Popular Posts

Tuesday, December 15, 2009

Salam 1 Malaysia

Menjelang tahun 2010, kita bertemu semula dalam Racik.Sudah lama saya meninggalkan Racik tanpa sentuhan>Bukan apa untuk menghindar disalah mengerti oleh peminat Racik berikutan suasana politik negara yang bergelora selepas PRU Ke 12 Mac 2009.Racik menyepi seketika dan kini kita bertemu kembali untuk mengisi warna-warna 2010 yang sukar kita ramalkan.Apakah poolitik Malaysia terus bergolak,stabil dan bagaimana pula suasana ekonomi yang tentunya dihentam kemelesetan global? Tetapi Racik akan bersama untuk merancakkan polimik sebagai acara membuka minda kita.

Jika anda ada sebarang komen, luahkanlah melalui Racik.Tetapi n anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis..jangan menghina/menghasut dan menabur sebarang fitnah/tohmahan..Racik bukan medannya.

Selamat bertemu kembali - yunus alias.

Thursday, April 23, 2009

AHMADINEJAD DAN BARAT...

Hebat sekali.Apa yang berlaku di Geneva 21 April 2009. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dengan lantang menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin .

Kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dewan pada Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB.

Persidangan itu kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.

Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat,AS dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.

“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara itu (Palestin) kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan.

AS dan lapan negara Barat memulaukan persidangan tersebutmenjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai ‘rejim paling kejam dan kuat menindas’ selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.

Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Penunjuk perasaan di luar bangunan persidangan melaungkan kata-kata kutukan dan tidak lama kemudian sekumpulan penyokong Israel dan Yahudi cuba menghalang Ahmadinejad dari memasuki bilik sidang akhbar.

Sunday, March 29, 2009

UMNO:APA KATA NAJIB

"Perlembagaan Umno akan dipinda pada perhimpunan Agung Khas hujung tahun ini.Proses pemilihan jawatan tertinggi akan datang akan diadakan ssrentak di semua 191 bahagian parti diseluruh negara bagi menjamin pemilihan lebih telus dan terbuka.
"Pada masa ini kepimpinan tertinggi Umno ditentukan oleh hanya lebih kurang 2,600 ahli Umno sahaja.Ahli-ahli Umno yang bersidang dalam dewan ini mewakili tiga juta ahli.Ramai berpendapat bilangan 2,600 ini tidak mungkin mencerminkan kehendak dan aspirasi tiga juta ahli Umno.
"Seluruh anggota Umno akan berpeluang untuk memilih pemimpin parti.Biarlah kita benar-benar merupakan pemimpin akar umbi atas suara rakyat.Oleh itu dengan persetujuan sidang perwakilan kita akan pinda perlembagaan Umno.
"Umno perlu sedar imej parti yang bersih dan berintegriti adalah jaminan kelangsungan Umno sebagai parti yang berdaulat.Selagi proses ini tercemar, selama itu orang hilang kepercayaan kepada Umno.
"Sistem kuota juga akan diokaji semula.Sekarang hendak jadi Presiden Umno perlukan pelcalonan daripada 58 bahagian.Untuk jadi calon naib Presiden pula perlu 20 pencalonan..kalaulah kebetulan dapat 19 sahaja, melilau nak cari satu lagi.Kalau tak dapat tidak boleh bertanding.Ini boleh menimbulkan pelbagai tuduhan sama ada realiti atau persepsi.Oleh itu kita akan tentukan syarat kelayakan paling minimum supaya jangan ada "jooker" hendak bertanding.
"Kita akan adakan perbincangan dengan bahagian Umno di seluruh negara untuk mendapatkan pendapat dan cadangan pada persidangan agung tahun ini supaya Umno menjadi parti yang lebih dihormati rakyat "- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semasa penggulungan selaku Presiden baru Umno di Perhimpunan Agung Umno Ke 59 di PWTC Kuala Lumpur 28 Mac.

Saturday, March 28, 2009

PANTUN PERWAKILAN UMNO

"Ada setengah ahli, tak pernah ambil kisah,
ketua bahagian bertukarpun, dia tak berubah
orang dok tabung duit, nak gi Mekah
dia dok simpan, kira nak menikah- Ismail Yaakob (Kedah).

kita kalah pilihan raya, jangan dok salah sapa-sapa
ini balasan Allah,kerana kita sendiri punya angkara
kita terlalu tamak sombong dan gila kuasa..
teguran akar umbi, kita tak ambil kira..-Ismail Yaakob (Kedah).

Friday, March 27, 2009

SHAHRIR LETAK JAWATAN..?

'perwakilan tolak saya.Macam mana saya nak jadi menteri kabinet.Ini prinsip saya jika parti tidak mahu saya, kenalah saya letak jawatan..kalau dalam parlimen nanti macam mana saya nak jawab.Orang akan kata tengok YB tu..partipun tak hendak dia..macamana saya nak jawab".
Datuk Shahrir Samad kata akan letak jawatan Rabu ini.
Bagaimana menteri lain yang kalah?
Datuk Seri Adnan Yaakob(MB Pahang),Datuk Seri Mohamad Hasan (MB NS),Datuk Ghani Othman(MB Johor) dan Datuk Seri Dr.Isa Sabu (MB Perlis).
Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan),Datuk Seri Dr.Rais Yatim (Menteri Luar),Daqtuk Seri Syed hamid Albar (Menteri Kes.Dalam Negeri).
Timbalan Menteri?

MUHYIDDIN YASSIN....


Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru.
Kita berharap Muhyiddin mampu membantu Presiden Umno yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak..apa yang perlu kini pembersihan besar-besaran dalam Umno.Pentadbiran Umno juga perlu dibersihkan dan disusun semula..Umno perlu mengambil inisiatif serius dan jelas bagi menangani media baru..jangan abaikan media baru..bagaimana?
Mengenali Tan Sri Muhyiddin.
Anak kelahiran Muar 1947.Lulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu UM 1968-1970.
Mula aktif dalam Umno sekitar 1974 di peringkat Pemuda Negeri Johor dan Bahgian Pagoh.Diangkat sebagai MB Johor 1986-1995, selepas memenangi ADUN Bukit Serampang Johor.
Dan memegang beberapa jawatan kabinet di peringkat Persekutuan.

Apa kata Muhyuiddin selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden:

"Saya bertanggungjawab untuk membantu Presiden parti.Saya berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh jujur serta ikhlas dan sentiasa setia kepada Presiden dalam membantu beliau memimpin parti dan kerajaan".

Kita lihat nanti...

Thursday, March 26, 2009

sekilas keputusan MT

Timbalan Presiden Umno: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal.

Tuesday, March 24, 2009

PINDA PERLEMBAGAAN UMNO, KEMBALI KUASA AKAR UMBI-NAJIB

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membuka mata seluruh perwakilan parti itu di PWTC sebentar tadi,9.45 malam 24 Mac supaya menyokong cadeangan beliau untuk meminda perlembagaan parti itu.

Umno akan lebih perkasa, jika rakyat berpaut kepada parti itu melalui kuasa memilih pemimpin yang diberikan kepada akar umbi, kata Najib.

Beliau juga berkata langkah memberi kuasa memilih pemimpin di semua peringkat kepada ahli parti itu satu-satunya jalan untuk membanteras politik wang yang menjadi penyakit kepada parti itu.

Kalau 2,500 perwakilan boleh diberi wang..tapi kalau dah lebih 50 ribu ..salam tangan kosong sahajalah jawabnya kata Najib disambut tepukan gfemuruh ahli pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno pada perasmian serentak persidangan ketiga-tiga sayap parti itu di PWTC malam ini.

Najib juga membidas orang Melayu yanhg menjadi enau dalam belukar yang menangguk di air keruh..(Laporan penuh akan saya sediakan nanti)-yunus alias.

KE MANA UNDI 2,509 PERWAKILAN UMNO?


Siapa Timbalan Presiden UMNO?
Meskipun jawapannya pada 26 Mac ini apabila perwakilan selesai mengundi, tetapi sudah ada yang meneka.Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Bagaimana dengan Mike Tyson dari Selangor? Beliau tidak kurang hebat ketokohannya.Semua ciri ada pada Tan Sri Muhammad Md Taib.Gigih bekerja,Setia dan ....
Muhyiddin orang Johor.Orangnya hebat.Berkumis dan kini mengendali Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , sebuah kementerian kelas pertama.Jatuh bangun ekonomi negara banyak bergantung kepada kementerian ini.
Dulu ia diterajui Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.Tidak ada siapa berani challenge Kak Rafidah.Tun Dr.Mahathir sendiri tidak berani pindah Rafidah yang begitu mahir dalam percaturan WTO.
Muhyiddin belum begitu teruji lagi kemahirannya bermain silap mata dengan WTO .Kak Rafidah memang handal hingga bekasSetiausaha Negara Amerika Albright sendiri dicabarnya ..
Muhyiddin mungkin baru.AmbilalihMITI selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008 lalu..kalau dicongak baru sretahun.
Penyokong-penyokong anak jati Muar itu tahu Muhyiddin agak berani.Beliau pernah buat cadangan supaya Pak Lah meletak jawatan selepas banyak ahli Umno memberontak kerana kedudukan parti itu yang amat lemah.Muhyiddin juga desak Pak Lah umum tarikh penyerahan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak..calang-calang orang, tak berani nak kritik Boss, tapi Muhyiddin begitu lantang suaranya.. berjuang mempertahankan kebenaran?
Watak Mike Tyson jauh berbeza..beliau tidak segarang petinju Heavyweight itu..beliau agak lembut,lebih suka bertolak ansur..kita juga perlukan watak pemimpin begini..beliau amat setia kepada parti.Dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno oleh Presiden parti itu ...menghabiskan masa,tenaga dan wang ringgit mendekati akar umbi parti di seluruh pelusuk negara..alang pemimpin tak sanggup..tanpa gaji dan jawatan kabinet seperti kata bekas Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad, sukar untuk jalan kerja tanpa jawatan kabinet..
Nah perwakilan Umno kali ini sudah ada dua tokoh berlainan watak untuk jadi pilihan jawatan nombor dua dalam parti itu..
Siapakah yang mereka pilih?
Presiden parti dari Pahang.macam lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di mana? Selangor atau Johor.... beli berangan....(YUNUS ALIAS)
..

PWTC SUDAH SEDIA MENANTI AHLI UMNO...

Seramai 4,885 orang perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan
agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789) akan bersidang selama lima
hari di PWTC .
PWTC dijangka dibanjiri kira-kira 60,000 orang, baik di dalam mahupun di persekitaran kompleks milik Umno itu.
Kawalan keselamatan di PWTC akan dipertingkatkan, dengan kira-kira
2,000 anggota keselamatan, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlku
sepanjang berlangsungnya perhimpunan.
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno akan merasmikan serentak perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam esok, sebelum .
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke 59 itu Khamis.
Perhimpunan kali ini juga menyaksikan peralihan kuasa tanpa dicabar bagi
jawatan presiden diteruskan lagi.

Bermula peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak
Hussein, tradisi itu dilangsungkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2003. Kali ini, tradisi itu sekali lagi akan
diteruskan Pak Lah kepada timbalannya Datuk Seri Najib.
Seminggu sebelum perhimpunan, Lembaga Disiplin parti membuat keputusan
mengejut apabila melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
daripada bertanding atas kesalahan politik wang.

Pertandingan jawatan itu kini hanya antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan
Sri Muhammad Muhamad Taib.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria turut
menerima nasib sama apabila dilarang daripada bertanding jawatan Majlis
Tertinggi.

Lapan calon naib presiden ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Dr Rais
Yatim; Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk
Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Selain itu, pertandingan bagi jawatan ketua ketiga-tiga sayap Umno juga
menarik dengan Tan Sri Rafidah Aziz dicabar oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil bagi jawatan ketua Wanita manakala jawatan Ketua Pemuda menjadi rebutan
Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir
Toyo.

Jawatan Ketua Puteri pula menjadi rebutan enam calon iaitu Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin, Datin Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Datuk
Shahaniza Samsudin, Saarah Ali Bashah dan Ida Rahayu Md Noor.

keputusan pemilihan bagi jawatan dalam MT dijangka diketahui pukul 10 malam, 26
Mac manakala keputusan pemilihan jawatan-jawatan sayap dijangka diumumkan pukul
9 malam 25 Mac..

NORZA DILARANG BERTANDING MT

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria tidak boleh
bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan
berlangsung Khamis ini, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mohamad Norza, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pada 13 Mac
lepas telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah
bagi memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno .

Kesnya masih dibicarakan di Mahkamah Majistret Temerloh.

Monday, March 23, 2009

RAFIDAH RIMAS TERIMA SMS...

Tan Sri Rafidah Aziz kecewa apabila berleluasanya SMS berbaur fitnah menjelang pemilihan pergerakan itu pada 25 Mac ini.
SMS berkenaan mengandungi tuduhan berlakunya amalan politik wang yang mengaitkan beliau serta beberapa penyokongnya.

"Saya agak kecewa kerana dalam sehari dua ini telah berleluasa SMS bermacam
fitnah terhadap orang tertentu dan saya rasa ini tidak harus berlaku.Saya sendiri terima pasal itu saya tahu, saya ada jadi sasaran, orang yang menyokong saya, orang tertentu memang dipilih untuk dicemar nama baik mereka.Penyebaran SMS berkenaan perlu dihentikan segera kerana ia akan mengguris hati mereka yang dituduh dan boleh menjejaskan keharmonian dalam
pergerakan itu.

"Kalau pertandingan buatlah elok-elok, menang kalah itu perkara biasa dan kalau buat fitnah, hati terguris susah nak berbaik-baik semula.Bukan saya menuduh siapa-siapa, saya tidak tahu siapa SMS.Mungkin orang luar, mungkin pembangkang mengambil kesempatan menangguk di air keruh tetapi saya harap ini tidak berterusan kerana buruk imej parti kalau ada
orang tertentu dalam parti yang memfitnah."

PILIH PEMIMPIN UNTUK PERUBAHAN


Dalam wawancara dengan wartawan kanan beberapa akhbar arus perdana yqng disiarkan Ahad 22 Mac , Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun razak mengingatkan perwakilan ke perhimpunan parti itu minggu ini supaya memilih pemimpin dengan kesedaran bagi melakukan perubahan.
Umno kata Datuk Seri najib memerlukan barisan pemimpin yang komited pada perjuangan parti itu, terbuka sedia berubah dan mencerminkan yang terbaik di sisi rakyat.
Beliau yang bakal mengambil alih kepemimpin umno dan negara nanti berkata beliau mahu satu pasukan yang boleh membantu mengemudi perubahan untuk memulihkan kedudukan umno bagi membolehkan parti itu menghadapi cabaran sekarang dan akan datang.
Harapan datuk seri najib itu kini diamanahkan kepada 2,500 perwakilan yang akan memilih nanti.
Mesej yang jelas bagi perwakilan Umno kali ini ialah mereka berdepan tugas berat memilih pemimpin masa depan.
Siapakah pilihan mereka amat penting dalam mencorak kepemimpinan negara sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Perwakilan Umno perlu belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum tahun lalu.
Empat negeri yang jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap gairah sebahagian besar rakyat dan kealpaan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.
Pergolakan di Perak,Pulau Pinang dan Selangor harus membuka mata perwakilan Umno betapa ruginya negara apabila pemimpin yang dipilih tidak menjalankan amanah diberikan, sebaliknya lebih berpolitik.
Perhimpunan agung umno dari 24 hingga 28 Mac ini adalah peluang paling baik bagi orang Melayu membetulkan kesilapan masa lalu.
Di tangan 2,500 perwakilan ini penentu nasib bangsa, agama dan tanahir di masa depan.
Apakah watak pemimpin yang mahu dipilih?
Tumpuan pemilihan kali ini pastinya kepada jawatan nombor dua yang ditandingi dua pemimpin Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Lazimnya penyandang jawatan ini akan dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri .
Beliau menjadi tangan,kaki dan mata kepada Presiden parti.
Hubungan baik antara orang nombor dua dengan presiden parti adalah jaminan kejayaan negara pada masa depan.
Umno ditubuhkan pada 1946 dengan wadah menuntut kemerdekaan negara dari British.
Itulah hala tuju parti terbesar yang menghimpunkan lebih tiga juta bangsa Melayu itu.
Ttapi malangnya hari ini Umno dikatakan tiada hala tuju.anggotanya digelapkan dengan wang dan kekayaan hingga sanggup menggadai maruah dan masa depan parti itu.
Apakah mesej yang mahu disampaikan orang Melayu kepada Umno?
Peralihan kuasa yang bakal berlaku selepas perhimpunan agung umno berakhir nanti harus dlihat sebagai wujudnya era baru bagi Umno dan negara.
Umno adalah sebuah badan siasah yang besar dan sudah berusia lebih setengah abad seharusnya menjadi lebih mantap dan bersedia menghadapi cabaran baru global.
Sejarah kegemilagan parti itu tidak menjamin kekuatannya terus bertahan, kerana seperti kata Datuk Seri Najib umno perlu sedia berubah.
Lembaga disiplin tidak akan mampu mendisiplinkan ahli parti itu, jika mereka tidak bersedia untuk menerima perubahan.
Ketegasan lembaga itu terhadap usaha membanteras gejala buruk dalam parti itu sedikt sebanyak menguji sejauh mana ahli parti tu meletakkan parti lebih utama daripada kepentingan individu.-YUNUS ALIAS.
!

Najib Akui Tempoh Sukar..

Menyifatkan tempoh berbulan madu tidak sampai seratus hari apabila mengambil alih tampuk kepimpinan nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada dua cabaran yang menantinya.
Bagaimanapun beliau yakin, rakyat akan memberi ruang kepadanya bagi memainkan peranan sebagai pemimpin utama dan parti.

"SAYA AKAN DI UJI DUA PERKARA, PERTAMA MEMILIH JEMAAH MENTERI YANG BARU. SAMA ADA ITU BARISAN YANG BERI HARAPAN PADA RAKYAT. KEDUA, UCAPAN PERTAMA SAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI. APA AGENDA DAN HALA TUJU YANG AKAN SAYA BAWA. KALAU DUA-DUA INI BAIK SAYA PERCAYA RAKYAT AKAN
BERSAMA-SAMA. KALAU RAKYAT TAK SENANG PARTI AKAN HADAPI KESUKARAN."


Mengenai Umno , beliau berkata perlembagaan parti bakal dipinda bagi merealisasikan perubahan yang bakal di bawa oleh kepimpinan baru.Perkara itu bakal dicadangkan dalam perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
"DARI SEGI PARTI, PERHIMPUNAN YANG AKAN DATANG NANTI, KITA JADIKAN PERHITUNGAN UNTUK PINDA PERLEMBAGAAN. DARI SEGI KERAJAAN, KITA AKAN LIHAT DASAR-DASAR INI MESTILAH ADIL DAN SAKSAMA, DI SAMPING KITA NAK TOLONG MELAYU YANG MEMBOLEHKAN MEREKA BERDIKARI."

Datuk Seri Najib turut memberi jaminan akan meneruskan kesinambungan dasar-dasar sekarang seperti Islam Hadhari dan membayangkan kemungkinan akan memperbaiki kelemahan dasar sedia ada.
Ditanya berhubung pelaksanaan yang bakal dilakukan beliau, Datuk Seri Najib berkata mekanisme yang lebih berkesan akan di terapkan dalam pentadbirannya nanti.
Sambil menyatakan akan ada beberapa cadangan yang akan menyusul nanti, beliau mahu mengutamakan kepimpinan berasaskan prestasi.

PUTERI UMNO: ENAM REBUT KETUA...

Pemilihan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru. Lima daripadanya adalah muka baru.

Ia dilihat usaha terbaru memastikan Pergerakan Puteri terus relevan dan mantap sebagai sayap parti, sejajar dengan idea penubuhannya pada 2001.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin...antara yang mendapat pencalonan tertinggi selain Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Mereka dilaporkan selesa mendahului calon lain dalam persaingan merebut jawatan Ketua Puteri.
Namun di sebalik perhatian yang diberikan kepada dua calon popular itu, calon-calon lain turut dilihat semakin memberi saingan.

Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail, terus mendapat sokongan padu dan berada pada ranking yang tidak boleh dipandang enteng.

Yang lebih mengejutkan, calon yang kurang diberi perhatian pada awalnya, iaitu Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya, Ida Rahayu Md Noor turut ligat berkempen dan mula mendapat perhatian ahli.

Tokoh usahawan muda yang juga bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Taman OUG Bahagian Seputeh, Saarah Ali Bashah bakal memberi saingan.
Namun persaingan sengit antara keenam-enam calon ini hanya akan berakhir Rabu ini, apabila 789 perwakilan menunaikan tanggungjawab mereka.

Meskipun pelbagai cara bagi meraih undi, amanat Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad mesti diambil kira iaitu "utamakan penyatuan dan bertandinglah secara sihat".

Perhimpunan Agung Umno 2009

Mulai hari ini saya akan memuatkan laporan mengenai Perhimpunan Agung Umno 2009 dalam blog ini.Selamat bertemu kembali-yunus alias.

Wednesday, February 4, 2009

KOMEN ANDA

Anda dipelawa memberikan komen terhadap laporan/artikel yang terdapat dalam blog saya ini.Tetapi anda dilarang menghina,mengutuk dan caci hamun peribadi orang lain.Jika anda lakukan, anda terdedah kepada Sedition Act dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.Sebagai penulis anda bertanggungjawab terhadap tulisan anda-yunus alias.

Saturday, January 3, 2009

what Najib say's about PKR?

Datuk Seri Najib Tun Razak said the political storm among the Pakatan Rakyat (PR) partners proved that the parties did not have a common policy to be able to govern the country.
The deputy prime minister said within a short time after the 12th general election last March, cracks were already showing apart from the parties in PR having different ideologies.
"This is happening when they have not yet ruled the country. As the opposition pact, they seem to be going different ways".