Popular Posts

Saturday, May 26, 2007

CERITA ORANG POLITIK 1

Apabila bertemu orang politik akhir-akhir ini, tiada lain ditanya 'Pilihanraya'.Kata mereka PM sudah naikkan gaji kakitangan sektor awam.Apa lagi ditunggu?Sesuailah untuk memanggil pilihanraya.Topik ini berlegar di mana-mana.Ada juga yang membuat andaian konon PM akan membubarkan Parlimen selepas Bajet 2008.

Desas desus pilihanraya umum juga tambah kencang terutama di kalangan ahli UMNO apabila pemimpin semua peringkat begitu galak menghadiri kursus.Seorang Setiausaha Bahagian di Selangor memberitahu Penulis, dia terpaksa membatal/menunda banyak program peribadi dan perniagaan kerana dipenuhi jadual kursus.Menurutnya,program sepanjang tahun ini terlalu banyak.Hampir saban bulan ada sahaja program politik.

Pemimpin peringkat nasional pula berkata, perkara biasa bagi pemimpin parti berkursus.Ia bertujuan memantapkan lagi persediaan parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Bukan pilihanraya umum sahaja, tetapi pilihanraya kecil,perlu sentiasa bersedia.Beliau memberi contoh dua pilihanraya kecil yang dihadapi beberapa bulan lalu - Pilihanraya kecil DUN Machap dan terbaru DUN Ijok.Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam politik negara.Bagi UMNO, kata beliau parti mesti sentiasa bersedia!

No comments: