANG POLITIK 3

Datuk Ahmad Ibnihajar dan Datuk Haji Abdul Jalil Hamid-dua nama yang asing dalam politik peringkat nasional.Tetapi bagi masyarakat Melayu Pulau Pinang,mereka adalah pemimpin tempatan yang disegani.Ahmad Ibnihajar adalah Ketua Umno Bahagian Tanjung dan Haji Abdul Jalil Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh .

Ahmad Ibnihajar agak kurus, sederhana tinggi berusia 52 tahun dan memegang jawatan penting dalam sebuah agensi kerajaan,manakala Haji Abdul Jalil ialah wakil rakyat DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datin Seri Wan Azizah(Keadilan) .

"Suara kami tak sampai ke mana?,"kata kedua pemimpin ini kepada saya.Mereka menghuraikan pemasalahan yang dihadapi bagi membangun dan memajukan orang Melayu Pulau Pinang.Pelbagai agenda dirancang.Yayasan Pendikan,Yayasan Sosial dan 17 NGO Melayu di negeri itu digembleng.

"Masalahnya harga tanah mahal.Orang Melayu tak mampu .Akibatnya,lihatlah keadaan di kawasan pulau sekarang,"kata Ahmad Ibnihajar.

Dengan kepadatan penduduk lebih 1.5 juta orang Pulau Pinang akan terus jadi "battle fields" yang akan menyaksikan golongan kaya membolot semua.

Parti Gerakan yang diketuai Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon menggalas tugas berat dalam mengimbangi pembangunan di negeri itu.Gerakan adalah komponen Barisan Nasional (BN) yang mesti menghormati semangat BN.

Kami memang sering berbincang,tetapi kuasa pemutus di tangan beliau.Masalah rumah murah,tempat perniagaan,pengangkutan awam dan pertumbuhan kawasan industri baru semacam tidak selesai di meja mesyuarat.

Pulau Pinang akan muncul antara negeri termaju di koridor utara dalam tempoh RM 9 ini.

Saturday, May 26, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

"..the British Government sent two representatives Lt.Col.D.R.Rees-Williams, and Capt.L.D.Gammons to study the reaction of the masses on the proposed Malayan Union.Both found massive anti-Malayan Union rallies by Malays all over the country,including larger rallies by Malay women and by the end of their fact finding mission..the Malay in every States were opposed and rejected the Malayan Union.The British authorities failed to read the Malay mind.

Harold Mac Michael,Britain representative paid personal visits to each of the nine Sultan from October 20, 1945 to Disember 21,1945..the Sultan unwillingly forced to sign their acceptance of the Malayan Union.."abstract from "The Struggle for Malaysian Independence "by J.J.Raj (JR) published by MPH Publishing.

CERITA ORANG POLITIK 2

Sewaktu berada di Seremban baru-baru ini, saya ditanya oleh pemimpin kecil sebuah cawangan Umno tentang beberapa kawasan Parlimen di negeri itu yang dikatakan bakal diterajui calon baru.Soalan itu tidak mudah untuk dijawab.Pemilihan calon dalam pilihanraya adalah hak mutlak pemimpin sesebuah parti politik.Ada kriteria tertentu yang dijadikan asas sebelum seseorang calon dipilih mewakili parti samada bertanding kerusi DUN atau Parlimen.

Saya faham maksud soalan pemimpin kerdil yang juga rakan saya itu.Sekurang-kurangnya ada empat kerusi Parlimen' panas' di Negeri Sembilan yang berkemungkinan menyaksikan muka baru.Penyandang samada tidak dipilih semula atau mengundur diri disebabkan faktor usia atau diarahkan oleh parti bagi memberi 'peluang' pemimpin pelapis mengasah bakat kepimpinan mereka.

Antara muka baru yang dikatakan berpotensi menjadi calon kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin,Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan ....Siapa pula yang mungkin digugurkan?

CERITA ORANG POLITIK 1

Apabila bertemu orang politik akhir-akhir ini, tiada lain ditanya 'Pilihanraya'.Kata mereka PM sudah naikkan gaji kakitangan sektor awam.Apa lagi ditunggu?Sesuailah untuk memanggil pilihanraya.Topik ini berlegar di mana-mana.Ada juga yang membuat andaian konon PM akan membubarkan Parlimen selepas Bajet 2008.

Desas desus pilihanraya umum juga tambah kencang terutama di kalangan ahli UMNO apabila pemimpin semua peringkat begitu galak menghadiri kursus.Seorang Setiausaha Bahagian di Selangor memberitahu Penulis, dia terpaksa membatal/menunda banyak program peribadi dan perniagaan kerana dipenuhi jadual kursus.Menurutnya,program sepanjang tahun ini terlalu banyak.Hampir saban bulan ada sahaja program politik.

Pemimpin peringkat nasional pula berkata, perkara biasa bagi pemimpin parti berkursus.Ia bertujuan memantapkan lagi persediaan parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Bukan pilihanraya umum sahaja, tetapi pilihanraya kecil,perlu sentiasa bersedia.Beliau memberi contoh dua pilihanraya kecil yang dihadapi beberapa bulan lalu - Pilihanraya kecil DUN Machap dan terbaru DUN Ijok.Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam politik negara.Bagi UMNO, kata beliau parti mesti sentiasa bersedia!

SEKAPUR SIRIH

Salam pertemuan.Racik-satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik?Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis.

Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik.Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............

Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan negatif terhadap Blogers seharusnya tidak berada dibenak sesiapa sahaja yang memahami 'gaya hidup' di abad ke 21 ini.Semuanya kini bergerak terlalu pantas.Kesempatan masa untuk 'dailog minda' tidak ada lagi.Apa yang berlaku kini,hanya split second manusia sudah didedahkan kepada 'berita dunia'.Rugilah bagi orang yang tidak mahu menerima 'rentak kehidupan zaman ini'.

Tanggungjawab Blogers samalah sepertimana Editor media cetak, elektronik dan lain-lain media.