Popular Posts

Saturday, April 16, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 12


Foto UTUSAN MALAYSIA.


HARI INI Sabtu 16 April 2011adalah hari genting bagi hampir sejuta penduduk Sarawak.
.
Mereka akan keluar mengundi bagi memilih sebuah kerajaan baru di negeri itu.

Parti mana pilihan mereka sentiasa menjadi perhatian bukan sahaja di kalangan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri ke 10 itu, tetapi masyarakat antarabangsa turut memerhati hasil piliihan raya itu nanti.
 .
Mereka mahu melihat dan mengukur tahap kejayaan dasar-dasar dan pembaharuan yang dbuat kerajaan BN di negeri itu.

Dan Pilihan raya kali ini amat utama bagi Barisan Nasional, BN yang memerentah Sarawak sejak pembentukan Malaysia pada 1963 lagi.

Sehingga Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lalu bagi mengadakan pilihan raya negeri, BN  ialah kerajaan yang dipilih rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri ke 9 tahun 2006 lalu.

FAKTA PILIHAN RAYA SARAWAK:
  • PENDUDUK : 2,261,800 orang
  • JUMLAH DEWAN UNDANGAN NEGERI: 71
  • PENGUNDI : 979,796 (2006: 892,537)
  • 861,423 (biasa)
  • 18,363 (pos)
  • PENGUNDI PALING RAMAI : N10 PENDING (29,488)
  • PENGUNDI PALING SEDIKIT : N70 BA’KELALAN ( 6,958)
  • PUSAT MENGUNDI PALING SEDIKIT: PUSAT MENGUNDI RUMAH TK PA’BERANG: 20 pengundi
  • JUMLAH PUSAT MENGUNDI : 1,749 (2006: 1,716)
  • SEKOLAH : 1,071 (2006: 1,062)
  • RUMAH PANJANG : 402 (2006: 396)
  • BALAI RAYA : 126 (2006: 125)
  • DEWAN : 59
  • LAIN-LAIN : 91 (2006: 125)
  • JUMLAH SALURAN : 2,606 (2006: 2,450)
  • CALON BERTANDING : PARTI CALON
  • BN 71 (2006: 71)
  • PKR 49 (2006: 25)
  • SNAP 26 (2006: 29)
  • DAP 15 (2006: 12)
  • PCM 6
  • PAS 5 (2006: 1)
  • BEBAS 41 (2006: 20)
  • JUMLAH CALON BERTANDING : 213 (2006: 158)
  • KATEGORI BERTANDING : SATU LAWAN SATU – 27 (2006: 54)
  • 3 PENJURU – 23 (2006: 12)
  • 4 PENJURU – 17 (2006: 1)
  • 5 PENJURU – 2 (2006: 1)
  • 6 PENJURU – 2
  • BN memegang kuasa pemerentahan dengan 63 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.Manakala parti-parti pembangkang- DAP,PKR,SNAP DAN PAS yang membentuk kerjasama hanya memenangi 8 kerusi- masing-masing melalui DAP 6 dan PKR serta Parti Cinta Malaysia, PCM  1 kerusi.
   .
Rakyat Sarawak menunjukkan kuasa mereka menolak parti-parti pembangkang terutama yang diasaskan di Semenanjung pada pilihan raya 2006 lalu.
.
Apakah pada pilihan raya ke 10 ini rakyat Sarawak terus garang dan kekal memberikan mandat kepada parti pemerentah yang mempunyai visi dan perancangan yang jelas?

Keputusan pilihan raya kali ke 10 ini sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada penduduk Sarawak .

Apakah dasar-dasar dan pembaharuan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini diterima dan difahami rakyat Sarawak yang terdiri pelbagai suku kaum,etnik dan kepelbagaian budaya itu akan diterjemahkan melalui pilihan raya ini.

Datuk seri najib dan timbalannya Tan Sri Muhyyiddin Yassin mendambakan masa mereka di Bumi kenyalang sepanjang kempen pilihan raya ini bagi menjelaskan azam dan iktizam BN bagi memajukan Sarawak seiring dengan kemajuan yang dinikmati penduduk Semenanjung.
.
Dasar keterbukaan melalui konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan hari ini menuntut pemahaman yang jelas dari rakyat Sarawak yang akan keluara mengundi seawal jam 8 pagi nanti.

Kepada merekalah nasib Bumi Kenyalang akan ditentukan.
   
Pilihan raya kali ini dianggap paling sengit dengan kesemua 71 kerusi dipertandingkan ditentang oleh parti-parti pembangkang yang berpecah belah.

Seramai 213 calon bertanding. 
Komposisi penundi pula ialah  46.7 peratus  bumiputera Sarawak;  33.37 peratus kaum Cina;  19.24 peratus - Melayu.

Suruhanjaya Pilihanraya-SPR  menjangkakan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada lebih 900 ribu pengundi berdaftar keluar mengundi.

Dari segi statistik kaum, 457 ribu 593 atau 46.7 peratus ialah bumiputera Sarawak; 325 ribu 975 atau 33.37 peratus ialah Cina; 188 ribu 554 atau 19.24 peratus - Melayu; 3 ribu 966 atau 0.4 peratus Bumiputera Sabah, seribu 806 atau 0.18 peratus India dan bakinya orang asli dan lain-lain.


DAP yang memiliki enam kerusi pada pilihan raya lalu  menumpukan harapan mereka di kawasan bandar yang majoriti pengundinya kaum Cina dan peniaga.

Manakala PKR yang bertanding 46 kerusi cuba meredah pedalaman Sarawak dengan kempen tertumpu kepada isu peraliahan kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahamud dan isu tanah adat hak Bumiputera atau NCR.

Manakala SNAP yang bertembung dengan PKR atau DAP di beberapa kawasan menumpukan kempen kepada kaum Dayak yang merupakan sebahagian besar penduduk Sarawak.

BN memberi jaminan untuk terus membawa kemajuan dan kemakmurana kepada seluiruh rakyat Sarawak melalui trek rekod pemerentahan sejak lebih 50 tahun lalu.

 Isu-isu agama yanag didendangkan parti-parti pembangkang sepanjang kempan mereka turut diuji keberkesanananya nanti.
    
Apakah rakyat Sarawak terpesona dengan pelbagai janji kosong yang ditabur parti-parti pembangkang sepanjang kempen yang berakhir tengahmalam tadi juga akan terjawab hari ini.  

No comments: