Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2007

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya. Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasa

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat "The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur. Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Wang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1837 apabila urusniaga menggunakan nilai matawang rupee.Pemerintah Inggeris ketika itu mengarahkan semua negeri-negeri Selat mengguna rupee.Ia bertahan selama 30 tahun sebelum dollar perak diperkenalkan. Penddukan Jepun sekitar 1942-1945,kerajaan unakan.Jepun mahu matawang mereka digunakan.Matawang rupee hilang begitu sahaja. Selepas Malaaysia (Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada 1957, matawang ringgit digunakan.Ringgit yang diambil daripada wang perak Sepanyol. Kini Malaysia menggunakan RM sebagai simbul ringgit.

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Sir Harold Mac Michael mahu menubuhkan kerajaan baru Malayan Union di Tanah Melayu.Dalam laporannya Report On A Mission To Malaya ,Mac Michael berkata Tanah Melayu masih diperentah Jepun,penduduk Pulau Pinang,Seberang Perai dan Melaka akan terus menjadi rakyat British, syarat kerakyatan Malayan Union,hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh terpakai lagi dan Raja-raja Melayu akan dikehendaki menandatangani beberapa perjanjian dengan British.Matlamatnya bagi merampas kuasa raja-raja Melayu.Bagi melaksanakan rancangan itu kerajaan Britain memberi kuasa penuh kepada Mac Michael termasuk memecat dan melantik raja-raja. Mac Michael berjaya memujuk Sultan Ibrahim di Johor menandatangai perjanjian Malayan Union pada 20 Oktober 1945 menjadikan baginda sebagai sultan pertama menyerahkan kuasa kepada British.Peristiwa itu mencetuskan bantahan hebat di Johor.Nasionalis seperti Datuk Onn Jaafar begitu marah hingga mencetuskan gerakan anti Malayan Union. Wakil khas Britain ini bagaimanapun berja

CERITA ORANG POLITIK 4

Dikalangan anggota kabinet, beliau digelar "Kain Putih".Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad sendiri memanggil beliau dengan gelaran itu.Sebabnya, "Saya bersih.Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, saya tidak terbabit sedikitpun dengan rasuah,"katanya ."Sebab itulah Dr.Mahathir panggil saya "Kain Putih," katanya menjelaskan .Datin Paduka HajjahRahmah Osman pernah menduduki kerusi Timbalan Menteri Penerangan (1982-84) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1985-89).Beliau adalah Ahli Parlimen Selayang (1982) dan pada 1989 berpindah ke Palimen Shah Alam. Meskipun tidak menjadi Ahli Parlimen lagi,kelantangan suara dan keberanian beliau dalam memperjuang isu-isu global dan kependudukan,Hajjah Rahmah diberi kepercayaan oleh Dr.Mahathir untuk mewakili Malaysia dalam lembaga eksekutif Parlimen Bagi Asia menjawat jawatan Pengarah Eksekutif sejak 1982.Jawatan itu dipegangnya hingga hari ini . Dikala