Popular Posts

Wednesday, April 27, 2011

POCO-POCO:PERAK KATA HARAM,MAJLIS FATWA TIDAK?

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan  pada muzakarahnya 25 April memutuskan tarian itu tidak haram. 
majlis itu berkata tarian itu boleh diamalkan.
.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata  tarian itu boleh diamalkan selagi tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai. 
.

Soalbnya kenapa di Perak sahaja tarian poco-poco itu haram?
.

Mufti Perak Tan Sri Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perak mengharamkan tarian itu selepas kajian menunjukkan tarian itu ada mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
.
 Tindakan Perak mengharamkan poco-poco ibuat dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya. 
.
Keputusan Perak mengharamkan tarian poco-poco itu dibuat sebulat suara pada mesyuaratnya 24 Januari lalu.
.
Kesemua 10 anggota majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membuat perakuan tarian poco-poco diharamkan atas asas ada unsur pemujaan rioh dan kepercayaan agama.

   .
Tarian itu diamalkan oleh bukan Islam di Jamaica  bercirikan agama Kristian.
.
Barangkali umat Islam agak keliru berikutan dua fatwa berbeza mengenai tarian atau senaman poco-poco itu.
.
Perak kata ia haram. Maljis Fatwa Kebangsaan pula kata ia dibenarkan dan tidak haram.
.
Kenapa wujud fatwa berbeza pada isu yang sama?
.
Apakah tarian poco-poco itu?
.
Tarian poco-poco dikatakan berasal dari Pulau Maluku Ambon dan Filipina.
.
Ia ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.
.
Pergerakannya berbentuk salib.Ada lirik dan seni kata lagunya. 
.
Kamus Jamaica versi Inggeris menyebut poco-poco bermaksud "cult" kepercayaana tentang agama atau pemujaan roh.
.
Mereka menari mengikut bulatan  berlawanan jam diikuti gendang khas.
.
Kajian lain menyebut tarian itu diturunkan nenek moyang masyarakat Yospan di daerah Papua New Guinea dan masyarakat Wayse di daerah Ambon.
.
Nama poco-poco dicipta oleh penggiat seni Arie Sapulette dari Ternate berketurunan Ambon.Ia dihasikan selepas melihat seorang gadis di satu pesta menari lincah di Ambon.
.
Perkataan poco-poco bermaksud gadis yang tubuhnyaa berisi dan lincah.
.
Arie dikatakan turut menggubah lagu tarian itu dan popular di seluruh Indionesia setelah dia berhijrah ke Jakarta pada 1965.Ia dinyanyikan penyanyi polular Yopie Latul.
   .
Poco-poco Ambon ini digemari masyarakat Sulawesi Utara tanpa mengira usia.
.
Bagaimana poco-poc ditarikan?
.
Gerakan poco--poco dilakukan dengan dua langkah kecil ke kanan dan kemudian berpusing hingga si penari selesai memusing tubuh ke empat penjuru angin.
.
Perak mendapati poco-poco bercanggah dengan syarak kerana ia ada kaitan kepercayaan agama Kristian dan gerakannya menyerupai lambang salib.
.
apakah keputusan perak mengharamkan tarian poco-poco itu menepati syariah Islam?
.
dalil al quraan menjelaskan sesuatu perbuatan yang dilakukan mestilah dengan pengetahuan untuk mengelak diri dari meniru, lebih-lebih lagi jika ia menyerupai acara peyembahan agama lain.
.
Firmah Allaj SWT dalam surah Al Israk ayat 36: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
.
Sesungguhnya penglihatan serta hati, semua  anggota kamu tetap akan ditanya di akhirat nanti tentang apa yang dilakukan.
.
Setiap umat islam dianjurkan supaya meninggalkan setiap perkataan dan perbuatan yang mempunyai kesamaan dan penyerupaan terhadap amalan agama lain.
.
Nabi Muhamad SAW bersabda mengingatkan agar kita sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan atau tindakan menyerupai orang kafir.
   
Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Asakir daripada Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Aku diutuskan diambang kiamat  menerusi kekuatan sehingga Allah Yang Maha Esa sahajalah yang disembah, tiada sekutunya..sesiapa yang menyerupai keadaan sesuatu kaum ia tergolong dalam golongan mereka...

Apakah tarian poco-pco tergolong dalam apa yang disabdakan junjngan Besar Nabi Muhamad SAW itu?
.
Allahualam..

No comments: