Langkau ke kandungan utama

KISAH RAZAK BAGINDA DI PENJARA

Kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu pada Ogos 2006 menggemparkan dunia.Polis menahan Penganalisis Politik terkemuka Abdul Razak Abdullah Malim Baginda 48 tahun,dua anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri,32 dan Kopral Sirul Azhar Umar 36 ditahan.Mayat wanita itu ditemui berkecai akibat diletupkan dengan bom di Shah Alam Selangor.

Abdul Razak ditahan selama 151 hari di Penjara Sungai Buluh kerana dituduh bersubahat.Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Oktober lalu.Dua anggota UTK itu diperentah membela diri.Ikuti pengalaman di penjara dan pengakuan Abdul Razak mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor- yunus alias.

"Pengalaman berada di dalam tahanan selama 22bulan adalah satu tempoh yang sangat menekan, menduga dan menyedihkan sepanjang 48 tahun hidup saya," demikian luahan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam sidang media pertamanya selepas dibebaskan pada 30 Okt lepas.

Beliau dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia
Altantuya Shaariibuu.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan
Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diarah membela
diri.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman tersebut, Abdul Razak berkata hanya
keluarga dan rakan-rakan terdekat yang banyak membantu memberi sokongan serta
keyakinan untuk beliau meneruskan hidup.

"Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga memberi saya kekuatan,"
katanya yang menceritakan pengalaman tersebut melalui kenyataan akhbar yang
dibacakannya.

Abdul Razak berkata setiap hari Sabtu merupakan hari yang palingditunggu-tunggu apabila anggota keluarganya datang melawatnya di Penjara Sungai
Buloh.

Katanya sepanjang ditahan, tidak pernah walaupun seminggu anggota
keluarganya gagal untuk menghadirkan diri bagi memberi sokongan dan
kekuatan.
"

Sejumlah 100 kali mereka datang melawat saya dan saya rasa sangat
bertuah," katanya.

Beliau berkata pengalaman menyambut Aidilfitri sebanyak dua kali di dalam
penjara cukup menyedarkannya bahawa "tidak semua orang akan berada di sisi
ketika kita dalam kesusahan."

"Saya telah menjangkakan perkara ini dan ianya tepat sekali. Sebagai contoh
sebelum di dalam penjara saya menerima ratusan kad raya, tetapi bagi dua tahun
menyambut raya di dalam penjara saya hanya menerima tidak kurang 20 keping kad
raya sahaja," katanya.

Abdul Razak berkata walaupun terpisah dari dunia luar, namun pemikirannyasentiasa bebas melalui pembacaan yang banyak yang membantu "melepaskan" dirinya
daripada tekanan.

Beliau berkata banyak pihak yang beranggapan sempit dan negatif terhadap
penjara namun sebenarnya ia tidaklah seburuk yang disangka.

"Penguasa penjara berjaya menjalankan tugas mereka dengan profesional selain
tahanan lain juga banyak membantu saya untuk melalui kehidupan di dalam tirai
besi," katanya.

Beliau berkata beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dengan
memutarbelitkan kisah sebenar, hanya mengeruhkan keadaan dan 'mencipta'
pembohongan yang tidak berasas sama sekali.

"Saya sendiri terkejut apabila mengetahui kes saya digembar-gemburkan sebegitu
liar dan orang yang tidak tahu menahu muncul di tengah persoalan, langsung
berjaya memesongkan pandangan orang ramai," katanya

Katanya orang ramai mudah percaya dan diperdaya dengan apa yang ingindipercaya, tanpa menghiraukan kebenaran.

"Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana
ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Walaupun setelah kisah yang
sebenar muncul, 'orang-orang' seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka
sendiri," katanya.

Abdul Razak berkata walaupun 'dilimpahi' fitnah tersebut, beliau tetap akan
menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan.

"Satu yang saya minta, hentikanlah menyebarkan fitnah tentang TPM dan
isterinya kerana saya tahu mereka tidak pernah menemui si mati.

"Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh
kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa
yang boleh mengubah kebenaran," katanya mengakhiri luahan hatinya.

Abdul RazakAbdullah Baginda,berkata terlalu banyak fitnah dilemparkan terhadap pihak tertentu berhubung kes itu.
"Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh
kerana sememangnya tidak ada bukti," katanya dalam sidang akhbar pertamanya
selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada
31 Okt lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia
(MCRS), dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas
(UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam
pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Okt, 2006, dan
9.45 malam keesokannya.

Azilah dan Sirul Azhar diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh
ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor,
antara 10 malam, 19 Okt 2006, dan 1 pagi keesokannya.

Pihak pendakwaan tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah
membebaskan Abdul Razak.
"Saya harap sidang media ini dapat menjelaskan beberapa perkara yang
menjadi bahan bualan termasuk disebarkan pihak berniat jahat dalam memburukkan
imej individu tertentu," katanya.

Penampilan Abdul Razak pada sidang akhbar ini agak berbeza berbanding
ketika dalam tahanan dengan kini beliau dilihat menyimpan misai dan jambang.
Pada sidang akhbar itu, beliau ditemani dua peguamnya, bapanya dan beberapa
ahli keluarganya, bagaimanapun isteri dan anaknya tidak kelihatan.

Ditanya mengenai rancangan masa depannya, Abdul Razak berkata beliau
bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di
Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau berkata keputusannya untuk menyambung pelajaran bukan untuk
melarikan diri tetapi telah lama dirancang iaitu sebelum beliau ditahan-BERNAMA.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
My brother suggested I would possibly likee this web
site. He used to be entirely right. This publish truly made my day.

You can noot believe simply how so much time I had spent for this information! Thanks!

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.