Popular Posts

Wednesday, April 24, 2013


APA KATA DATUK SERI UTAMA DR.RAIS YATIM SELEPAS DIGUGUR PERTAHAN KERUSI PARLIMEN JELEBU PADA PRU-13? 


SOALAN: Sebagai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan penyandang
kerusi Parlimen Jelebu selama tiga penggal, Datuk Seri telah bertindak menerima
keputusan pemimpin BN untuk tidak bertanding dengan baik. Malah Datuk Seri turut
turun memberi sokongan terhadap pengganti Datuk Seri, Zainuddin Ismail, yang
merupakan timbalan ketua Umno Jelebu pada penamaan calon Sabtu lepas.
RAIS: Dalam dunia perjuangan, kita harus menimba daripada kumpulan
nilai-nilai positif dalam perjuangan kita. Oleh kerana pada satu ketika
seseorang itu disokong dan didukung oleh pelbagai lapisan, sampai masanya
seperti yang tersohor kepada kata-kata lama, bahawa zaman beredar, pusaka
bergilir. 
Jadi prinsip itu harus ada pada setiap pemimpin, bukan lama, bukan
baharu tetapi setiap yang bernama pemimpin perlu menghadapi realiti iaitu saat
untuk bertukar keadaan ataupun tidak lagi tersenarai sebagai pemimpin.
Hal ini memang sukar, tetapi kita perlu menghadapi realiti perjuangan, sebab
seseorang yang memimpin itu tidak seharusnya kekal sebagai wakil rakyat atau
menteri, ataupun jawatan-jawatan lain, melainkan menghadapi kenyataan satu
ketika beliau harus beredar
Jadi peredaran itu perlu kita beri dengan penghormatan, bukan dengan
kesedihan atau cara yang boleh merugikan perjuangan itu sendiri. Saya memang
faham ini sukar dilaksana tetapi memang terbenam dalam pemikiran dan amalan
saya bahawa bergilir memegang kuasa, bergilir memegang teraju, perlu kita
hormati.
Kita tidak boleh misalnya, setelah menjadi pemimpin sekian lama, tiba-tiba
kita amalkan lompat-lompat katak lompat. Apabila masa tidak sesuai dengan kita,
kita melompat. 
Saya pohon supaya rakan-rakan yang sezaman dengan saya ataupun yang
mempunyai pengalaman interaktif dengan pemimpin-pemimpin yang lain, tidak
meninggalkan parti pada saat-saat genting ini.
Soalnya begini, seseorang yang telah menjadi pemimpin begitu lama dan dapat
jawatan tinggi, dapat faedah banyak, dapat nama yang tersohor, serta
kemudahan-kemudahan yang lain, maka terus meninggalkan parti yang begitu banyak
berjasa dengan kita, seolah-olah tidak ada apa-apa, masuk ke parti lain yang
selama ini menentang kerajaan dan parti kita. 
Pendirian begini tidak harus kita amalkan dan jangan kita ikut satu dua yang
telah pun melakukan perkara seperti itu.
SOALAN: Apakah komen Datuk Seri mengenai tindakan anggota parti yang
melahirkan rasa kekecewaan mereka dengan tidak menyokong calon yang dipilih,
atau bertanding sebagai calon Bebas?Beri Sokongan...Penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P126 Jelebu menuju ke pusat penamaan calon di Dewan D'Suri Majlis Daerah Jelebu.
calon Parlimen Jelebu Zainuddin Ismail (sebelah Rais) ke Dewan Penamaan calon 20 April 2013...
RAIS: Ini termasuk dalam golongan nilai, amalan dan perjuangan yang harus
kita terima dan pakai. Kita dihakimkan menerusi kata-kata kita yang lampau. Kita
akan dihakimkan menerusi perbuatan yang telah kita lakukan.
Justeru itu, kita jangan lupa bahawa dengan memasukkan diri kepada golongan
baharu itu sama ada bebas atau tidak, kita akan diteliti, kredibiliti kita akan
dipersoalkan dan kita tidak dapat menentang mata dan juga pandangan masyarakat
yang selama ini mendukung kita. 
Dalam dunia perjuangan, ada sedih, ada gembira, ada rugi, ada untung. Dalam
pengertian inilah, saya sebagai seorang yang telah lama dalam kerajaan dan
parti, ingin menyeru (anggota parti) kita tidak boleh mengecewakan perdana
menteri yang telah begitu lama memupuk semangat bagi kita di bawah gagasan
1Malaysia dan budi serta langkah-langkah positif yang lain.
SOALAN: Di manakah silapnya pendirian dan tindakan golongan yang tidak
mementingkan parti ini, yang hanya memikirkan diri mereka sendiri?
RAIS: Pada saya apabila sahaja terdengar seseorang itu loncat atau lompat
pagar, sebelum terjadi seseorang pemimpin tinggi atau sederhana, perlu mengambil
iktibar. 
Mereka perlu menemui anggota parti itu atau berhubung dengan mereka. Itu
satu cara, dan cara kedua ialah menghindarkan supaya pengikut-pengikutnya 
tidak bersama mengikut beliau yang telah melompat dan lari daripada
perjuangan. 
Bagi saya, seseorang jeneral tidak harus lari daripada perjuangan
kecuali beliau itu diikut oleh ramai yang juga berperasaan sedemikian. 
Kalau hanya seorang lompat pagar dan menjadi seorang calon Bebas, dan tidak
ada orang lain (yang mengikut), saya berpendapat gara-gara dan tindakan beliau
tidak mendapat sambutan. 
Dalam keadaan sedemikian, saya masih yakin Barisan Nasional akan menang dan
percayalah, di saat akhir rakyat akan memilih Barisan Nasional. 

Soalan: Memandangkan Datuk Seri telah lama dengan parti, apakah nasihat
Datuk Seri terhadap anggota parti yang bercita-cita menjadi pemimpin terbaik
dalam Umno?
RAIS: Kita jangan lihat, apa saya dapat kalau hendak berjuang, kalau itu
kita mulakan akhirnya kita akan jawab "oleh kerana saya tidak dapat, saya hendak
melompat atau lari daripada perjuangan".
Seseorang yang hendak menjadi anggota, pemimpin Umno ataupun pemimpin dalam
Barisan Nasional, perlu menjawab, apa jadi pun, prinsip kami ialah memenangkan
parti dengan penglibatan diri, jika diri tidak dapat, itu bukan bermakna harus
lari daripada perjuangan. 
Jadi saya anggap, mereka yang seperti itu melayan diri, bukan melayan
perjuangan. 
Ini bezanya, walau bagaimana tinggi pun pencapaian seseorang, maka budi yang
lama perlu kita lihat sebagai testimoni dalam perjuangan, saya selalu berkata
satu, dua, tiga dan empat, itulah cara kita membilang. Apabila budi dan semua
dah dapat, jangan lupa budi orang. 

Soalan: Sebagai pemimpin parti yang telah berkhidmat di bawah lima perdana
menteri sejak Tun Abdul Razak Hussein, apakah pandangan Datuk Seri adakah Umno
perlu berubah dalam menghadapi cabaran abad ke-21, sesuai dengan konsep
1Malaysia?
RAIS: Setiap tindakan ada tindak balas, perkara yang diperakukan ada contoh
lain yang lebih baik. Saya setuju dengan pandangan bahawa ada beberapa sistem 
dalam Umno atau BN yang harus diubah masa depan tetapi tidak seharusnya
dibangkitkan kini. 
Yang hendak diubah masa depan barang kali, pihak yang menentukan calon
perlu sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan. Misalnya dasar menentukan
winnable candidate, ini mesti dapat dijelaskan untuk dibawa ke pembaharuan masa
depan.
Sekarang mungkin sudah terlewat. Bakti dan jasa yang dinampakkan perlu
dapat memperhitung sama ada seseorang itu layak ataupun tidak, dan di samping
itu, boleh kita samakan dengan masalah usia dengan produktiviti. 
Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya. Apa gunanya
jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan. 
Jadi perkara seperti itu seharusnya dipusatkan kepada peringkat di mana
keputusan harus dibuat.
pan harus kita terima sebagai satu unsur yang sangat kental dan kuat kedudukannya.Dalam soal ini, saya suka menjawab, penentuan calon masa depan wajar
ditentukan lebih awal daripada keadaan yang wujud pada hari ini.
Ini supaya mengelakkan kita daripada bertembung dengan pendapat orang yang
memfitnah dengan pihak yang memperkecilkan seseorang, berbanding dengan apa yang
diputuskan dengan panel pemilih yang terakhir. 
Jadi ini mungkin memerlukan tempoh dua bulan atau sebulan setengah sebelum
pilihan raya. 
Jika ini yang dipersoalkan tadi, begitulah dapat saya jawab agar kita tidak
nampak sebagai limau yang masam separuh, manis separuh lagi. Saya yakin jika ada
azam politik seperti itu, maka Umno dan BN boleh survive dan berjuang terus
menerus. 
Saya terfikir juga mungkin BN sendiri akan mempunyai satu lunas yang baharu
dan meletakkan logo 1Malaysia lebih daripada yang ada hari ini. 
Ini akan memberi kita satu kepuasan baharu dengan struktur serta asakan
politik yang lebih jelas. oleh kerana kemajmukan politik masa depan.

No comments: