Langkau ke kandungan utama

KHABAR DARI KENYALANG 9 - TANAH NCR HANGAT...

Tiada majoriti yang ketara di antara kaum utama di Sarawak kerana daripada segi jumlah penduduk, masyarakat Melayu dan Melanau mewakili kira-kira 27.5 peratus, Iban 29.5 peratus, Cina 28 peratus , Bidayuh 8 peratus dan Orang Ulu 6 peratus.Daripada 71 kawasan DUN Sarawak, 15 kawasan adalah kawasan majoriti orang Cina.
Pada pilihan raya 2006 lalu PP dan DAP lebih menumpukan kepada kawasan yang majoriti pengundinya Cina.Apakah benar kerajaan negeri merampas tanah adat NCR?
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahamud berkata apa yang berlaku ialah penduduk di kawasan luar bandar mahu tanah mereka dimajukan.Mereka mahu menyertai rancangan estet yang dirancang kerajaan negeri.Kerajaan negeri katanya bercadang untuk membangunkan 200 ribu hektar tanah NCR yang akan mengubah kehidupan penduduk luar bandar.Penduduk yang memiliki tanah adat itu menyedari tanah mereka kini terbiar tidak mendatangkan sebarang hasil.
Kerajaan negeri Sarawak pimpinan BN komited bagi memajukan tanah berkenaan DENGAN ESTET KELAPA SAWIT DAN GETAH , bukan merampas sebagaimana tuduhan pembangkang.Ketika ini 139 agensi kerajaan Persekutuan dan GLC menyertai program pembangunan tanah adat di negeri Sarawak.
Tan Sri Taib berkata parti-parti pembangkang menggunakan isu tanah adat itu bagi meracuni fikiran penduduk untuk memancing undi pada pilihan raya ini.Apakah Tanah Hak adat Bumiputera atau NCR?
Tanah berkenaan wujud sebelum pemerentah Inggeris Rajah Brooke datang ke Sarawak. Masyarakat Iban,Bidayuh dan pribumi lain sudah meneroka tanah berkenaan.Mereka menebang hutan, membuka tanah pertanian dan penempatan.Kerajaan negeri mengiktiraf tanah berkenaan disamping menghormati kepercayaan kaum terbabit.
Isu tanah adat dibangkitkan pembangkang berikutan ura-ura DAP mahu bertanding di kawasan luar bandar pada pilihan raya ini.DAP yang kekuatannya pada pilihan raya lalu tertumpu di bandar sudah kekeringan modal.Dalam pilihan raya 2006 lalu parti itu membangkitkan isu pajakan tanah.Pembaharuan semula pajakan tanah adalah isu yang hangat diperkatakan kerana tempohnya sudah hampir tamat di pusat-pusat bandar seperti Kuching, Sibu, Miri yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina. 
.
(inilah antara tanah adat yang sedang dimajukan kerajaan BN Sarawak)

Mengikut Kanun Tanah Negeri, tanah terbabit adalah milik kerajaan negeri dan tidak ada peruntukan pajakan itu diperbaharui secara automatik apabila tamat tempohnya.Isu itu bagaimanapun sudah diselesaikan kerajaan BN dan tidak boleh dijadikan modal kempen oleh parti-parti pembangkang lagi.kadar preimum tanah berkaitan juga sudah dikurangkan.
Ketika kempen pilihan raya 2006 pembangkang menakut-nakutkan pengundi konon kadar premium akan dinaikkan dan tanah pajakan akan dirampas.Apa yang berlaku 90 peratus tanah berkenaan sudah diperbaharui tempoh pajakannya.
Pembangkang yang bertanding nampakknya sudah kekeringan isu yang boleh dibangkitkan bagi memancing undi.Lebih 900 ribu pengudi berdaftar di Sarawak layak mengundi pada pilihan raya ke 10 ini.

.
.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.