Popular Posts

Tuesday, March 22, 2011

Update Sarawak

Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 sudah pasti daidakan April ini.Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat iniMengikut daftar pemilih seramai 979 ribu 796 pengundi layak mengundi.
.
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan pembubaran DUN Sarawak di Kuching semalam 21 Mac.Ia menjadi kemuncak terhadap segala teka-teki berkaitan pilihan raya di negeri itu.
.
Ketika ini, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas ADUN Engkili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak,SNAP menyertai BN tahun lalu.DAP enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia,PCM menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi.
.
DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.Pada pilihan raya ke 9 tahun 2006 lalu BN menyapu bersih 61 daripada 71 kerusi dipertandingkan sekaligus terus menguasai kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti dua pertiga.Seramai 158 calon bertanding untuk merebut 71 kerusi ketika itu..
.
Parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak , PBB pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri menang kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.Begitu Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP menang ke semua lapan kerusi.
.
Dua lagi komponen BN Parti Rakyat Sarawak, PRS menang 8 daripada 9 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP kalah 8 kerusi.SUPP merupakan komponen ke dua dalam BN Sarawak menang 11 daripada 19 kerusi ditandingninya.SUPP kalah di kawasan bandar.
.
SNAP yang keluar dari BN hanya menang 1 kerusi.SNAP bertanding 29 kerusi.Manakala PAS yang cuba menguji sokongan penduduk Sarawak gagal memenangi sebarang kerusi.
.
Apakah kali ini Taib yang mengumumkan untuk bersara mengulangi kecemerlangannya memimpin BN di Sarawak? Taib berkata beliau akan mengetuai BN pada pilihan raya ini dan bertanding bagi memastikan BN memenangi pilihan raya kali ini.Taib dikatakan Ketua Menteri paling lama berkuasa di Sarawak.Beliau ketua menteri ke empat selepas Datuk Stephens Kalong Ningkan,Datuk Penghulu Taswi Sli dan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Yaakub.Beliau dilantik sebagaiKetua Menteri pada 1981.Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ,PBB .
.
Tumpuan kini siapa yang bertanding dan siapa pula yang digugurkan?Apakah strategi PBB kali ini?PBB mahu mengemukakan 12 muka baru.Siapa? Taib Mahmud berkata calon berkaitann akan diumumkan selepas dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.
.
Siapa pula yang digugurkan?Beberapa calon pula mahu mengundur diri bagi memberi peluang kepada muka baru.Antaranya Datuk Dr.Abang Abdul Rauf Abang Zen 63 tahun.Beliau tidak akan mempertahankan kerusi Demak Laut yang dipengangnya empat penggal sejak pilihan raya 1991 .Siapakah pengganti beliau?
.
Turut mengetengahkan muka baru ialah Parti Rakyat Sarawak, PRS yang agak baik prestasnya pada pilihan raya negeri 2006 lalu.Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak mengumumkan muka baru bagi kerusi Pending dari SUPP.Pakar jantung Prof Dr Sim Kui Hian 46 tahun bakal menentang calon DAP bagi kerusi kawasan itu.
.
Pada pilihan raya 2006 lalu DAP bertumpu di kawasan bandar dengan memanipulasi isu pajakan tanah dan isu harga minyak bagi memancing undi.DAP menang 6 kerusi, PKR yang pertama kali bertanding menang 1 kerusi.PAS bagaimanapun gagal kerusi tunggal ditandinginya.Apakah kali ini isu sama jadi modal pembangkang ?
.
Apakah pilihan raya 2011 ini akan menyaksikan kehadiran lebih banyak parti pembangkang ?Bagaimana nasib PKR pimpinan Anwar Ibrahim?.
.
Apakah BN berjaya merampas kerusi DAP terutama di kawasan Pending?-yunus alias.

1 comment:

PrinkGold said...

http://prinkgold.blogspot.com/