Popular Posts

Sunday, May 1, 2011

KE MANA MCA?

Ramai bercakap mengenai pilihan raya umum ke 13 ketika ini.
.
Samada parti kerajaan yang memerentah iaitu Barisan Nasional, BN mahupun pembangkang seolah-olah sudah memulakan gendang perang bagi PRU ke 13.
.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kaum Cina di negara ini agar membuat pendirian yang jelas samada menyokong BN atau kehilangan wakil dalam kerajaan.
.
kita tengok PRU 13 ..mana Cina pergi....
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum itu berkata  MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12. 
.
Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN yang ditandingi parti tersebut. 
.
Keputusan itu amat mengejutkan.
.   
Mesej MCA ialah pengundi Cina tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. 
.
Analisis PRU KE 12 MENUNJUKKAN  BN masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat DUN ,  tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. 
.Bnyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS.

 BN kehilangan sokongan besar kaum Cina yang dikatakan beralih arah menyokong pembangkang yang dikaitkan dengan Gelombang baru permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia.
.
pening..dok pening fasal Pas ni..
Pilihan raya itu juga melihatkan kegagalan BEBERAPA -ketua parti komponen BN  mempertahankan kerusi mereka, 
.
Presiden Gerakan Tan Sri  Koh Tsu Koon, Presiden MCA Datuk Serui S.Samy Vellu, Presiden PPP Datuk M. Kayveas tewas di kawasan tradisi masing-masing.
dap dok kata camni..pkr begini..umno dok acah lagi.. 
.
PAS, dont dare to established Islamic states...
Apakah PRU ke 13 berlaku perubahan besar sokongan pengundi Cina kembali  kepada BN semula?
.
BN amat memerlukan sokongan kumpulan masyarakat itu kerana mereka adalah mewakili jumlah terbesar ke dua penduduk negara ini.
.
Amaran Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek itu sudah pasti dibuat berasaskan kedudukan MCA yang begitu lemah pada PRU ke 12 lalu.
.
MCA perlu mendapat sokongan padu pengundi Cina kerana parti itu milik mereka. Sokongan yang meningkat kepada DAP tetulah mengguris hati kepimpinan MCA sendiri.
.
Pengundi Cina harus sedar kesan pilihan raya umum ke 12 begitu hebat dan berlaku mendadak selepas BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga seperti lazimnya.
   .
Ketidaktentuan politik berlaku susulan pembentukan kerajaan  yang amat berbeza, tambahan pula kebimbangan kelembapan ekonomi sedunia kesan perkembangan ekonomi tidak memberangsangkan dari Amerika Syarikat, menyumbang kepada keresahan pelabur ketika itu.
.
Indeks Komposit Kuala Lumpur, IKKL  jatuh mendadak.
.
Pada 10 Mac, iaitu hari perdagangan pertama sejak berlalunya pilihanraya, saham-saham di IKKL jatuh 9.5% dari 1,296.33 mata kepada 1,173.22 mata pada pukul 5 petang iaitu kejatuhan dalam sehari terbesar dalam sedekad lalu
.
Pada hari yang sama, nilai ringgit juga jatuh. 
.
pelabur asing kehilangan keyakinan kestabilan politik yang dinikmati sebelum pilihanraya lalu melepaskan peluang pelaburan di negara kita.
.
Kita tentulah tidak mahu keadaan ini berulang pada PRU ke 13 nanti.
.
BN memerlukan sokongan lebih besar untuk meneruskan kerajaan yang kukuh dengan mandat penuh rakyat.
.
Peranan parti-parti pembangkang selepas PRU ke 12 terbukti tidak menguntungkan rakyat.
   .
Kerana itu tidak hairanlah apabila Datuk Seri Najib menyarankan PAS satu-satunya parti yang mendakwa berasaskan Islam keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. .
.
sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
.
 Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional,BN dan Umno. 
.
Apakah sikap penmagundi Cina dalam dan di luar MCA dan kepimpinan PAS?
.

No comments: