Popular Posts

Wednesday, April 24, 2013


APA KATA DATUK SERI UTAMA DR.RAIS YATIM SELEPAS DIGUGUR PERTAHAN KERUSI PARLIMEN JELEBU PADA PRU-13? 


SOALAN: Sebagai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan penyandang
kerusi Parlimen Jelebu selama tiga penggal, Datuk Seri telah bertindak menerima
keputusan pemimpin BN untuk tidak bertanding dengan baik. Malah Datuk Seri turut
turun memberi sokongan terhadap pengganti Datuk Seri, Zainuddin Ismail, yang
merupakan timbalan ketua Umno Jelebu pada penamaan calon Sabtu lepas.
RAIS: Dalam dunia perjuangan, kita harus menimba daripada kumpulan
nilai-nilai positif dalam perjuangan kita. Oleh kerana pada satu ketika
seseorang itu disokong dan didukung oleh pelbagai lapisan, sampai masanya
seperti yang tersohor kepada kata-kata lama, bahawa zaman beredar, pusaka
bergilir. 
Jadi prinsip itu harus ada pada setiap pemimpin, bukan lama, bukan
baharu tetapi setiap yang bernama pemimpin perlu menghadapi realiti iaitu saat
untuk bertukar keadaan ataupun tidak lagi tersenarai sebagai pemimpin.
Hal ini memang sukar, tetapi kita perlu menghadapi realiti perjuangan, sebab
seseorang yang memimpin itu tidak seharusnya kekal sebagai wakil rakyat atau
menteri, ataupun jawatan-jawatan lain, melainkan menghadapi kenyataan satu
ketika beliau harus beredar
Jadi peredaran itu perlu kita beri dengan penghormatan, bukan dengan
kesedihan atau cara yang boleh merugikan perjuangan itu sendiri. Saya memang
faham ini sukar dilaksana tetapi memang terbenam dalam pemikiran dan amalan
saya bahawa bergilir memegang kuasa, bergilir memegang teraju, perlu kita
hormati.
Kita tidak boleh misalnya, setelah menjadi pemimpin sekian lama, tiba-tiba
kita amalkan lompat-lompat katak lompat. Apabila masa tidak sesuai dengan kita,
kita melompat. 
Saya pohon supaya rakan-rakan yang sezaman dengan saya ataupun yang
mempunyai pengalaman interaktif dengan pemimpin-pemimpin yang lain, tidak
meninggalkan parti pada saat-saat genting ini.
Soalnya begini, seseorang yang telah menjadi pemimpin begitu lama dan dapat
jawatan tinggi, dapat faedah banyak, dapat nama yang tersohor, serta
kemudahan-kemudahan yang lain, maka terus meninggalkan parti yang begitu banyak
berjasa dengan kita, seolah-olah tidak ada apa-apa, masuk ke parti lain yang
selama ini menentang kerajaan dan parti kita. 
Pendirian begini tidak harus kita amalkan dan jangan kita ikut satu dua yang
telah pun melakukan perkara seperti itu.
SOALAN: Apakah komen Datuk Seri mengenai tindakan anggota parti yang
melahirkan rasa kekecewaan mereka dengan tidak menyokong calon yang dipilih,
atau bertanding sebagai calon Bebas?Beri Sokongan...Penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P126 Jelebu menuju ke pusat penamaan calon di Dewan D'Suri Majlis Daerah Jelebu.
calon Parlimen Jelebu Zainuddin Ismail (sebelah Rais) ke Dewan Penamaan calon 20 April 2013...
RAIS: Ini termasuk dalam golongan nilai, amalan dan perjuangan yang harus
kita terima dan pakai. Kita dihakimkan menerusi kata-kata kita yang lampau. Kita
akan dihakimkan menerusi perbuatan yang telah kita lakukan.
Justeru itu, kita jangan lupa bahawa dengan memasukkan diri kepada golongan
baharu itu sama ada bebas atau tidak, kita akan diteliti, kredibiliti kita akan
dipersoalkan dan kita tidak dapat menentang mata dan juga pandangan masyarakat
yang selama ini mendukung kita. 
Dalam dunia perjuangan, ada sedih, ada gembira, ada rugi, ada untung. Dalam
pengertian inilah, saya sebagai seorang yang telah lama dalam kerajaan dan
parti, ingin menyeru (anggota parti) kita tidak boleh mengecewakan perdana
menteri yang telah begitu lama memupuk semangat bagi kita di bawah gagasan
1Malaysia dan budi serta langkah-langkah positif yang lain.
SOALAN: Di manakah silapnya pendirian dan tindakan golongan yang tidak
mementingkan parti ini, yang hanya memikirkan diri mereka sendiri?
RAIS: Pada saya apabila sahaja terdengar seseorang itu loncat atau lompat
pagar, sebelum terjadi seseorang pemimpin tinggi atau sederhana, perlu mengambil
iktibar. 
Mereka perlu menemui anggota parti itu atau berhubung dengan mereka. Itu
satu cara, dan cara kedua ialah menghindarkan supaya pengikut-pengikutnya 
tidak bersama mengikut beliau yang telah melompat dan lari daripada
perjuangan. 
Bagi saya, seseorang jeneral tidak harus lari daripada perjuangan
kecuali beliau itu diikut oleh ramai yang juga berperasaan sedemikian. 
Kalau hanya seorang lompat pagar dan menjadi seorang calon Bebas, dan tidak
ada orang lain (yang mengikut), saya berpendapat gara-gara dan tindakan beliau
tidak mendapat sambutan. 
Dalam keadaan sedemikian, saya masih yakin Barisan Nasional akan menang dan
percayalah, di saat akhir rakyat akan memilih Barisan Nasional. 

Soalan: Memandangkan Datuk Seri telah lama dengan parti, apakah nasihat
Datuk Seri terhadap anggota parti yang bercita-cita menjadi pemimpin terbaik
dalam Umno?
RAIS: Kita jangan lihat, apa saya dapat kalau hendak berjuang, kalau itu
kita mulakan akhirnya kita akan jawab "oleh kerana saya tidak dapat, saya hendak
melompat atau lari daripada perjuangan".
Seseorang yang hendak menjadi anggota, pemimpin Umno ataupun pemimpin dalam
Barisan Nasional, perlu menjawab, apa jadi pun, prinsip kami ialah memenangkan
parti dengan penglibatan diri, jika diri tidak dapat, itu bukan bermakna harus
lari daripada perjuangan. 
Jadi saya anggap, mereka yang seperti itu melayan diri, bukan melayan
perjuangan. 
Ini bezanya, walau bagaimana tinggi pun pencapaian seseorang, maka budi yang
lama perlu kita lihat sebagai testimoni dalam perjuangan, saya selalu berkata
satu, dua, tiga dan empat, itulah cara kita membilang. Apabila budi dan semua
dah dapat, jangan lupa budi orang. 

Soalan: Sebagai pemimpin parti yang telah berkhidmat di bawah lima perdana
menteri sejak Tun Abdul Razak Hussein, apakah pandangan Datuk Seri adakah Umno
perlu berubah dalam menghadapi cabaran abad ke-21, sesuai dengan konsep
1Malaysia?
RAIS: Setiap tindakan ada tindak balas, perkara yang diperakukan ada contoh
lain yang lebih baik. Saya setuju dengan pandangan bahawa ada beberapa sistem 
dalam Umno atau BN yang harus diubah masa depan tetapi tidak seharusnya
dibangkitkan kini. 
Yang hendak diubah masa depan barang kali, pihak yang menentukan calon
perlu sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan. Misalnya dasar menentukan
winnable candidate, ini mesti dapat dijelaskan untuk dibawa ke pembaharuan masa
depan.
Sekarang mungkin sudah terlewat. Bakti dan jasa yang dinampakkan perlu
dapat memperhitung sama ada seseorang itu layak ataupun tidak, dan di samping
itu, boleh kita samakan dengan masalah usia dengan produktiviti. 
Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya. Apa gunanya
jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan. 
Jadi perkara seperti itu seharusnya dipusatkan kepada peringkat di mana
keputusan harus dibuat.
pan harus kita terima sebagai satu unsur yang sangat kental dan kuat kedudukannya.Dalam soal ini, saya suka menjawab, penentuan calon masa depan wajar
ditentukan lebih awal daripada keadaan yang wujud pada hari ini.
Ini supaya mengelakkan kita daripada bertembung dengan pendapat orang yang
memfitnah dengan pihak yang memperkecilkan seseorang, berbanding dengan apa yang
diputuskan dengan panel pemilih yang terakhir. 
Jadi ini mungkin memerlukan tempoh dua bulan atau sebulan setengah sebelum
pilihan raya. 
Jika ini yang dipersoalkan tadi, begitulah dapat saya jawab agar kita tidak
nampak sebagai limau yang masam separuh, manis separuh lagi. Saya yakin jika ada
azam politik seperti itu, maka Umno dan BN boleh survive dan berjuang terus
menerus. 
Saya terfikir juga mungkin BN sendiri akan mempunyai satu lunas yang baharu
dan meletakkan logo 1Malaysia lebih daripada yang ada hari ini. 
Ini akan memberi kita satu kepuasan baharu dengan struktur serta asakan
politik yang lebih jelas. oleh kerana kemajmukan politik masa depan.

Tuesday, April 9, 2013







CALON BOLEH MENANG: PERTARUHAN BN PRU 13 (9/4/13)


Hari penamaan calon semakin hampir.Tumpuan kini kepada senarai calon.
Parti-parti pembangkang sudah mengumumkan calon  mereka dan kawasan yang bakal ditandingi.
Mereka juga mahu bertanding semua kawasan parlimen dan dun.
Satu pertembungan sngit sekali lagi akan berlaku.

BN dijangka mengumumkan senarai calon tidak lama lagi. 
Dan tentunya lebih 13 juta pengundi akan menjadi penentu.

Pilihan raya kali ini dikatakan paling sengit dalam sejarah demokrasi di Malaysia.
rakyat Malaysia sudah pasti akan menyaksikan proses pilihan raya yang telus dan adil kerana  Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR sudah melakukan beberapa penambaikan baikan terhadap proses pilihan raya itu.

Antaranya penggunaan dakwat kekal dan membenarkan undi pos lebih awal bagi memastikan ketelusannya.
Soalnya ke manakah halatuju pengundi?

Pada pilihan raya umum 2008 lalu parti-parti pembangkang buat pertama kali memberikan kejutan apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dewan rakyat dan menubuhkan kerajaan di empat negeri - P.Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan.

Perak yang turut jatuh di tangan pembangkang bagaimanapun dirampas semula BN selepas tiga ADUN  pembangkang keluar meninggalkan parti itu dan menyokong UMNO.

Senario 2008 sepatutnya dijadikan teladan oleh BN.

Yang pasti pada PRU ke 13 ini  BN akan meletakkan calon di kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dan percaya rakyat akan memberikan mandat penuh ungtuk membolehkan kerajaan baru nanti berada dalam keadaan selesa dengan majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN.

Sebaik mengambil alih teraju negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi 3 Mac 2009 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pasukannya bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan parti-parti komponen BN selepas episod hitam PRU 2008.    
.  
Persiapan rapi menghadapi PRU 13 juga sudah dibuat.Parti-parti komponen BN semakin kukuh dan bersatu padu menambah keyakinan rakyat terhadap BN untuk terus memimpin negara lima tahun lagi.

Strategi "winable candidates" atau calon boleh menang dijadikan kriteria pemilihan calon bagi mewakili BN bertanding kerusi parlimen dan DUN kali ini.

Calon boleh menang yang dipilih mestilah mampu memberi nilai tambah dan bukan sekadar diterima lingkungan parti masing-masing.

Calon juga hendaklah disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.

Lebih daripada itu boleh bekerjasama dengan penduduk, pertubuhan sukarela serta masyarakat yang menjadi pengundi

Tapisan yang ketat dikenakan termasuk menyemak rekod SPRM, Jabatan Insolvensi, Bank-Bank dan PDRM.

Pendek kata calon mestilah bersih....benar-benar bersih..

BN tidak boleh merasa selesa dan mengambil mudah mengharapkan sokongan rakyat kerana nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yahg dibuat parti  di masa lalu.

lebih 95 peratus rakyat Malaysia lahir pasca merdeka.Tentulah penilaian mereka bukan berdasarklan kisah-kisah kejayaan masa lalu.

Mengikut daftar SPR,  42 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar adalah golongan muda bawah 40 tahun.Hanya 30 atau 35 peratus pengundi veteran berusia 50 tahun ke 80 tahun

kemenanga  dalam pilihan raya bergantuing banyak faktor: pengundi setempat,kecekapan jentera di setiap kawasan.

BN tidak harus melakukan kesilapan memilih calon yang sudah ditolak rakyat samada kalah atau menang tipis pada PRU 12 lalu.

Parti-parti gabungan BN juga perlu sentiasa mengamalkan semangat berpasukan dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon.

Seperti kata Perdana Menteri sesiapa yang dipilih bertanding adalah pasukan beliau dan berikanlah undi kepada mereka.  

PRU 13 ini bolehlah dianggap sebagai survival bangsa,agama dan negara.



###



CARETAKER GOVERNMENT


Kerajaan sementara perlu wujud apabilaterbubarnya Dewan Rakyat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dan berfungsi sebagai kerajaan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk secara khusus
mengenai kerajaan sementara tetapi Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah
Menteri untuk menasihatinya dalam menjalankan fungsinya.

Katanya ini selaras dengan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong  hendaklah bertindak mengikut
nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah
kuasa am Jemaah Menteri.

"Kita juga harus melihat kes Abdul Ghani Ali v. Pendakwa Raya (2001),
apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan 'hendaklah' dalam
Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa Jemaah Menteri perlu
wujud pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun Parlimen
telah dibubarkan.

"Perlu ada sebuah kerajaan secara berterusan, tidak harus ada jurang. (Patut
sentiasa ada) sebuah kerajaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong. Ini
keputusan mahkamah. Jadi berdasarkan ini perlu ada sebuah kerajaan sepanjang
masa, maka penubuhan kerajaan sementara dibuat," katanya kepada Bernama dalam
temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Abdul Gani berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk secara
khusus mengenai kerajaan sementara dan fungsinya tetapi ia wujud melalui
konvensyen perlembagaan yang tersirat dalam peruntukan Perlembagaan 
Persekutuan.

Katanya kerajaan sementara yang terdiri daripada barisan Jemaah Menteri
bermula apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan akan tamat pada tarikh pelantikan
perdana menteri yang baharu selepas keputusan pilihan raya umum atau sehingga
bermula penggal baharu Parlimen, yang mana lebih awal.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sementara boleh menjalankan urusan
pentadbiran kerajaan yang tertakluk kepada batasan-batasan tertentu.

Katanya kerajaan sementara boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan
pentadbiran rutin agensi kerajaan tetapi tidak boleh membuat apa-apa keputusan
dan polisi yang besar, memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan
baharu yang bakal dibentuk.

Beliau juga berkata kerajaan sementara boleh membuat apa-apa keputusan
berhubung keselamatan, kestabilan dan ekonomi negara serta ketenteraman awam
yang sedang diancam.

Selain menjalankan tugasan rasmi yang rutin, Abdul Gani berkata kerajaan
sementara juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan program yang sedia ada
dengan peruntukan kewangan telah disediakan seperti projek perumahan rakyat
termiskin, pinjaman mikro kredit dan pemberian hak milik tanah.

Katanya kerajaan sementara boleh membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku
janji dengan syarat peruntukan mengenainya telah diluluskan kerajaan dan
Parlimen khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Belanjawan
2013.

Katanya ini termasuk membuat apa-apa pembayaran yang diluluskan kerajaan
sebelum Dewan Rakyat dibubarkan kerana tindakan itu merupakan antara perkara
rutin yang menjadi tanggungjawab kerajaan sementara.

"Contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah diputuskan, itu hak rakyat
untuk memperolehnya. Jadi apa pula timbul isu penyogokan? Penyogokan hanya
boleh digunapakai apabila seseorang itu tidak mempunyai hak dan saya beri
'sebagai membalas budi'," katanya.

Beliau berkata anggota kerajaan sementara boleh mengadakan atau menghadiri
majlis-majlis rasmi dan mengadakan jamuan yang telah dijadualkan bagi sesuatu
projek, program atau atur cara yang ditetapkan dengan menggunakan perbelanjaan 
kerajaan dan mematuhi arahan perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Abdul Gani juga berkata anggota kerajaan sementara boleh merasmikan sesuatu
majlis sekiranya majlis berkenaan hanya sekadar melibatkan perasmian jalan
raya, sekolah atau jambatan yang telah dijadualkan. 

Katanya anggota pentadbiran juga boleh merasmikan apa-apa majlis di kawasan
beliau bertanding termasuk majlis bukan di bawah tanggungjawabnya mengikut
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan semasa Dewan Rakyat terbubar.

Selain itu, katanya, kerajaan sementara juga boleh menetapkan tarikh
permulaan kuatkuasa mana-mana undang-undang yang telah diluluskan Parlimen.

"Pada asasnya, terdapat tiga perkara yang kerajaan sementara tidak patut
lakukan - membuat keputusan dasar-dasar utama yang mungkin boleh menjadi
komitmen atau membebankan kerajaan yang bakal dibentuk , membuat pelantikan
penting seperti melantik ketua hakim negara baharu oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Untuk menasihatkan sebarang pelantikan, tak boleh. Ketiga, menandatangani
mana-mana kontrak besar bagi pihak kerajaan," katanya.

Ditanya sama ada terdapat negara lain menggubal undang-undang khusus
mengenai kerajaan sementara, Abdul Gani berkata : "Setakat yang saya tahu, tidak
ada".