Popular Posts

Tuesday, February 16, 2010

SIAPA SI KAYA DI MALAYSIA?

40 orang terkaya di Malaysia.Mereka kumpul harta RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion hasil pasaran saham.Itu hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 44.3 peratus .

Siapakah mereka?

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok punya kekayaan RM42.76 bilion.

Tokeh Astro dan Maxis Ananda Krishnan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd RM11.92 bilion.

Tokeh bank Tan Sri Teh Hong Piow RM10.86bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting RM10.38 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong RM7.09 bilion.

Bangga juga kita Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ada RM6.01 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holding.

Bagaimana dengan anda? Nak kaya?

Hubungi saya .....cubalah mana tahu..tahun depan masuk senarai jutawan baru...yunus alias.

No comments: