Popular Posts

Sunday, June 3, 2007

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Sir Harold Mac Michael mahu menubuhkan kerajaan baru Malayan Union di Tanah Melayu.Dalam laporannya Report On A Mission To Malaya,Mac Michael berkata Tanah Melayu masih diperentah Jepun,penduduk Pulau Pinang,Seberang Perai dan Melaka akan terus menjadi rakyat British, syarat kerakyatan Malayan Union,hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh terpakai lagi dan Raja-raja Melayu akan dikehendaki menandatangani beberapa perjanjian dengan British.Matlamatnya bagi merampas kuasa raja-raja Melayu.Bagi melaksanakan rancangan itu kerajaan Britain memberi kuasa penuh kepada Mac Michael termasuk memecat dan melantik raja-raja.

Mac Michael berjaya memujuk Sultan Ibrahim di Johor menandatangai perjanjian Malayan Union pada 20 Oktober 1945 menjadikan baginda sebagai sultan pertama menyerahkan kuasa kepada British.Peristiwa itu mencetuskan bantahan hebat di Johor.Nasionalis seperti Datuk Onn Jaafar begitu marah hingga mencetuskan gerakan anti Malayan Union.

Wakil khas Britain ini bagaimanapun berjaya mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu menjelang akhir tahun 1945 bagi menyerahkan kuasa kepada British.

No comments: