Popular Posts

Saturday, April 30, 2011

VIDEO SEKS ANWAR:SUMPAH LAKNAT...


.
Semalam 29April 2011, Jumaat, seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya Mac lalu . 
.
Beliau melakukan sumpah laknat tersebut kira-kira pukul 4.20 petang untuk mempertahankan bahawa pelaku dalam video seks hitam putih itu adalah ketua pembangkang itu yang sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut. 

   .
sumpah laknat bukan isu yang boleh dipersendakan.
.
ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa musibah kepada orang yang bersumpah dan pihak yang dituduh kerana ia adalah janji Tuhan .
.
Apakah sumpah laknat?
.
Sumpah mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah.
.
Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. 
.
Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. 
.
kisah sumpah laknat disebut dalam sejarah Islam. 
.
kabilah Nasara, Bani Najran, di Selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad SAW.
.
Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad SAW. 
.
Nabi Muhammad SAW meminta mereka membayar jizyah. tetapi mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.
.
mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. 
   .
Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad  SAW berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul.
.
Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. .
.
Apakah kesan atau musibahnya terhadap sumpah laknat? 
Ayat 61 Surah al-Imran dalam Al-Quraan menyebut “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”
.
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar.
.
 Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.
.
Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu boleh berlaku dalam tempoh tidak melebehi setahun.
.
Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain.Wallahualam...hanya tuhan maha mengetahui akan segala sesuatu...
.   
Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. 
.
Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. 
.
Cendikiawan Islam Ibn Hajjar berkata  akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada.
.
terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman pemerentahan Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu.
.
Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain ..
.
dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata ... si polan ini  engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”
.
Wallahhualam.

No comments: