Popular Posts

Wednesday, April 27, 2011

SARAWAK

Kuasa rakyat dalam sebuah negara demokrasi sekali lagi menumbangkan impian pakatan pembangkang untuk merampas kerajaan negeri Sarawak dalam pilihan raya yang amat sengit semalam.

Menafikan BN sebagai parti pilihan lebih 900 ribu pengundi di Sarawak masih merupakan pengalaman sukar bagi parti-parti pembangkang yang duduk bergabung dalam pakatan longgar dan rapuh diketuai Parti Keadilan Rakyat, PKR apabila mereka hanya mampu memenangi 15 kerusi daripada keseluruhan 71 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri ke 10 itu.

BN memenangi 55 kerusi  terus unggul walaupun kurang tujuh kerusi daripada dimenangi dalam pilihan raya negeri 2006 lalu.

Sebelum DUN dibubarkan 21 Mac lalu BN menguasai 63 kerusi. 62 dimenangi manakala satu lagi kerusi berikutan seorang ADUN dari Parti Kebangsaan Rakyat Sarawak, SNAP menyertai BN selepas wakli rakyat berkenaan keluar dari  SNAP dan menyertai BN tahun lalu.
   
dengan keputusan rasmi yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR lewat malam tadi, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud  75 tahun untuk kali ke tujuh mengangkat sumpah jawatan sebagai KM bagi membentuk kerajaan negeri .

Beliau mula dilantik KM pada Mac 1981.

Apakah akan berlaku peralihan kuasa selepas ini barangkali mula dihitung pucuk pimpinan BN Sarawak dan Pusat.

Sebelum pilihan raya negeri itu Tan Sri Abdul Taib mengumumkan untuk melepaskan jawatan KM dan calon pengganti yang layak dan mampu membawa kegemilangan Sarawak sudahpun dikenalpasti .

Beberapa nama disebut tetapi sehingga semalam Tan Sri Abdul Taib adalah KM Sarawak.Beliau mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti besar  5,726 mengalahkan pencabarnya dari PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru.Tan Sri Taib memungut 6,210 undi.

Melihat keputusan pilihan raya negeri Sarawak itu adalah jelas BN terus mengikat hati rakyat Sarawak terutama di kawasan pedalaman.
BN bertanding semua 71 kerusi selepas mengelkalkan status quo pembahagian kerusi sebagaimana pilihan raya 2006 lalu.
Komponen tunjang BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB terus unggul memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.
Manakala SPDP dan PRS masing-masing meraih 7 kerusi.
   
Bagaimanapun satu lagi komponen BN iaitu SUPP atau Parti Bersatu Rakyat Sarawak yanga bertabndinhg di kawasan majoriti penagundi Cina kalah teruk hanya menangi 6 daripada 19 kerusi ditandinginya.

Presiden parti itu yang juga Timbalan KM Tan Sri Dr George Chan Hong Nam gagal mempertahankan kerusi Piasau yang dirampas muka baru dari DAP Ling Sie Kiong.  

PKR yang begitu yakin pakatan pembangkang mampu  membentuk kerajaan negeri dengan meletakkan 49 calon bilangan paling ramai pernah ditandinginya terpaksa akur dengan kuasa rakyat Sarawak apabila mereka diberikan tiga kerusi sahaja iaitu Krian,Bakelalan dan Batu Lintang.

PKR yang bertumpu harapan kepada pengaundi Bumiputera bukan sahja gagal memenuhi impian Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ujtuk merampas Bumi Kenyalang, tetapi menerima mesej sebaliknya apabila parti itu ditolak mentah-mentah oleh penagundi Sarawak.

Tsunami politik yang dicanangkan oleh Anwar ternyata  memakan diri apabila pengundi membalas melalui peti undi dengan menolak 46 daripada 49 calon parti itu.
   
Ia bukti jelas rakyat Sarawak masih belum bersedia 
menerima PKR di negeri itu.

Nafsu Anwar untuk merampas Sarawak hingga mengenepikan suara parti-parti lain dalam pakatan rapuh mereka - SNAP yang hanya diberikan 26 kerusi sedangkan parti itu menuntut diberikan lebih 50 kerusi dan DAP 15 kerusi menyebabkan berlaku pertembungan di 26 kawasan ditandingi mereka memakan diri apabila SNAP tewas semua kerusi ditandijginya.

Begitu juga cubaan PAS  yang menambah kerusi ditandingi dari 1 pada 2006 kepada 5 kerusi juga tidak menjadi.PAS tewas kesemua kerusi ditandinginya.

Keputusan pilihan raya negeri ke 10 semalam mencerminkan sokongan besar rakyat Sarawak terhadap dasar-dasar kerajaan negeri dan Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak yang memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program transformasi kerajaan dengan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan  pencapaian diutamaklan.
   
 Lebih 372 ribu pengundi mengaundi menyokong BN memberikan majoriti lebih dua pertiga untuk memerentah Bumi Kenyalang itu.

Rakyat Sarawak benar-benar selesa berada di bawah kerajaan BN untuk terus memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang pemerentahan BN memasuki penggal ke lapan ketika ini.

Tahniah dan syabas kepada rakyat Sarawak ...
Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 kelmarin barangkali  yang terakhir bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP Tan Sri Dr George Chan selepas tokoh politik masyarakat Cina itu gagal mempertahankan kerusi yang dikuasainya sejak enam penggal Piasau di Miri.

Tan Sri Dr George Chan menjadi tokoh yang menerima kekalahan paling mengejutkan dalam pilihan raya negeri Sarawak itu.

Ahli politik berusia 75 tahun itu ditewaskan oleh peguam berusia 28 tahun, Ling Sie Kiong daripada DAP dengan 1,590 undi. Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan  meraih 4,408 undi. 

dan tindakan beliau  untuk meletak jawatan sebagaimana diumumkannya semalam memang sepatutnya dilakukan bagi kepentigan BN dan masa depan SUPP dalam politik negeri itu.

Dr George Chan bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi miliknya sejak enam penggal itu tetapi SUPP pimpinannya terus mencatat prestasi buruk.

SUPP hanya menang 6 daripada 19 kerusi diperuntukkan kepada parti itu pada pilihan raya Ahad lalu.
Prestasi teruk SUPP ITU TURUT  mencetuskan keadaan di mana masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri. 

sAMADA dR.gEORGE cHAN FAKToR KEKALAHAN TERUK PARTI itu bukan isunya, tetapi SUPP mesti mengakui masyarakat Cina Sarawak sudah bosan dengan barisan kepimpinan parti itu. 

Hakikat pilihan Raya Negeri Sarawak sering memperlihatkan pertandingan berbilang parti, dengan calon-calon bebas juga menyertainya - kekadang sehingga enam orang pesaing untuk satu kerusi. 

 dan pada pilihan raya baru lalu jumlah calon Bebas begitu ramai sehingga 41 calon.

Arah aliran ini juga  berlaku  dalam Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, tetapi ia tidak sehebat pilihan raya Ahad lalu.

SUPP yang diperuntukkan kerusi dengan jumlah sama gagal cemerlang apabila parti itu kehilangan lebih separuh kerusi ditandinginya.
.
Sebagai sebuah komponen BN yang menjadi tunggak harapan masyarakat Cina di Sarawak, SUPP harus berusaha mendapatkan undi lebih banyak di kawasan ditandinginya.

Tiada lagi kemenangan selesa sebagaimana di musim-musim lalu.

Suasana menang tidak bertanding tidak wujud lagi.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun 1991, BN memenangi kesemua 56 kerusi yang ditandingi, dengan 57 daripada 62 kerusi dimenangi pada tahun 1996 serta 61 daripada 62 kerusi pada tahun 2001. 

Untuk kerusi-kerusi Parlimen pula, BN Sarawak memenangi kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada tahun 1995 dan tahun 1999.

 Pilihan raya umum pada tahun 1999 memperlihatkan BN Sarawak memenangi 27 daripada 28 kerusi. 

Dr Chan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri, bagi enam penggal berturut-turut sejak 1983
Beliau mengambil alih kepimpinan parti daripada Tan Sri Wong Soon Kai pada 1996 dan pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri . 

Dr Chan, sebelum ini pernah menyandang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan dan Kemudahan Awam Sarawak

Prestasi teruk SUPP dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semalam menyebabkan  masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri. 

Diandaikan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan kuota Cina, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Wong Soon Koh kemungkinan akan mengambil alih jawatan timbalan ketua daripada presiden parti Tan Sri Dr George Chan, yang tewas di kerusi Piasau itu. 

Wong, merupakan menteri dalam Kabinet negeri yang lepas, memenangi kerusi Bawang Assam, adalah lebih senior antara dua pemimpin SUPP yang berjaya itu. 

Seorang lagi pemimpin itu ialah Datuk Lee Kim Shim, yang berjaya memenangi kerusi Senadin, kemungkinan akan dilantik menteri penuh. 

SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. 

Jika kuota itu dikekalkan, empat lagi calon SUPP yang menang dalam pilihan raya negeri akan dilantik menteri muda. 

Tetapi keempat-empat mereka ialah Bumiputera: Ranum Mina di Opar, Dr Jerip Susil di Bengoh, Dr Johnical Rayong di Engkilili dan Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang. 

Bagaimana pula dengan perubahan dalam parti? 

Topik ini telah banyak dibincangkan oleh pemimpin SUPP termasuk Dr Chan,

Beliau  bukannya presiden SUPP yang pertama ditewaskan oleh DAP.  Ketuanya sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr Wong Soon Kai, ditumpaskan oleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng di Bukit Assek pada 1996. 

No comments: