Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

AHMADINEJAD DAN BARAT...

Hebat sekali.Apa yang berlaku di Geneva 21 April 2009. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dengan lantang menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin . Kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dewan pada Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB. Persidangan itu kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’. Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat,AS dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan Israel selepas Perang Dunia Ke