Popular Posts

Tuesday, April 9, 2013







CALON BOLEH MENANG: PERTARUHAN BN PRU 13 (9/4/13)


Hari penamaan calon semakin hampir.Tumpuan kini kepada senarai calon.
Parti-parti pembangkang sudah mengumumkan calon  mereka dan kawasan yang bakal ditandingi.
Mereka juga mahu bertanding semua kawasan parlimen dan dun.
Satu pertembungan sngit sekali lagi akan berlaku.

BN dijangka mengumumkan senarai calon tidak lama lagi. 
Dan tentunya lebih 13 juta pengundi akan menjadi penentu.

Pilihan raya kali ini dikatakan paling sengit dalam sejarah demokrasi di Malaysia.
rakyat Malaysia sudah pasti akan menyaksikan proses pilihan raya yang telus dan adil kerana  Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR sudah melakukan beberapa penambaikan baikan terhadap proses pilihan raya itu.

Antaranya penggunaan dakwat kekal dan membenarkan undi pos lebih awal bagi memastikan ketelusannya.
Soalnya ke manakah halatuju pengundi?

Pada pilihan raya umum 2008 lalu parti-parti pembangkang buat pertama kali memberikan kejutan apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dewan rakyat dan menubuhkan kerajaan di empat negeri - P.Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan.

Perak yang turut jatuh di tangan pembangkang bagaimanapun dirampas semula BN selepas tiga ADUN  pembangkang keluar meninggalkan parti itu dan menyokong UMNO.

Senario 2008 sepatutnya dijadikan teladan oleh BN.

Yang pasti pada PRU ke 13 ini  BN akan meletakkan calon di kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dan percaya rakyat akan memberikan mandat penuh ungtuk membolehkan kerajaan baru nanti berada dalam keadaan selesa dengan majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN.

Sebaik mengambil alih teraju negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi 3 Mac 2009 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pasukannya bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan parti-parti komponen BN selepas episod hitam PRU 2008.    
.  
Persiapan rapi menghadapi PRU 13 juga sudah dibuat.Parti-parti komponen BN semakin kukuh dan bersatu padu menambah keyakinan rakyat terhadap BN untuk terus memimpin negara lima tahun lagi.

Strategi "winable candidates" atau calon boleh menang dijadikan kriteria pemilihan calon bagi mewakili BN bertanding kerusi parlimen dan DUN kali ini.

Calon boleh menang yang dipilih mestilah mampu memberi nilai tambah dan bukan sekadar diterima lingkungan parti masing-masing.

Calon juga hendaklah disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.

Lebih daripada itu boleh bekerjasama dengan penduduk, pertubuhan sukarela serta masyarakat yang menjadi pengundi

Tapisan yang ketat dikenakan termasuk menyemak rekod SPRM, Jabatan Insolvensi, Bank-Bank dan PDRM.

Pendek kata calon mestilah bersih....benar-benar bersih..

BN tidak boleh merasa selesa dan mengambil mudah mengharapkan sokongan rakyat kerana nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yahg dibuat parti  di masa lalu.

lebih 95 peratus rakyat Malaysia lahir pasca merdeka.Tentulah penilaian mereka bukan berdasarklan kisah-kisah kejayaan masa lalu.

Mengikut daftar SPR,  42 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar adalah golongan muda bawah 40 tahun.Hanya 30 atau 35 peratus pengundi veteran berusia 50 tahun ke 80 tahun

kemenanga  dalam pilihan raya bergantuing banyak faktor: pengundi setempat,kecekapan jentera di setiap kawasan.

BN tidak harus melakukan kesilapan memilih calon yang sudah ditolak rakyat samada kalah atau menang tipis pada PRU 12 lalu.

Parti-parti gabungan BN juga perlu sentiasa mengamalkan semangat berpasukan dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon.

Seperti kata Perdana Menteri sesiapa yang dipilih bertanding adalah pasukan beliau dan berikanlah undi kepada mereka.  

PRU 13 ini bolehlah dianggap sebagai survival bangsa,agama dan negara.



###

No comments: