Popular Posts

Tuesday, June 26, 2007

INGIN WANG TUNAI?

Jangan tunggu,sila SMS ke:019-3895339.Nyatakan nama,alamat lengkap.

Friday, June 15, 2007

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya.
Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasaran dikuasai orang luar.
Renung-renungkanlah.

Thursday, June 14, 2007

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat

"The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur.

Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu

Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Wang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1837 apabila urusniaga menggunakan nilai matawang rupee.Pemerintah Inggeris ketika itu mengarahkan semua negeri-negeri Selat mengguna rupee.Ia bertahan selama 30 tahun sebelum dollar perak diperkenalkan.

Penddukan Jepun sekitar 1942-1945,kerajaan unakan.Jepun mahu matawang mereka digunakan.Matawang rupee hilang begitu sahaja.

Selepas Malaaysia (Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada 1957, matawang ringgit digunakan.Ringgit yang diambil daripada wang perak Sepanyol.

Kini Malaysia menggunakan RM sebagai simbul ringgit.

Friday, June 8, 2007

MEMO UNTUK MENTERI

Masrina baru berusia 28 tahun.Menamatkan pengajian di Uitm dalam pengajian media dengan ijazah Sarjana Muda kelas ke 2 pada 2003.Nasibnya agak baik diterima sebagai Wartawan Kadet di sebuah akhbar terkemuka di Kuala Lumpur pada awal 2004.

Berkat kegigihannya,dia berjaya melepasi 'cadetship' divtahun pertama.Gaji yang diterima bolehlah tahan.Bersama elaun dan overtime, mencecah RM3,000 sebulan.Dapatlah bantu adik2 yang masih menuntut di kolej swasta.

Berkahwin dengan seorang pegawai polis pada November 2006.

Kegembiraan sebagai pengantin baru hancur apabila 'permohonan' bertukar ditolak mentah2 oleh pihak pengurusan.Dia mula tersepit antara kerjaya dan suami.Pihak pengurusan mengakui dia pekerja yang baik dan berpotensi dan aset syarikat.Tetapi dalam masa yang sama menolak permohonannya bertukar.

Sebagai pegawai polis.suaminya akur dengan jabatan bahawa sesuatu penempatan itu mempunyai 'kontrak' tidak kurang lima tahun.

Masrina tidak mempunyai pilihan terpaksa meletak jawatan.Cita2 untuk mener uskan kerjaya wartawan dikuburkan demi suami tercinta.

Dia kini terpaksa memulakan langkah pertama yang amat sukar.Mau tak mahu, dia terpaksa menerima hakikat bahawa biar bagaimana hebat sekalipun seseorang pekerja bagi pengurusan tidak ada pekerja yang 'super'.Anda boleh pergi tanpa halangan.

Pengalaman Masrina ini mungkin pernah anda alami juga.
Bagi syarikat apabila seseorang pekerja berkahwin,peratus 'aset'nya akan menurun.Dia akan dilihat sebagai bebanan.Kos untuk 'maintain' pekerja wanita seperti ini terlalu tinggi.Jalan yang mudah,apabila dia membuka mulut untuk bertukar mengikut suami,jangan benarkan.Paksa dia 'resign'.

Itulah kisah yang berlaku kepada Masrina.
Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada gadis yang baru berkahwin dan terpaksa memilih antara kerjaya dan suami!.

Sikap prejudis majikan terhadap pekerja wanita masih tebal.Kadang2 ia menjejaskan kerjaya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil harus meneliti keadaan tidak sihat dalam industri seperti yang dialami Masrina ini.

Mungkin banyak lagi kes sebegini berlaku di sektor swasta.Majikan beranggapan pekerja wanita yang berkahwin akan kurang produktif,sering bercuti,cuti yg panjang akibat bersalin dan tanggngan kos yang tinggi terutama kos perubatan.

Pertubuhan atau pergerakan wanita harus melihat perkembangan ini dan segera beri ndak bagi mengelakkan lebih ramai wanita jadi mangsa!

Sunday, June 3, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Sir Harold Mac Michael mahu menubuhkan kerajaan baru Malayan Union di Tanah Melayu.Dalam laporannya Report On A Mission To Malaya,Mac Michael berkata Tanah Melayu masih diperentah Jepun,penduduk Pulau Pinang,Seberang Perai dan Melaka akan terus menjadi rakyat British, syarat kerakyatan Malayan Union,hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh terpakai lagi dan Raja-raja Melayu akan dikehendaki menandatangani beberapa perjanjian dengan British.Matlamatnya bagi merampas kuasa raja-raja Melayu.Bagi melaksanakan rancangan itu kerajaan Britain memberi kuasa penuh kepada Mac Michael termasuk memecat dan melantik raja-raja.

Mac Michael berjaya memujuk Sultan Ibrahim di Johor menandatangai perjanjian Malayan Union pada 20 Oktober 1945 menjadikan baginda sebagai sultan pertama menyerahkan kuasa kepada British.Peristiwa itu mencetuskan bantahan hebat di Johor.Nasionalis seperti Datuk Onn Jaafar begitu marah hingga mencetuskan gerakan anti Malayan Union.

Wakil khas Britain ini bagaimanapun berjaya mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu menjelang akhir tahun 1945 bagi menyerahkan kuasa kepada British.

CERITA ORANG POLITIK 4

Dikalangan anggota kabinet, beliau digelar "Kain Putih".Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad sendiri memanggil beliau dengan gelaran itu.Sebabnya, "Saya bersih.Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, saya tidak terbabit sedikitpun dengan rasuah,"katanya ."Sebab itulah Dr.Mahathir panggil saya "Kain Putih," katanya menjelaskan .Datin Paduka HajjahRahmah Osman pernah menduduki kerusi Timbalan Menteri Penerangan (1982-84) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1985-89).Beliau adalah Ahli Parlimen Selayang (1982) dan pada 1989 berpindah ke Palimen Shah Alam.

Meskipun tidak menjadi Ahli Parlimen lagi,kelantangan suara dan keberanian beliau dalam memperjuang isu-isu global dan kependudukan,Hajjah Rahmah diberi kepercayaan oleh Dr.Mahathir untuk mewakili Malaysia dalam lembaga eksekutif Parlimen Bagi Asia menjawat jawatan Pengarah Eksekutif sejak 1982.Jawatan itu dipegangnya hingga hari ini .

Dikalangan kelompok Umno,Hajjah Rahmah turut diminta "pemikirannya".Beliau ialah anggota Jawatankuasa Disiplin parti itu."Saya suka bekerja.Sebab itulah Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beri tugas,"katanya tanpa menghurai lebih lanjut.Banyak tugasan besar dan mencabar dipikul wanita bersuara lantang dan tegas ini dalam parti.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat, orang politik terus memburu beliau terutama ketika angin pilihanraya mula kencang bertiup.Mereka mahu mengintai samada Hajjah Rahmah "boleh akses" kepada fail pimpinan parti..nak tau nama samada tersenarai sebagai calon...

Hajjah Rahmah mempunyai stail sendiri dalam mengumpul maklumat terhadap sesuatu perkara."Saya selalu mendapataknnya di peringkat grass root.Mereka beritahu kita tanpa sengaja,"katanya membuka rahsia bagaimana beliau mencungkil maklumat.

Hajjah Rahmah suka menaiki teksi atau beca dan tidak menggalakkan pemandunya mengambil ketika pulang dari luar negara."Saya biasanya naik teksi.Pemandu teksi banyak menyimpan cerita-cerita yang boleh kita jadikan asas dalam tugasan atau perjuangan kita," katanya.

Menurut Hajjah Rahmah, pemandu teksi atau penarik beca biasanya bercerita terus terang mengenai apa sahaja biarpun tidak mengenali "tetamu" .(Bersambung ...).