Popular Posts

Thursday, April 8, 2010

UMNO VS HULU SELANGOR

orang Umno duduk diam.HS kerusi MIC..kalau orang Melayu tandingpun tak jamin menang.Ini pilihan raya kecil parlimen...banyak benda kena buat..sokong jelah yang penting BN..

HULU SELANGOR

Apa yang orang Umno boleh kata? PM Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat pilihan.BN akan diwakili MIC tanding di Parlimen Hulu Selangor 25 Aparil ini.Apakah Najib tidak mendengar suara Umno? Kalau ikut bancian 32,380 pengundi terdiri bangsa Melayu mewakili 52.7 % jumlah pengundi berdaftar iaitu 64,500 orang.MIC diwakili 12,453 atau 19.3% pengundi India.Manakala MCA ada 16,694 pengundi (26.3 peratus).

Kenapa Najib pilih MIC? MIC sudah berada di HS sejak 1986.Parti itu hanya kalah 186 undi pada PRU ke 12 dua tahun lalu.Kalau diamati MIC masih mendapat sokongan padu pengundi di HS .Calon BN ketika itu Datuk G.Palanivel tidak ditolak pengundi Melayu,Cina dan India meski dicabar PKR Allahyarham Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad, seorang akademik.PKR hanya mampu mengatasi BN dengan majoriti yang begitu kecil .Ini menunjukkan PKR bukanlah menerima sokongalan besar pada PRU 12 itu.Undi Melayu pecah apabila PKR menurunkan calon Melayu.Sentimen calon tidak juga melunturkan BN.

Apakah Najib tersalah pilih?

Lunturnya imej PKR ketika ini tidak banyak membantu BN.Biasanya pilihan raya kecil didominasi isu-isu tempatan.Barangkali isu Yayasan Basmi Kemiskinan Vs Kerajaan Selangor boleh menarik sokongan pengundi Melayu yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap PKR.

Tetapi cara Pengerusi YBK menangani isu itu kuranhg bijaksana.Zainal Sakom sepatutnya tidak mengadu kepada KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam .YBK boleh mengheret Kerajaan Selangor ke Mahkamah mengikut Kanun Tanah Negara apabila enggan menerima bayaran cukai tertunggak tanah milik YBK di Serendah itu.YBK adalah sebuah institusi dan ia bukan individu yang boleh diperlakukan begitu rupa!.

Siapa pilihan MIC dan pilihan Najib?

Datuk Palanivel adalah pilihan PresidenMIC Datuk Seri S.Samy Vellu.Apakah Najib juga akur dengan Samy Vellu?