Popular Posts

Saturday, April 2, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 7

Esok Ahad 3 April KM Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan umumkan senarai calon BN bagi pilihan raya negeri ke 10 Sarawak.PM Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun merestui senarai itu sebelum berlepas ke Korea.Siapa yang terpilih? Siapa pula yang digugurkan? Siapa calon muka baru? BN Sarawak tanding semua 71 kerusi.Dulu pilihan raya 2006 BN menang 63 kerusi.Tinggal 8 sahaja dimiliki pembangkang - 6 DAP, 1 PKR dan 1 PCM.Bagaimana pula kali ini?
PBB pimpinan Taib menang semua 35 kerusi .Bagaimana pula kali ini? Yang pasti Taib akan berundur tetapi kekal tanding DUN Balingan.Berapa lama? Apakah beliau akan mengosongkan kerusi itu pada pertengahan penggal baru DUN Sarawak nanti? Kenapa Taib tidak mahu lepaskan sahaja kerusi itu sekarang? Ada  juga kemungkinan Taib tidak bertanding kali ini.Hanya bertindak sebagai Pengerusi BN  negeri untuk pastikan BN menang besar.Siapa pula akan tanding di Balingan? Kerusi Balingan mula ditangan Taib pada 2001.Sebelum itu Taib tanding DUN Asajaya dekat Kuching.
Apa jadi jika Taib tidak tanding? BN mampu elakkan pilihan raya kecil .Taib bolehlah berehat tanpa gangguan!
.
Senarai calon BN kena tunggu esok.

1 comment:

ASAZ said...

siapapun pemenang tanding yang penting rakyat berdaulat