Popular Posts

Friday, June 8, 2007

MEMO UNTUK MENTERI

Masrina baru berusia 28 tahun.Menamatkan pengajian di Uitm dalam pengajian media dengan ijazah Sarjana Muda kelas ke 2 pada 2003.Nasibnya agak baik diterima sebagai Wartawan Kadet di sebuah akhbar terkemuka di Kuala Lumpur pada awal 2004.

Berkat kegigihannya,dia berjaya melepasi 'cadetship' divtahun pertama.Gaji yang diterima bolehlah tahan.Bersama elaun dan overtime, mencecah RM3,000 sebulan.Dapatlah bantu adik2 yang masih menuntut di kolej swasta.

Berkahwin dengan seorang pegawai polis pada November 2006.

Kegembiraan sebagai pengantin baru hancur apabila 'permohonan' bertukar ditolak mentah2 oleh pihak pengurusan.Dia mula tersepit antara kerjaya dan suami.Pihak pengurusan mengakui dia pekerja yang baik dan berpotensi dan aset syarikat.Tetapi dalam masa yang sama menolak permohonannya bertukar.

Sebagai pegawai polis.suaminya akur dengan jabatan bahawa sesuatu penempatan itu mempunyai 'kontrak' tidak kurang lima tahun.

Masrina tidak mempunyai pilihan terpaksa meletak jawatan.Cita2 untuk mener uskan kerjaya wartawan dikuburkan demi suami tercinta.

Dia kini terpaksa memulakan langkah pertama yang amat sukar.Mau tak mahu, dia terpaksa menerima hakikat bahawa biar bagaimana hebat sekalipun seseorang pekerja bagi pengurusan tidak ada pekerja yang 'super'.Anda boleh pergi tanpa halangan.

Pengalaman Masrina ini mungkin pernah anda alami juga.
Bagi syarikat apabila seseorang pekerja berkahwin,peratus 'aset'nya akan menurun.Dia akan dilihat sebagai bebanan.Kos untuk 'maintain' pekerja wanita seperti ini terlalu tinggi.Jalan yang mudah,apabila dia membuka mulut untuk bertukar mengikut suami,jangan benarkan.Paksa dia 'resign'.

Itulah kisah yang berlaku kepada Masrina.
Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada gadis yang baru berkahwin dan terpaksa memilih antara kerjaya dan suami!.

Sikap prejudis majikan terhadap pekerja wanita masih tebal.Kadang2 ia menjejaskan kerjaya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil harus meneliti keadaan tidak sihat dalam industri seperti yang dialami Masrina ini.

Mungkin banyak lagi kes sebegini berlaku di sektor swasta.Majikan beranggapan pekerja wanita yang berkahwin akan kurang produktif,sering bercuti,cuti yg panjang akibat bersalin dan tanggngan kos yang tinggi terutama kos perubatan.

Pertubuhan atau pergerakan wanita harus melihat perkembangan ini dan segera beri ndak bagi mengelakkan lebih ramai wanita jadi mangsa!

No comments: