Popular Posts

Thursday, April 8, 2010

UMNO VS HULU SELANGOR

orang Umno duduk diam.HS kerusi MIC..kalau orang Melayu tandingpun tak jamin menang.Ini pilihan raya kecil parlimen...banyak benda kena buat..sokong jelah yang penting BN..

HULU SELANGOR

Apa yang orang Umno boleh kata? PM Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat pilihan.BN akan diwakili MIC tanding di Parlimen Hulu Selangor 25 Aparil ini.Apakah Najib tidak mendengar suara Umno? Kalau ikut bancian 32,380 pengundi terdiri bangsa Melayu mewakili 52.7 % jumlah pengundi berdaftar iaitu 64,500 orang.MIC diwakili 12,453 atau 19.3% pengundi India.Manakala MCA ada 16,694 pengundi (26.3 peratus).

Kenapa Najib pilih MIC? MIC sudah berada di HS sejak 1986.Parti itu hanya kalah 186 undi pada PRU ke 12 dua tahun lalu.Kalau diamati MIC masih mendapat sokongan padu pengundi di HS .Calon BN ketika itu Datuk G.Palanivel tidak ditolak pengundi Melayu,Cina dan India meski dicabar PKR Allahyarham Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad, seorang akademik.PKR hanya mampu mengatasi BN dengan majoriti yang begitu kecil .Ini menunjukkan PKR bukanlah menerima sokongalan besar pada PRU 12 itu.Undi Melayu pecah apabila PKR menurunkan calon Melayu.Sentimen calon tidak juga melunturkan BN.

Apakah Najib tersalah pilih?

Lunturnya imej PKR ketika ini tidak banyak membantu BN.Biasanya pilihan raya kecil didominasi isu-isu tempatan.Barangkali isu Yayasan Basmi Kemiskinan Vs Kerajaan Selangor boleh menarik sokongan pengundi Melayu yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap PKR.

Tetapi cara Pengerusi YBK menangani isu itu kuranhg bijaksana.Zainal Sakom sepatutnya tidak mengadu kepada KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam .YBK boleh mengheret Kerajaan Selangor ke Mahkamah mengikut Kanun Tanah Negara apabila enggan menerima bayaran cukai tertunggak tanah milik YBK di Serendah itu.YBK adalah sebuah institusi dan ia bukan individu yang boleh diperlakukan begitu rupa!.

Siapa pilihan MIC dan pilihan Najib?

Datuk Palanivel adalah pilihan PresidenMIC Datuk Seri S.Samy Vellu.Apakah Najib juga akur dengan Samy Vellu?

Thursday, February 18, 2010

AUSTRALIA

50 penggubal undang-undang Australia seolah-olah cuba menjadi hero apabila membuat protes rasmi berhubung kes liwat datuk seri anwar ibrahim.
mereka mendesak kerajaan mengugurkan semua tuduhan ke atas ketua pembangkang itu.

Tanpa segan silu mereka membuat kenyataan konon kes Anwar itu boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.
Siapa mereka untuk membuat penilaian tentang negara kita?
Sebagai negara merdeka, berdaulat dan sedang menuju negara maju Malaysia turut mempunyai sistem perundangan dan kehakiman yang setanding dengan negara-negara Barat.
Sebarang persepsi negatif terhadap negara ini tidak boleh diterima, apalagi ada pihak cuba campurtangan ehwal dalaman negara kita.
Kerajaan Australia seolah-olah lepas tangan terhadap perbuatan kumpulan ahli parlimen negara itu.
Bagaimana pembuat dasar boleh menulis surat kepada kedutaan kita di Australia, tanpa restu pihak kerajaan negara berkenaan, sukar diterima.
Mereka sepatutnya belajar menghormati kedaulatan negara lain dan tidak cuba campurtangan dalm urusan dalaman negara berkenaan.

Hormati kedaulatan Malaysia.
ketua kumpulan ahli parlimen australia itu Michael Danby harus dituntut supaya meminta maaf daripada kerajaan dan rakyat Malaysia.
Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Parlimen Australia .Tindakannya pasti mencerminkan sikap ahli politik negara itu.
Apakah yang dimaksudkan ramai orang mengenali Anwar Ibrahim dan ramai ahli Parlimen Australia berpendapat kes Anwar memalukan.
Siapa yang sepatutnya malu ?

Campurtangan Australia bukan perkara baru.
Pada 1993 Perdana Menteri Australia Paul Keating melabel PM Malaysia ketrika itu Tun Dr.Mahathir Mohamad sebaai keras kepala.
AKIBATNYA HUBUNGAN kUALA lUMPUR-CANBERRA BEGITU TEGANG.
Tetapi Australia tidak pernah serik.Sebahagian besar ahli politiknya mengaggap mereka adalah pemimpin dunia.
Sikap biadap itu berterusan hingga hari ini.
Kenapa ahli politik mereka mencetuskan prejudis terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara kita?
Mereka harus faham datuk seri anwar menghadapi tuduhan jenayah yang berat aitu liwat.
Barangkali di Australia perbuatan liwat dibenarkan.Tetapi tidak di Malaysia.Kita menganggap ia satru kesalahan jenayah yang boleh dihukum menguikut kanun cara jenayah atau undang-undang berkaitan.

Banyak kes liwat dibicarakan di mahkamah, tetapi kenapa mereka gelisah apabila anwar dituduh di mahkamah?

Penjelasan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Penny Williams kononnya kerajaan negara itu tidak ada kena mengena dengan campurtangan ahli parlimen Australia tidak cukup untuk membersihkan imej Malaysia.
Australia sepatutnya segera memohon maaf dan memanggil ahli parlimen berkenaan bagi menunjukkan kebimbangan negara itu terhadap perbuatana kurang ajar mereka.
Apakah cukup dengan kenyataan menafikan sahaja?
kerajaan Malaysia pula perlu berswikapa lebih tegas.Dan kalau perlu memanggil Pesuruhjaya Tinggi Australia dan menyerahkan nota bantahan kepada mereka.

Kes liwat anwar adalah kes mahkamah yang sedang dibicarakan selepas pengadu membuat laporan polis.
Ia bukan kes yang dirancang oleh mana-mana pihak sebagaimana anggapan pihak luar.
Mereka harus menghormati mahkamah negara ini sebagaimana kita menghormati mereka.

###

Wednesday, February 17, 2010

MIDDLE MALAYSIA, AGENDA DAP?

(petikan Analisis yang disiarkan di TV1 RTM 7 pagi 17/2/2010)

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bndar-Baharu Zulkifli Noordin mengenai agenda pakatan pembangkang dan badan bukan kerajaan, NGO berhaluan kiri melalui agenda Middle Malaysia bukan perkara baru yang mengejutkan.

kumpulan yang didakwa Zulkifli sebagai firaun kecil itu mahu mencetuskan kacau-bilau politik yang secara sengaja mencabar perlembagaan Malaysia.

Mereka didakwa dari PKR, DAP dan PAS memulakan agenda terancang itu sejak pilihan raya umum ke 12 Mac 2008 lalu.
Siapakah Firaun kecil itu?

Zulkifli tidak namakan pemimpin yang didakwanya sebagai kumpulan firaun kecil itu, tetapi gerakan mereka berasaskan agenda Middle Malaysia.
Pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dikaitkan dengan agenda Middle Malaysia itu.

Siapakah di belakang Middle Malaysia?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan beliau ada mengarahkan pembatalan Maulidur Rasul 28 Februari ini.Jadi, siapa yang mengeluarkan arahan?
Zulkifli mendedahkan lagi agenda Middle Malaysia itu mahu memisahkan negara kita daripada kerangka Perlembagaan sedia ada iaitu meghormati agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sejauh mana benar dakwaan itu ,asoh boleh didebatkan.
Apakah Zulkifli mempunyai agenda politik tertentu menjrus kepada survival dirinya yag kini menghadapi tindakan disiplin oleh PKR kerana mengkritik pemimpin PAS yang juga anggota pakatan pembangkang?
Apapun pendedahan Ahli Parlimen itu tidak boleh diambil mudah.
Tindak tanduk DAP di Pulau Pinang barangkali bertujuan memecah belahkan orang Melayu terutama yang masih setia menyokong Barisan Nasional, BN.

Lim Guan Eng mahu memberi tekanan kepada mereka supaya berpatah haluan.Ini adalah strategi pilihan raya DAP dalam usaha mereka bagi mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.
DAP mungkin sudah melihat sokongan orang Melayu kepada Pakatan Pembangkang mulai terhakis selepas mereka menerajui negeri itu.
Apakah Lim Guan Eng berjaya?
fasa pertama nampaknya gagal.Peniaga Melayu bangun mempersoalkan tindakan Lim merobohkan gerai perniagaan mereka.
Pembatalan perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 28 Februari ini ditarik balik.
dan apakah yang akan dilakukan Lim Guan Eng lagi?
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini seolah-olah tidak mamu mengawal partinya lagi.

Ahli Parlimen Bayan Baru datuk Seri Mohamad zahrain Mohamad Hashim bertindak keluar meninggalkan PKR.
Zahrain tidak banyak menyalahkan Anwar yang dianggapnya sahabat itu, sebaliknya membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menjadi penyebab utama beliau meninggalkan PKR.
Beberapa nama yang disebut-sebut ingin mengikuti jejak Zahrain, masih velum melakukannya.
Apakah mereka ingin menunggu sejauh mana ketegasan Anwar mengambil tindfakan disiplin ke atas Zulkifli yang didakwa mencabuli disiplion parti apabila mengkritik Pesuruhjaya Pas Shah Alam Khalid Samat berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini.

Adakah Zulkifli akan dipecat atau digantung keahliannya?

Firaun Kecil mungkin ada peranan dalam isu disiplin itu.
Zulkifli adalah seorang ahli politik yang memegang kerusi Parlimen.Apakah PKR sedia kehilangan satu lagai kerusi Parlimen seandainya beliau dipecat daripada parti tu?
Kita melihat Zulkifli tidak mungkin dipecat.Firaun kecil tidak mampu mempengaruhi Anwar, tetapi mereka sedia meneruskan agenda Middle Malaysia seterusnya.

Apakah mereka akan berjaya?-yunus alias.

Tuesday, February 16, 2010

ANWAR PENING RAMAI KELUAR PKR?

Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaku sudah salah pilih.Ada beberapa MP paling tadah.

Yang bukan MP juga ada paling tadah. Marina Yusof,Ruslan Kassim,Dr.Chandra Muzaffar,Nalla Karupan, Mohd Osman Mohd Jailu, Radzi Salleh, Jamaluddin Radzi.

Dan ramai lagi kabarnya sedia mahu tinggalkan PKR.

Apa sebabnya?

Ada kata perjuangan PKR dah tak betul. Lim Guan Eng chuvanis dan macam-macam lagi.

Maulidur Rasul: Apa kata Nik Aziz?

Betul ke Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu berkompromi dengan rakan sejawatannya Lim Guan Eng di Pulau Pinang ?

Tok Guru dipetik media sebagai berkata, tiada fadilat dalam sambutan itu.

Anda carilah jawapannya sendiri?

RM20 juta untuk Kelantan

Datuk Seri Mustapa Mohamed kata RM20 juta duit ihsan akan diberi kepada Kelantan Mac nanti.

Tapi tidak masuk poket Pas.Membantu golongan miskin, bantuan secara langsung atau membaiki rumah mereka.

Cam mano Tok Pa?

RM20 juta tu sikit sangat..yang miskin di Kelantan ramai..berapa buah rumah boleh dibina?

Bagilah lebih sikit.. kata ada telaga minyak .

Dua telaga minyak 150 batu nautika dari perairan Kelantan- racik.

SIAPA SI KAYA DI MALAYSIA?

40 orang terkaya di Malaysia.Mereka kumpul harta RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion hasil pasaran saham.Itu hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 44.3 peratus .

Siapakah mereka?

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok punya kekayaan RM42.76 bilion.

Tokeh Astro dan Maxis Ananda Krishnan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd RM11.92 bilion.

Tokeh bank Tan Sri Teh Hong Piow RM10.86bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting RM10.38 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong RM7.09 bilion.

Bangga juga kita Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ada RM6.01 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holding.

Bagaimana dengan anda? Nak kaya?

Hubungi saya .....cubalah mana tahu..tahun depan masuk senarai jutawan baru...yunus alias.