Popular Posts

Thursday, April 14, 2011

NAJIB DAN ROSMAH DIFITNAH, PENGAKUAN RAZAK BAGINDA

(Seperti tersiar dalam Analisis Akhbar hari Ini di RTM 1 pada 21 November 2008)
Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Saariibuu dua tahun lalu masih hangat diperkatakan.
Sepanjang tempoh ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pelbagai fitnah disebarkan dalam media dan Blog.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya difitnah konon ada hubungan dengan wanita itu.
Abdul Razak Baginda 48 tahun yang dibebaskan oleh Mahkamah selepas dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu, semalam menafikan sebarang pembabitan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya.
Akhirnya kebenaran mengatasi kemungkaran
Demikian rumusan yang boleh kita buat terhadap kenyataan Abdul Razak Baginda berhubung fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur.
Penganalisis politik itu menafikan pembabitan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Abdul Razak Baginda berkata terlalu banyak fitnah dilemparkan terhadap pihak tertentu berhubung kes
itu.
Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
Abdul Razak juga menafikan beliau ada menemui Datuk Seri Najib selepas dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita itu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt lalu..
Penafian Abdul Razak itu amat besar kesannya terhadap Datuk Seri Najib,keluarganya dan negara.
Kes pembunuhan wanita Mongolia itu menjadi tumpuan seluruh dunia apabila nama-nama tokoh pemimpin negara dan beberapa individu lain disebut di mahkamah,dalam blog dan media tempatan dan asing.
Dengan kenyataan penafian yang keluar dari mulut Penganalisis politik itu, Malaysia terselamat dari skandal fitnah paling keji dan bermotif politik terhadap Timbalan Perdana Menteri yang bakal menerajui Malaysia tahun depan.
Imej Datuk Seri Najib perlu dibersihkan.Dan dalam kes Altantuya hanya Abdul Razak Baginda sahaja mampu melakukannya.
Abdul Razak telah digambarkan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib dan apabila Abdul Razak ditangkap kerana didakwa berusubahat membunuh model Mongolia itu dua tahun lalu, nama Datuk Seri Najib dikaitkan dengan pihak-pihak tertentu.
Kini Abdul Razak yang membuat perakuan sukarela itu sudah membersihkannya.
Soal samada pengakuan Abdul razak itu diterima atau tidak, tidak penting lagi.Apa yang penting ialah kebenaran yang dinyatakan oleh penganalisis politik itu.
Tidak ada sesiapa yang memaksa Abdul Razak membuat pengakuan dan mengadakan sidang media yang pertama selepas pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Oktober lalu.
Abdul Razak membuat pengakuan itu kerana tuduhan terhadap Datuk Seri Najib adalah fitnah yang berniat jahat.Beliau juga menyedari tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengakuan itu.
Malah Abdul Razak berkata beliau akan meninggalkan tanahair untuk meneruskan pengajiannya di United Kingdom.
Abdul Razak berkata beliau tidak sanggup membiarkan pihak tertentu terus menabur fitnah.
Beliau juga menafikan dakwaan Altantuya dibunuh kerana pembabitannya dalam proses pembelian kapal selam Scorpene di Peranchis.
Perjanjian pembelian kapal selam itu ditandatangani pada Jun 2002 dan beliau mengenali Altantuya pada November atau Disember 2004.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MCRS), dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas
(UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam keesokannya.
Azilah dan Sirul Azhar diperintah membela diri , tetapi Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu -YUNUS ALIAS.
###

No comments: