Popular Posts

Saturday, July 14, 2007

CERITA ORANG POLITIK 9


Siapa ganti Rais di Parlimen Jelebu?

Bekas Cikgu saya ini kabarnya nak dicalon sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Tentu duduk di London.Mungkin bertaraf Menteri? Kekal jadi Wakil Parlimen Jelebu.Tetapi jika sebaliknya, siapa calon yang sesuai ganti tempat Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim?
Khabarnya orang Seremban akan turun tanding Parlimen Jelebu.Siapa? Jika ya, semua orang kenal beliau..tak apalah..asalkan kita kenal dan diterima oleh pengundi Jelebu.Datuk Rais bukan calang-calang tokoh..bekas MB,Menteri dan kini Menteri KEKWA..calon yang bakal ditonjolkan nanti mesti setanding dan mempunyai karisme seperti beliau juga.
Datuk Rais memang seorang yang versetail dan disukai penduduk Jelebu.Beliau pernah duduk di Amerika mengajar peace corp dan balik ke Jelebu mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang kemudian belajar undang-undang di Singapura,balik buka firma Guaman di Kuala Lumpur.
Beliau pernah kalah di Parlimen Jelebu kerana bertukar "kapal" tetapi kembali semula selepas "menaiki kapal lama" dan diterima oleh pengundi Jelebu..itulah Datuk Rais.
Sekalung tahniah dari saya untuk Dr.Rais Yatim!

1 comment:

Nordin Sulaiman said...

Sdr Yunus,

Hang ni kira termasuk dalam golongan "Tok Nujum" jugalah.