Langkau ke kandungan utama

KHAIRY vs MUKHRIZ vs KHIR TOYO

Tiga calon Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo layak bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan PemudaUmno mac nanti.
Mereka melepasi syarat kelayakan 39 pencalonan bagi bertanding jawatan berkenaan.
Ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu , mempunyai gaya kepimpinan berbeza.
Khairy Jamaluddin memang tidak asing lagi kepada pemuda Umno.Beliau adalah Naib Ketua pergerakan itu .
Khairy mewakili gologan muda.Berusia 32 tahun. Gaya kepimpinannya dinamik dan agresif setara dengan usianya.Beliau pernah mencadangkan debat diadakan di kalangan calon-calon yang bertanding.
Cadangan itu dilihat sebagai idea baru yang dinamik tetapi malangnya ia belum dapat diterima masyarakat negara ini.
Manakala Datuk Mukhriz Mahathitr 44 sedikit sebanyak memiliki gaya kepimpinan bapanya Tun Dr.Mahathir Mohamad.Beliau kuat berpegang kepada prinsip perjuangannya.
Mempunyai kecenderongan terhadap meningkatkan mertabat orang melayu dan mahu umno diperkukuhkan untuk terus menjadi tunjang Barisan Nasional (BN).
Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo boleh dianggap sebagai pemimpin berpengalaman luas dalam politik yang sudah diuji samada sebagai pemimpin politik mahupun pentadbir.
Mereka akan bersaing merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang diikosongkan penyandangnya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang bertanding Naib Presiden pada pemilihan Umno Mac tahun depan.
Datuk Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mengungguli pencalonan dengan 74 pencalonan, manakala Dr. Khir Toyo 62 dan Naib ketua Pemuda Khairy atau sinonim dengan panggilan KJ menerima 52 pencalonan.
Siapakah pilihan perwakilan pemuda nanti?
Dr.Khir Toyo adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar di Selangor dan pernah menjadi Menteri Besar selama dua penggal dari 2000 hingga Febrauri 2008.
Dr.Khir melepaskan jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Mohamad Mat Taib.Pernah memegang jawatan ahli MT dari 2000-2003, kini ADUN Sungai Panjang dan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beliau membuat peristiharan untuk tidak menyertai kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan jika diberi mandat mengetuai pergerakan Pemuda Umno.
Ini katanya untuk membolehkan beliau memimpin pergerakan itu secara lebih berkesan.
Khairy Jamaluddin dilahirkan pada 10 Januari 1976 boleh dianggap sebagai calon paling muda yang berjaya melangkah ke hiraki tinggi pergerakan pemuda umno.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum ke 12 lalu adalah ketua umno bahagian itu.
Lepasan Universiti Oxford United Kingdom pernah bekerja sebagai wartawan Economist pada 1999.
Khairy berkata beliau menawar diri bertanding bagi jawatan ketua pemuda bagi memberikan idea-idea baru yang lebih segar sesuai dengan aspirasi golongan muda.
Khairyb berkata beliau ingin mewujudkan rangkaian pemuda dengan segala lapisan masyarakat muda dengan menjemput mereka mengemukakan idea mencambah pemikiran secara terbuka.
Seorang caon yang dikatakan favoutrite dalam perebutan jawatan ketua pemuda umno Datuk Mukhriz Mahaththitr.
Dilahirkan pada november 1964 adalah anak ke lima mantan Perdana Menteri Tun Dr mahathir Mohamad.
Memegang jawatan exco pemuda sejak 2004.
Datuk Mukhriz juga tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam kabinet atau kerajaan jika dipilih mengetuai Pemuda umno.
Beliau yang dilihat agak outspoken mahu menumpukan perhatian menggerakkan pemuda.
Menurut pemerhati politik peluang ketiga-tiga calon yang bertanding kali ini adalah sama rata.
Tetapi siapakah yang mencalonkan pemimpin berkenaan?
Khairy Jamaluddion menerima 52 pencalonan. Satu dari PERLIS iaitu Arau.
5 PULAU PINANG iaitu Bayan Baru, Jelutong, Bukit Mertajam, Tanjong, Kepala Batas.
9 KELANTAN iaitu Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Bachok, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Kota Bharu.
PAHANG 4 iaitu Raub, Rompin, Bera, Jerantut, TERENGGANU 2 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu,
PERAK 7 Bagan Serai, Beruas, Bagan Datoh, Parit Buntar, Batu Gajah, Pasir Salak, Kuala Kangsar,
N.SEMBILAN 2 Tampin, Rembau, MELAKA - Alor Gajah, Bukit Katil, Tangga Batu,
JOHOR 6 Gelang Patah, Pontian, Johor Bahru, Sekijang, Ledang, Sembrong,
SABAH 10 - Kota Kinabalu, Keningau, Silam, Putatan, Pensiangan, Libaran, Papar, Tawau, Penampang, Tenom,
SELANGOR 3 Sepang, Klang, Sabak Bernam,
WILAYAH PERSEKUTUAN -satu , Bandar Tun Razak)
Manakala Datuk' Mukhriz Mahathir menerima 75pencalonan.
Masing-masing satu PERLIS - Kangar.
KEDAH 13 Jerlun, Langkawi, Alor Star, Padang Serai, Pokok Sena, Merbok, Pendang, Padang Terap, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Baling, Kubang Pasu, Sg. Petani,
TERENGGANU 3 Besut, Setiu, Kuala Nerus.
KELANTAN 3 pencalonan iatu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai.
PULAU PINANG 5 Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Permatang Pauh, Bagan, Batu Kawan,.
PERAK 6 Ipoh Barat, Kampar, Padang Rengas, Teluk Intan, Lenggong, Tambun.
PAHANG 8 Cameron Highlands, Kuantan, Lipis, Bentong, Paya Besar, Indera Mahkota, Pekan, Temerloh
SELANGOR 4 Gombak, Kuala Selangor, Subang, Kota Raja,
N. SEMBILAN 4 Rasah, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, MELAKA 2 Kota Melaka, Jasin,.
JOHOR 14 pencalonan Pagoh, Pasir Gudang, Tenggara, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Tg. Piai, Muar, Pulai, Parit Sulong, Sri Gading.
Manakala SABAH 7 pencalonan Sepanggar, Beaufort, Kimanis, Kalabakan, Kota Belud, Tuaran, Ranau)
Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang mendapat 62 pencalonan menerima 3 pencalonan dari KELANTAN - Tumpat, Jeli, Gua Musang.
Manakala negeri kubunya SELANGOR 15 pencalonan iatu Kapar, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Selayang, Kelana Jaya, Serdang, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Petaling Jaya Utara, Pandan, Puchong, Sg. Besar, Ampang,.
WILAYAH PERSEKUTUAN 7 iaitu Cheras, Wangsa Maju, Segambut, Batu, Bukit Bintang, Seputeh, Lembah Pantai,
PERAK memberikan 11 penalonan iatu Taiping, Sungai Siput, Grik, Bukit Gantang, Tapah, Gopeng, Lumut, Parit, Tg Malim, Larut, Ipoh Timur,.
Manakala PAHANG 2 iaitu Kuala Krau, Maran.
MELAKA satru pencalonan iaitu Masjid Tanah.
JOHOR 7 pencalonan iaitu Mersing, Labis, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Ayer Hitam, Pengerang.
PULAU PINANG 3 pencalonan Nibong Tebal, Balik Pulau, Bukit Bendera.
SABAH 6 pencalonan Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kota Marudu, Labuan, Kudat,.
TERENGGANU 3 pencalonan Kemaman, Dungun, Marang.
Manakala KEDAH satu Kulim Bandar Baharu.
N.SEMBILAN 2 pencalonan Teluk Kemang dan Seremban.
kini terserah kepada perwakilan bagi merealisasikan sokogan kepada calon pilihan mereka.
yang pasti pemilihan Mac tahun depan mencatat sejarah pertarungan sengit bagi jawatan ketua pemuda.
Apakah visi yang dijelaskan kepada perwakilan mampu menarik perhatian mereka untuk mengundi Naib ketua Khairy JKamaluddin,bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo dan anakmantan presiden Umno Tun Dr.Mahathir Mohamad. iatu Datuk Mukhriz Mahathir .
Atau perwakilan mencari kelainan atau lebih tepat pemikiran baru?-yunus alias.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.