Langkau ke kandungan utama

CERITA ORANG POLITIK 16

ANALISIS KONFLIK WANITA UMNO (seperti tersiar dalam slot Akhbar Hari Ini RTM1 20/11/08).

Wanita Umno kini berdepan dengan krisis kepimpinan yang hanya boleh diselesaikan oleh akar umbi pergerakan itu.

Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang wajar mengetuai sayap utama parti itu.

Dua tokoh yang bertelagah perlu akur kepada kehendak akar umbi.

Inilah antara jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut jawatan ketua pergerakan wanita umno antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Apakah membenarkan pertandingan jawatan berkenaan mampu menyelamatkan pergerakan itu?

Kita analisis kemelut perebutan jawatan ketua pergerakan wanita umno ini.

Apa sudah jadi dengan Umno? Semakin hampir tarikh pemilihan, parti itu didepani isu dalaman sayap utamanya- pergerakan wanita.

Ia berpunca daripada gerakan pembaharuan kerana pelan peralihan kuasa yang tidak selaras dengan pelan presiden parti itu Mac depan.

Ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan pelan peralihan kuasa kepada Naibnya Datuk Seri Shahrizat jalil berlaku Jun 2009, tiga bulan ke belakang.

Suara akar umbi pergerakan itu mendesak ia diselaraskan dengan pelan penyerahan kuasa presiden parti yang ditetapkan pada Mac.

Ertinya akar umbi mahu Tan Sri Rafidah melepaskan jawatannya sebelum pemilihan parti itu nanti.
Ini menjadikan kemelut peralihan kuasa itu semakin meruncing.

Persoalannya kini apakah formula yang mampu menghindar berlaku pertandingan jawatan ketua pergerakan itu nanti?.

Kita percaya wanita Umno kini sudah matang bagi menangani sebarang krisis kepimpinan.
Jalan keluar yang ada ketika ini ialah memberi laluan kepada Datuk Seri Shahrizat mengambil alih teraju pergerakan itu.

Jika ini berlaku pergerakan itu dapat mengelak perpecahan di kalangan penyokong kedua-dua pemimpin dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya.

Apa sahaja tindakan yang diambil nanti, pergerakan itu perlu meletakkan parti di atas.
Umno tidak mampu lagi menghadapi sebarang krisis kepimpinan yang tentunya akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti itu.

Pemimpin yang berhasrat menawar diri untuk memimpin pergerakan wanita sewajarnya meletakkan kepentigan parti lebih utama.

Mereka harus ingat sebarang perpecahan dalam pergerakan itu tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Sebagai pemimpin veteran yang berpengalaman, Tan Sri Rafidah tentulah arif dengan sebarang isyarat akar umbi pergerakan yang dipimpinnya.

Suara akar umbi adalah penentu kepada masa depan pergerakan itu.

Tidak akan bermakna bagi mana-mana pemimpin yang memenangi sesuatu jawatan, sedangkan parti berpecah belah.

Inilah yang perlu difahami apabila Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pergerakan itu menyelesaikan sendiri kemelut dalamannya secara bijak.

Samada Tan Sri Rafidah atau Datuk Seri Shahrizat, kedua-duanya perlu mendapat sokongan padu.

Pertandingan yang berlaku dikuatiri menjadikan pergerakan itu kepada dua puak- di satu pihak menyojkong Tan Sri Rafidah, manakala sebahagian lagi berpihak kepada Datuk Seri Shahrizat.
Mengetuai organisasi yang berpecah akan menimbulkan banyak masalah dan menjadikan pimpinannya lemah.

Bagi masa depan pergerakan wanita Umno, satu kompromi muktamad perlu dicari.
Apakah Tan Sri Rafidah sedia mengorbankan kepentingan dirinya demi perpaduan parti?

Pengalaman di masa lalu harus dijadikan pedoman kepada mana-mana pemimpin yang berhasrat merebut jawatan utama parti.

Kita tidak mahu yang menang jadi abu dan yang kalah jadi arang.

Bermuafakatlah secara bijaksana jika sayangkan parti.

Kita percaya masih belum terlambat bagi kedua-dua pemimpin mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut kepimpinan dalam pergerakan itu.

Peregerakan itu mesti menunjukkan kematangannya ketika proses pemilihan parti .

Suara akar umbi tidak boleh diketepikan.Mereka adalah penyokong parti yang bukan sahaja menjadi aset kepada pergerakan wanita, tetapi menyumbang kepada kekuatan umno secara total.

Usaha untuk mengukuhkan parti itu akan lebih sukar jika sayapnya patah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.