Popular Posts

Saturday, July 21, 2007

CERITA ORANG POLITIK 10

alkisah..saya menerima satu panggilan telefon dari pejabat MB...kata si pemanggil saya dicalonkan untuk dianugerah pingat..terkejut beruk saya.Apalah jasa saya nak dibagi pingat.Saya tanya si pemanggil, "Pingat apa? Datuk ke?.." Si pemanggil kata Tak taulah..
Saya pun tak kisahlah.Dah ramai orang dapat pingat..yang susah dapat tanah..kalau kroni senang agaknya..sampai sekarang saya tak pernah "dikurnia" tanah..tapi kawan saya di Selangor dapat hingga lima enam puluh ekar..ratus pun ada..tiba-tiba jadi kaya.pakai kereta "orang kaya".Dia tu dulu kerja di Pejabat Tanah, bila berhenti campur politik..itu agaknya cara nak dapat tanah..tapi nak dapat pingat camno?Inilah politik..khabarnya banyak sangat orang politik dapat tanah.Strategik pula, memang sengaja nak bagi kaya kroni, sebab mereka jual dapat duit juta..juta..tapi jika dianalisa, yang untung bukan si pemilik tanah tadi, tetapi pembeli toke-toke yang memang sudah kaya.Misalnya dia beli dua juta, lepas tu buat rumah,kondo,dll..lipat gandalah untungnya..apalah bodoh sangat orang kita ni.Nak kaya cepat,tapi bagi orang kaya lebih kaya..
Biar apapun kurniaan pingat satu penghormatan dari Istana..nanti panggillah saya Datuk "Y"?

5 comments:

Nordin Sulaiman said...

Yunus,

Kalau hang dapat "Datuk" belanja aku teh tarik sama tiger dekat aman puri. Tambah dengan "sup power" lagi satu.

LEKLOOK said...

Tahniahlah kalau dapat pingat. Orang yang tidak terkenal macam saya ni dan jasapun tak ada susah nak dapat pingat. Pingat PJK pun, jauh panggang dari api. Kalau orang dah terkenal, jasa setitis embun dan perkhidmatan setahun jagungpun dah dapat pingat.

Nak ikut jejak langkah Allahyarham Tun Ghafar dan Tan Sri Khir Johari.

Pak Unus dah layak dapat pingat, tahniah!

yunos alias said...

Sdr leklook,
Terima kasih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Yunus,

Ada ke takde, tak jadi hal.

Yang penting, kita berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ada pun, tak berbakti, tak ada maknanya.

Harimau mati tinggalkan belang.

ngac said...

Pak Unus,thread into your blog after browsing tiger's blog after browsing rocky's blog... HOw's life my MEMO friend. walau apapun pokok pinang kat puchong tu akan terus dikenang. Mmmm dah dapat cucu kan..?