Popular Posts

Thursday, April 14, 2011

RAJA PETRA MENGAKU DIPAKSA FITNAH NAJIB,ROSMAH

(Rencana ini disiarkan dalam Analisis Akhbar menerusi Selamat Pagi 1 Malaysia (SPM) RTM1 jam  7.25 pagi 14 April 2011)


Yang benar tetap berada di pihak yang benar.
.
Demikianlah kesimpulan terhadap pengakuan pengendali Laman blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin yang masih diburu pihak berkuasa Malaysia kerana pelbagai tulisan fitnahnya terhadap pemimpin negara.
.
Raja Petra membuat pengakuan itu kepada seorang wartawan tempatan di Australia.

Pengakuan Raja Petra itu barangkali akan dinafikan pihak tertentu berkepentingan.
.
Namun ia amat bertepatan ketika pelbagai tohmahan dan fitnah ditabur pihak tetentu yang mahu mendapatkan kuasa politik di negara ini.

Ia juga amat bermakna kepada Perdana Menteri dan isteri beliau Datin Sri Rosmah Mansur yang pernahy dikatkan dengan kes pembunuhan seorang model Mongolia lima tahun lalu.

Raja Petra berkata pengakuan bersumpahnya dengan menuduh Datin Seri Rosmah dibuat bukan berdasarkan fakta, tetapi atas desakan kumpulan orang yang dikaitkjan dengan Ketua Pembangkang datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
Mereka membuat pakatan terancang bagi menghalang Datuk Seri Najib menagambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang heboh dikatakan mahu ,meletak jawatan pada 2008 lalu.
Ketika itu kes pembunuhan berkenaan sudah dibicarakan di Mahjkamah Tinggi Shah Alam.

Antara lain Raja Petra bnerkata Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Menurut Raja Petra  akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu termasuk yang dikaitakkan dengan Ketua Pembangkang datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Bagaimanapun katanya ,Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti itu.

Yang saya kata ada orang yang bercerita ...

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera juga memberi maklumat yang sama.
   
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia.

dalam kes itu, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor.
                                                                      Fail:Altantuya.jpg
 Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian itu. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.
.
Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. 
   
Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda yang didakwa sebagai  bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan.

 Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala anak lelakinya itu.

Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 saksi dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan, hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar .

Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.

Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.

Razak Baginda dibelepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

No comments: