Popular Posts

Sunday, March 27, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 5

MUKA BARU DAN YANG GUGUR


DR Abdul Rahman Junaidi (dua dari kanan) bersama sebahagian daripada 600 peserta Konvoi Bermotosikal Pemuda Barisan Nasional  memulakan perjalanan dari Esplanade Telaga Air ke Tebingan BGS Kampung Sourbaya Ulu Kuching di Kampung Telaga Air. - Foto Zain Ahmed
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak. diramal  mengetengahkan 10 hingga 12 muka baru bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu. antara yang disebut-sebut ialah  pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajilikardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam. Residen Mukah Saudi Narani; Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau; bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.  Mufti Sarawak Kipli Yassin guru dan komposer muzik Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya Dr Hazlan Hipni
. Antara yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi DUN masing-masing ialah Datuk Hamden Ahmad (Belawai); Datuk Bolhassan Di (Beting Maro); ADUN Sadong Jaya selama enam penggal Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi; ADUN Demak Laut dan Menteri Muda Pembangunan Industri Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen; Datuk Ambrose Belikau Enturan (Katibas) dan penyandang Saribas Dr Wahbi Junaidi. Yang lain termasuklah wakil rakyat enam penggal Kedup Frederick Bayoi Manggie dan Lihan Jok, yang merupakan ADUN Telang Usan selama dua penggal.
 Pada pilihan raya negeri lepas, PBB mencalonkan tujuh muka baru.  Sebelum DUN, yang mempunyai 71 kerusi dibubarkan pada Isnin, BN menguasai 63 kerusi dengan PBB sebanyak 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi. Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

2 comments:

ASAZ said...

mudah mudahan pembagian kerusi bertambah makmurnya rakyat

abangxxx said...

abangxxx of globalfairviews.com said:
Mungkin ada beberapa orang yg agak dekat dgn ramalan saya juga. Diantaranya Saudi Narani, Abg Jemat. Helmi Sajili masih memukul gendang sendiri , jadi dia tu takkanlah.