Popular Posts

Wednesday, February 17, 2010

MIDDLE MALAYSIA, AGENDA DAP?

(petikan Analisis yang disiarkan di TV1 RTM 7 pagi 17/2/2010)

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bndar-Baharu Zulkifli Noordin mengenai agenda pakatan pembangkang dan badan bukan kerajaan, NGO berhaluan kiri melalui agenda Middle Malaysia bukan perkara baru yang mengejutkan.

kumpulan yang didakwa Zulkifli sebagai firaun kecil itu mahu mencetuskan kacau-bilau politik yang secara sengaja mencabar perlembagaan Malaysia.

Mereka didakwa dari PKR, DAP dan PAS memulakan agenda terancang itu sejak pilihan raya umum ke 12 Mac 2008 lalu.
Siapakah Firaun kecil itu?

Zulkifli tidak namakan pemimpin yang didakwanya sebagai kumpulan firaun kecil itu, tetapi gerakan mereka berasaskan agenda Middle Malaysia.
Pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dikaitkan dengan agenda Middle Malaysia itu.

Siapakah di belakang Middle Malaysia?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan beliau ada mengarahkan pembatalan Maulidur Rasul 28 Februari ini.Jadi, siapa yang mengeluarkan arahan?
Zulkifli mendedahkan lagi agenda Middle Malaysia itu mahu memisahkan negara kita daripada kerangka Perlembagaan sedia ada iaitu meghormati agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sejauh mana benar dakwaan itu ,asoh boleh didebatkan.
Apakah Zulkifli mempunyai agenda politik tertentu menjrus kepada survival dirinya yag kini menghadapi tindakan disiplin oleh PKR kerana mengkritik pemimpin PAS yang juga anggota pakatan pembangkang?
Apapun pendedahan Ahli Parlimen itu tidak boleh diambil mudah.
Tindak tanduk DAP di Pulau Pinang barangkali bertujuan memecah belahkan orang Melayu terutama yang masih setia menyokong Barisan Nasional, BN.

Lim Guan Eng mahu memberi tekanan kepada mereka supaya berpatah haluan.Ini adalah strategi pilihan raya DAP dalam usaha mereka bagi mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.
DAP mungkin sudah melihat sokongan orang Melayu kepada Pakatan Pembangkang mulai terhakis selepas mereka menerajui negeri itu.
Apakah Lim Guan Eng berjaya?
fasa pertama nampaknya gagal.Peniaga Melayu bangun mempersoalkan tindakan Lim merobohkan gerai perniagaan mereka.
Pembatalan perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 28 Februari ini ditarik balik.
dan apakah yang akan dilakukan Lim Guan Eng lagi?
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini seolah-olah tidak mamu mengawal partinya lagi.

Ahli Parlimen Bayan Baru datuk Seri Mohamad zahrain Mohamad Hashim bertindak keluar meninggalkan PKR.
Zahrain tidak banyak menyalahkan Anwar yang dianggapnya sahabat itu, sebaliknya membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menjadi penyebab utama beliau meninggalkan PKR.
Beberapa nama yang disebut-sebut ingin mengikuti jejak Zahrain, masih velum melakukannya.
Apakah mereka ingin menunggu sejauh mana ketegasan Anwar mengambil tindfakan disiplin ke atas Zulkifli yang didakwa mencabuli disiplion parti apabila mengkritik Pesuruhjaya Pas Shah Alam Khalid Samat berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini.

Adakah Zulkifli akan dipecat atau digantung keahliannya?

Firaun Kecil mungkin ada peranan dalam isu disiplin itu.
Zulkifli adalah seorang ahli politik yang memegang kerusi Parlimen.Apakah PKR sedia kehilangan satu lagai kerusi Parlimen seandainya beliau dipecat daripada parti tu?
Kita melihat Zulkifli tidak mungkin dipecat.Firaun kecil tidak mampu mempengaruhi Anwar, tetapi mereka sedia meneruskan agenda Middle Malaysia seterusnya.

Apakah mereka akan berjaya?-yunus alias.

No comments: