Popular Posts

Sunday, April 10, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 8




SIAPA pilihan rakyat Sarawak? Barisan Nasional, BN adalah kerajaan negeri Sarawak sehingga Dewan Undangan Negeri, DUN yang mempunyai 71 anggota dibubarkan pada 21 Mac 2011. BN menguasai dua pertiga  dengan 63 daripada 71 kerusi dimenangi pada pilihan raya ke 9 pada 2006 lalu.Posisi pembangkang terlalu lemah dengan 8 kerusi dimenangi - 6 DAP, masing-masing 1 PKR dan Parti Cinta Malaysia,

CERIA....Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib pada majlis perasmian Sejiwa Senada Bahagian Kuching Utara, Petra Jaya. - Foto Ghazali Bujang
PCM.Apakah pada pilihan raya ke 10 ini pembangkang mampu merampas Sarawak? Dengan posisi yang  amat lemah itu, sudah pasti impian pembangkang untuk membentuk kerajaan pada 16 April ini akan terus menjadi mimpi.

(Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud)

Lebih 900 ribu pengundi berdaftar di Sarawak tidak mungkin membuat silap dalam pilihan raya ini.Kehadiran 41 calon Bebas akan lebih memudaratkan kedudukan PKR,DAP,PAS dan SNAP.Barangkali satu dua kawasan calon Bebas berupaya memecah undi parti pemerentah.Tetapi secara keseluruhannya ramai calon Bebas akan hilang wang pertaruhan.Kehadiran ramai calon Bebas kali ini menunjukkan parti-parti pembangkang terus berpecah.Satu-satunya kerusi yang disandang PKR iaitu N9 Padungan melalui peguam Dminique Ng Kim Ho pada pilihan raya 2006 lalu kini goyah.Dominique Ng keluar meninjggalkan parti itu bertanding atas tiket Bebas selepas namanya digugurkan oleh parti berkenaan.Kawasan ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN Sim Kiang Chiok dan DAP Wong Kim Wei.Apakah D.Ng mampu mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas.

PENIAGA pulut panggang Hamdan Noor, 35, yang menjalankan perniagaannya di Kampung Hilir, di pinggir bandar Sibu, Sarawak, menghias gerainya dengan mempamerkan poster pemimpin dan calon Barisan Nasional. - Foto Mohd Kamil Rahim
PETUGAS jentera piliharaya Barisan Nasional membantu kempen di Kampung Punang Jaya. - Foto Effendy Rashid

Selepas penaman calon 6 April lalu 213 calon sah bertanding. BN 71 kerusi dan di pihak pembangkang DAP  15 kerusi, PKR 49, SNAP 26, PAS 5 DAN PCM 6 dan 41 calon Bebas.

No comments: