Popular Posts

Saturday, May 26, 2007

SEKAPUR SIRIH

Salam pertemuan.Racik-satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik?Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis.

Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik.Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............

Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan negatif terhadap Blogers seharusnya tidak berada dibenak sesiapa sahaja yang memahami 'gaya hidup' di abad ke 21 ini.Semuanya kini bergerak terlalu pantas.Kesempatan masa untuk 'dailog minda' tidak ada lagi.Apa yang berlaku kini,hanya split second manusia sudah didedahkan kepada 'berita dunia'.Rugilah bagi orang yang tidak mahu menerima 'rentak kehidupan zaman ini'.

Tanggungjawab Blogers samalah sepertimana Editor media cetak, elektronik dan lain-lain media.

4 comments:

Leklook said...

Tahniah Pak Unus, selamat menyertai kelab. http://penaleklook.blogspot.com

yunos alias said...

sdr.Lokman (leklok),
Terima kasih atas sokongan sdr.

ibrahim yahaya said...

Sdr Yunus,

Minta maaf kerana lambat melayari blog saudara. Baru sempat hari ini.
Nevertheless, its better late than never.

Marilah kita bersama membangunkan negara tercinta menerusi penulisan dalam blog.

yunos alias said...

Sdr.Ibrahim,

Terima kasih atas perhatian sdr.Sama-samalah kita membina bangsa terutama generasi muda menerusi medium ini.