Popular Posts

Sunday, April 17, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 13


SARAWAK KEKAL BN  
55 BN,12 DAP,3PKR,0 SNAP,0 PAS,0 PCM 1 BEBAS
-foto Utusan Malaysia.
taib mahmud agkat sumpah Ketua Menteri...

kuasa rakyat dalam sebuah negara demokrasi sekali lagi menumbangkan impian pakatan pembangkang untuk merampas kerajaan negeri Sarawak dalam pilihan raya yang amat sengit semalam.
menafikan BN sebagai parti pilihan lebih 900 ribu pengundi di Sarawak masih merupakan pengalaman sukar bagi parti-parti pembangkang yang duduk bergabung dalam pakatan longgar dan rapuh diketuai Parti Keadilan Rakyat, PKR apabila mereka hanya mampu memenangi 15 kerusi daripada keseluruhan 71 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri ke 10 itu.
BN memenangi 55 kerusi terus unggul walaupun kurang tujuh kerusi daripada dimenangi dalam pilihan raya negeri 2006 lalu.
Sebelum DUN dibubarkan 21 Mac lalu BN menguasai 63 kerusi. 62 dimenangi manakala satu lagi kerusi berikutan seorang ADUN dari Parti Kebangsaan Rakyat Sarawak, SNAP menyertai BN selepas wakli rakyat berkenaan keluar dari SNAP dan menyertai BN tahun lalu.
dengan keputusan rasmi yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR lewat malam tadi, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud 75 tahun untuk kali ke tujuh mengangkat sumpah jawatan sebagai KM bagi membentuk kerajaan negeri .
Beliau mula dilantik KM pada Mac 1981.
Apakah akan berlaku peralihan kuasa selepas ini barangkali mula dihitung pucuk pimpinan BN Sarawak dan Pusat.
Sebelum pilihan raya negeri itu Tan Sri Abdul Taib mengumumkan untuk melepaskan jawatan KM dan calon pengganti yang layak dan mampu membawa kegemilangan Sarawak sudahpun dikenalpasti .
Beberapa nama disebut tetapi sehingga semalam Tan Sri Abdul Taib adalah KM Sarawak.Beliau mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti besar 5,726 mengalahkan pencabarnya dari PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru.Tan Sri Taib memungut 6,210 undi.
Melihat keputusan pilihan raya negeri Sarawak itu adalah jelas BN terus mengikat hati rakyat Sarawak terutama di kawasan pedalaman.
BN bertanding semua 71 kerusi selepas mengelkalkan status quo pembahagian kerusi sebagaimana pilihan raya 2006 lalu.
Komponen tunjang BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB terus unggul memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.
Manakala SPDP dan PRS masing-masing meraih 7 kerusi.
Bagaimanapun satu lagi komponen BN iaitu SUPP atau Parti Bersatu Rakyat Sarawak yanga bertabndinhg di kawasan majoriti penagundi Cina kalah teruk hanya menangi 6 daripada 19 kerusi ditandinginya.
Presiden parti itu yang juga Timbalan KM Tan Sri Dr George Chan Hong Nam gagal mempertahankan kerusi Piasau yang dirampas muka baru dari DAP Ling Sie Kiong.
PKR yang begitu yakin pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri dengan meletakkan 49 calon bilangan paling ramai pernah ditandinginya terpaksa akur dengan kuasa rakyat Sarawak apabila mereka diberikan tiga kerusi sahaja iaitu Krian,Bakelalan dan Batu Lintang.
PKR yang bertumpu harapan kepada pengaundi Bumiputera bukan sahja gagal memenuhi impian Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ujtuk merampas Bumi Kenyalang, tetapi menerima mesej sebaliknya apabila parti itu ditolak mentah-mentah oleh penagundi Sarawak.
Tsunami politik yang dicanangkan oleh Anwar ternyata memakan diri apabila pengundi membalas melalui peti undi dengan menolak 46 daripada 49 calon parti itu.
Ia bukti jelas rakyat Sarawak masih belum bersedia
menerima PKR di negeri itu.
Nafsu Anwar untuk merampas Sarawak hingga mengenepikan suara parti-parti lain dalam pakatan rapuh mereka - SNAP yang hanya diberikan 26 kerusi sedangkan parti itu menuntut diberikan lebih 50 kerusi dan DAP 15 kerusi menyebabkan berlaku pertembungan di 26 kawasan ditandingi mereka memakan diri apabila SNAP tewas semua kerusi ditandijginya.
Begitu juga cubaan PAS yang menambah kerusi ditandingi dari 1 pada 2006 kepada 5 kerusi juga tidak menjadi.PAS tewas kesemua kerusi ditandinginya.
Keputusan pilihan raya negeri ke 10 semalam mencerminkan sokongan besar rakyat Sarawak terhadap dasar-dasar kerajaan negeri dan Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak yang memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program transformasi kerajaan dengan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamaklan.
Lebih 372 ribu pengundi mengaundi menyokong BN memberikan majoriti lebih dua pertiga untuk memerentah Bumi Kenyalang itu.
rakyat Sarawak benar-benar selesa berada di bawah kerajaan BN untuk terus memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang pemerentahan BN memasuki penggal ke lapan ketika ini.

No comments: