Popular Posts

Tuesday, May 3, 2011

OSAMA BIN LADEN MATI?

dunia memberikan reaksi berbeza mengenai kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden seperti diumumkan Presiden Amerika Syarikat Barak Obama semalam, 2 Mei 2011.
..
Osama dilaporkan maut dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad dekat Islamabad Pakistan.
.
Osama diburu Amerika Syarikat dan sekutunya kira-kira 10 tahun kerana didakwa mendalangi serangan 11 September 2001ke atas bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia, WTC di New York.
.
AS mendakwa jenazah Osama dalam simpanan negara itu, tetapi pada masa sama laporan menyebut jenazah pemimpin utama Al-Qaeda itu dibuang ke laut bagi mengelak pemujaan oleh pengikutnya di seluruh dunia.
.
Pemimpin-pemimpin DUNIA terutama sekutu Amerika Syarikat gembira dengan berita kematian pemimpin kumpulan pengganas yang amat dikehendaki itu.
.   
Ia sekaligus mengakhiri igauan ngeri AS dan sektunya selama 10 tahun kerana usaha menjejaki persembunyian Osama apatah lagi membunuhnya sentiasa gagal.
.
Presiden Obama boleh menepuk dada kerana kejayaan pihaknya mengesan persembunyian Osama dan membunuhnya, tetapi soalnya apakah dunia benar-benar sudah aman?
.
Osama dilahirkan di Jeddah Arab Saudi pada 1957 dari keluarga hartawan pembinaan di negara itu.Beliau adalah seorang jurutera awam yang beraya dan memiliki kekayaan bernilai lebih 400 juta dolar amerika.
.
Kehidupannya begitu aman dengan membantu bapanya dalam sektor pembinaan, tetapi berubah apabila menyertai perang di Afghanistan menentang penaklukan Rusia pada 1979.
.
di rumah mewah dekat Islamabad inilah didakwa AS pemimpin Al-Qaeda Osama Bin Laden  ditembak mati teintera Amerika ...
Sepuluh tahun kemudian Osmama semakinmatang dengan perjuangan keganasan apabila menubuhkan kem dan pusat ketenteraan Al-Qaeda pada 1988.
.
Osama dikatakan mula mengganas slepas dibuang kkluarga dan kerakyatannya ditarik baklik pada 1994 kerana menggunakan kekayaannya membiayai aktiviti keganasan.Beliau menetap di Afghanistan.
.
Banyak kejadian keganasan kemudianya dikaitkan dengan Osama termasuk serangan bom ke atas bnerek tehtera amerika di Arab Saudi pada 1996, keduitaan AS di kenya dan Tanzania pada 1998.
.
 Apakah yang akan berlaku selepas ini, sukar diramalkan.
.


FAKTA: OSAMA bin Mohammed bin Awad bin Laden (bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عود بن لادن) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan 28 Jun 1957 di Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang adik beradik.Bapanya Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II.muncul sebagai usahawan pembinaan terkaya dan menlain hubungan erat dengan keluarga DiRaja Arab Saudi.
Ketika remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi dan pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah,a dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang Afgan menentang pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan.Osama banyak membiayai pejuang Afghan ketika itu.
Ketika peperangan melnghalau tentera Rusia hampir berakhir, Osama menubuhkan pergerakan Al Qaeda, sebuah organisasi yag dilabel AS sebagai pengganas.
Ketika tentera Rusia berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, KumpulanPerusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara
.Menurut Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 terbabit dalam gerakan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York.
Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.
Apakah dunia benar-benar aman daripada ancamana pengganas?
 .
Patah tumbuh hilang berganti dan demikianlah Osama bin Laden.Penggantinya yang memang dikenali dunia sudahpun sedia untuk meneruskan perjuangan Al-Qaeda. 
.
Kejayaan AS membunuh Osama bukanlah jaminan dunia sudah selamat.
.
Sebagai kumpulan pengganas yang besar rangkaiannya di seluruh dunia, Al-Qaeda  tetap berbahaya.
.
kumpulan pengganas itu masih mampu meneruskan ancaman keselamatan dana keamanan sejagat.
.
Dunia Islam keliru tekanan Washington .Osama digambarkan amat kejam,ganas dan tiada belas kesihan membunuh orang awam .Benarkah begitu?
.
Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.
.
Apakah dunia kini sudah mula mengerti Islam tidak menyokong sebarang keganasan dan pembunuhan oerang awam sebagaimana dilakukan kumulan pengganas ASl-Qaeda itu.
.
Dunia bagaimanaopun tidak boleh alpa atau cuai berikutan kematian Osama bin Laden itu.
.
Ancaman keganasan tidak boleh diketepikan selagi ada pihak merasakan berlaku layanan tidak adil kuasa-kuasa besar dunia terhadap pihak yang sedang ditindas.
.
Isu keganasan regim Israel ke atas penduduk Palestin perlu ditangani secara berterusan dan layanan lebih adil patut diberikan kepada bangsa Palestin.
.
Masalah kemiskinan di Afrika dan diberi  perhatian.
.
Barangkali tidak dinafikan meskipun dianggap sebagai pengganas paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat,  ada pihak menganggp Osama bin  Laden sebagai pejuang keadilan dunia!-Y.A.
.

1 comment:

Anonymous said...

torebki david jones torebki zamszowe tanie torebki torebki wizytowe
torebki torebka kuferek torebki damskie w³oskie
torebki online torebki wizytowe torebki skórzane torby skórzane torebki kazar torebki 2011
tanie torebki torebki damskie sklep internetowy [url=http://torebki4you.com]torebki [/url]