Popular Posts

Tuesday, April 19, 2011

SIAPA LIABILITI KEPADA PAS?

                                                                                                  


Benarkah Presiden PAS Datuk Seri Hj.Abdul Hadi Awang liabiliti kepada parti itu?
.
Muktamar tahunan parti itu nanti akan menjadi hangat dan menarik.
.
Siapakah yang akan mencabar Abdul Hadi nanti?
.
Dan baru-baru ini Pas kawasan Bukit Bintang mencetuskan kejutan apabila mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan Presiden yang kini disandang Abdul Hadi.
.
Fakta Mengenai Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang:

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang lahir 20 Oktober 1947di Marang Terengganu kini   Presiden Parti Islam Se-Malaysia, PAS dan bekas  Menteri Besar Terengganu.

Lulusan Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke perMuingkat M.A. (Siasah Syariyyah) 1974 - 1975.

menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 ali lagi  calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar dari BN. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

Siapa pula Datuk Hussam?
Datuk Paduka Husam Musa  Exco Kerajaan Negeri Kelantan memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.

 lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota BharuKelantan.

Lulusan Universiti Malaya (1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Pernah memegang jawatan ketua pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999). Antara jawatan  yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Timbalan  Presiden PAS Pusat.

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.
Ramai di kalangan parti itu kini sudah mula membuka  mulut bercakap mengenai suara Pas Bukit Bintang itu.
Mereka juga mula menilai kepimpinan Abdul Hadi sejak mengambil alih presiden parti itu beberapa tahun lalu.
Kepimpinan Abdul Hadi dilihat lemah.Abdul Hadi dikatakan punca rancangan Pakatan pembangkang mahu merampas kerajaan Persekutuan melalui Gestapu 16 September berkecai.
.  
PAS kini semakin hilang kredibiliti sebagai sebuah parti yang lantang malah dillihat sebagai kuda tunggangan DAP.
.
Ramai yang kurang percaya terhadap kemampuan parti itu untuk muncul di depan kembali berikutan kepimpinan yang lemah dan kurang responsif terhadap DAP yang menganggap PAS sebagai parti menumpang dalam pakatan pembangkang.
.
 Kenapa PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan Hussam yang kini antara pemimpin kanan parti itu yang dianggap berfikiran lebih terbuka ?
.
Apakah jawatan Presiden parti boleh dipertandingkan?
.
perlembagaan parti itu tidak menghalang mana-mana ahlinya bertanding merebut jawatan tertinggi parti berkenaan.Syaratnya mesti mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan.
.   
Sejarah PAS begitu panjang.
.
parti itu diasaskan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 melalui satu persidangan ulamak.
.
PAS yang ketika itu bergerak sebagai badan dakwah hanya aktif berpolitik menjalng pilihan raya 1955.
.
IA dikaitkan dengan pengaruh  gerakan Islam  Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. 
.
Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. 

Antara pemimpin PAS dikenali ialah  Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang aktif di Gunung Semanggol, Perak. 
.
Perjuangan PAS ketika ini sudah tersasar jauh dari perjuangan asal parti itu menegakkan syiar Islam.
.
PAS semakin gairah dalam politik hingga merelakan dirinya dijadikan kuda tunggan oleh DAP dan rakan dalam pakatan pembangkang.
   .
PAS gagal diPerak apabila kerajaan negeri yang diketuainya tumbang kurang setahun selepas pilihan raya umum 2008.
.
Parti itu yang bercakap tunggang terbalik pernah 
 kerjasama dengan Umno dan menyertai kerajaan pada tahun 1974.
.
Hari ini parti itu memburuk-burukkan Umno dan sebaliknya menagungkan DAP yang kini rakan barunya.
.
Apakah yang dilakukan Abdul Hadi bagi membersihkan imej parti itu yang diperlekah DAP?
.
Apakah Hussam mampu memulihkan PAS?
.
Apakah tindakan Bukit Bintang mencalonkan Hussam akan mencetuskan krisis baru dalam kepimpinan parti itu?
.
Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR di Sarawak baru-baru ini tidak menguntungkan parti itui.
.
PAS gagal dalam percubaannya bertanding lima kerusi pada pilihan raya  negeri Sarawak Ahad lalu.
.
DAP tidak memberikan kerjasama sepatutnya kepada rakannya itu hingga rakyat Sarawak menolak mentah-mentah calon PAS.
.
Senario ini tentulah menjadi bualan di kalangan ahli parti itu ketika menilai kepimpinan Abdul hadi.
.  
Tindakan PAS membenarkan bukan Islam menjadi ahli kehormat parti itu kurang disenangi banyak pihak.
.
Ke mana PAS dibawa Abdul Hadi?
Abdul Hadi pernah mengetuai kerajaan Terengganu sebagai Menteri Besar sehingga 2004.
.
Parti itu gagal mempertahankan Terengganu pada pilihan raya tahun berkenaan.
.
Apa yang berlaku dalam kepimpinan parti itu sukar diramalkan.
.
Suara Bukit Bintang itu adalah petanda ada rasa kurang senang terhadap kepimpinan PAS yang diterajui Abdul Hadi.
.

No comments: