Hebat sekali.Apa yang berlaku di Geneva 21 April 2009. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dengan lantang menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin .
Kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dewan pada Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB.
Persidangan itu kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.
Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.
Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.
Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat,AS dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.
“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara itu (Palestin) kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.
Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan.
AS dan lapan negara Barat memulaukan persidangan tersebutmenjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.
Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai ‘rejim paling kejam dan kuat menindas’ selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.
Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’
Penunjuk perasaan di luar bangunan persidangan melaungkan kata-kata kutukan dan tidak lama kemudian sekumpulan penyokong Israel dan Yahudi cuba menghalang Ahmadinejad dari memasuki bilik sidang akhbar.
AMANAH - TELUS - BERWIBAWA -Penerbit/Publisher:Mohd Yunos Alias Tel:+60166576774 E-mail:yunosalias@yahoo.com.
Popular Posts
-
T he results of a survey carried out in 1976 (FAO 1980) revealed that out of a total of 12,325,208 hectares of land in Sarawak, 26% was c...
-
Three weeks after he was freed of abetment to murder of his Mongolian lover in a long and sensational trial, political analyst Abdul Razak B...
-
ANALISIS 3/12- (seperti tersiar dalam Akhbar Hari Ini RTM1 pada 3.12.08) Cadangan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir supaya han...
-
"Ada setengah ahli, tak pernah ambil kisah, ketua bahagian bertukarpun, dia tak berubah orang dok tabung duit, nak gi Mekah dia dok sim...
-
I NIKAH jam tangan OMEGA yang heboh dikaitkan dengan video seks Anwar Ibrahim? Kisah Omega ini memang hebat.Dan tentulah ia kin i menja...
-
Apa kata Anwar Ibrahim? Itu bukan saya.Lelaki itu perut buncit, saya tidak..Jam jenama mahal dikata diberi kepada wanita dikaitkan dalam vid...
-
(Rencana ini disiarkan dalam Analisis Akhbar menerusi Selamat Pagi 1 Malaysia (SPM) RTM1 jam 7.25 pagi 14 April 2011) Yang benar tetap b...
-
d un ia memberikan reaksi berbeza mengenai kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden seperti diumumkan Presiden Amerika Syarikat ...
-
Tan Sri Hj Adenan Hj Satem merupakan muka lama dalam politik Sarawak . Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di...

No comments:
Post a Comment