Popular Posts

Thursday, April 8, 2010

HULU SELANGOR

Apa yang orang Umno boleh kata? PM Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat pilihan.BN akan diwakili MIC tanding di Parlimen Hulu Selangor 25 Aparil ini.Apakah Najib tidak mendengar suara Umno? Kalau ikut bancian 32,380 pengundi terdiri bangsa Melayu mewakili 52.7 % jumlah pengundi berdaftar iaitu 64,500 orang.MIC diwakili 12,453 atau 19.3% pengundi India.Manakala MCA ada 16,694 pengundi (26.3 peratus).

Kenapa Najib pilih MIC? MIC sudah berada di HS sejak 1986.Parti itu hanya kalah 186 undi pada PRU ke 12 dua tahun lalu.Kalau diamati MIC masih mendapat sokongan padu pengundi di HS .Calon BN ketika itu Datuk G.Palanivel tidak ditolak pengundi Melayu,Cina dan India meski dicabar PKR Allahyarham Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad, seorang akademik.PKR hanya mampu mengatasi BN dengan majoriti yang begitu kecil .Ini menunjukkan PKR bukanlah menerima sokongalan besar pada PRU 12 itu.Undi Melayu pecah apabila PKR menurunkan calon Melayu.Sentimen calon tidak juga melunturkan BN.

Apakah Najib tersalah pilih?

Lunturnya imej PKR ketika ini tidak banyak membantu BN.Biasanya pilihan raya kecil didominasi isu-isu tempatan.Barangkali isu Yayasan Basmi Kemiskinan Vs Kerajaan Selangor boleh menarik sokongan pengundi Melayu yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap PKR.

Tetapi cara Pengerusi YBK menangani isu itu kuranhg bijaksana.Zainal Sakom sepatutnya tidak mengadu kepada KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam .YBK boleh mengheret Kerajaan Selangor ke Mahkamah mengikut Kanun Tanah Negara apabila enggan menerima bayaran cukai tertunggak tanah milik YBK di Serendah itu.YBK adalah sebuah institusi dan ia bukan individu yang boleh diperlakukan begitu rupa!.

Siapa pilihan MIC dan pilihan Najib?

Datuk Palanivel adalah pilihan PresidenMIC Datuk Seri S.Samy Vellu.Apakah Najib juga akur dengan Samy Vellu?

3 comments:

applycreditcard said...

Salam awak,apa kabar n slmt berkenalan.. akak ni tgh mencari sesapa yg berminat nak cari site income utk keja yg sgt2 mudah. Jadi agen pinjaman peribadi/personal loan dgn bank islam atau pun alrajhi bank. Keja ni senang sgt, hanya Tanya sesapa yg nak mohon pinjaman bank. Pastu kalau ada yg nak mohon, u hulur borang. Tlg isikan borang tu . Komisennya pun sgt bagus tau.. ni no hp akak 019 745 0580 ataupun 013 7131691(kahar). Cal atau pun sms akak ye..kita jumpa atau pun akak pos kan borang.
email : fauziahmahfodz@gmail.com

Humberto Dib said...

Hi, Great blog!
I invite you to join the Babel Project II, just a way of keeping in touch.
Cheers from Argentina.
Humberto.

www.humbertodib.blogspot.com

gautam kewaliya said...

nice one...
http://tourism-independent-india.blogspot.com/