Langkau ke kandungan utama

Catatan

KE MANA UNDI 2,509 PERWAKILAN UMNO?

Siapa Timbalan Presiden UMNO? Meskipun jawapannya pada 26 Mac ini apabila perwakilan selesai mengundi, tetapi sudah ada yang meneka.Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bagaimana dengan Mike Tyson dari Selangor? Beliau tidak kurang hebat ketokohannya.Semua ciri ada pada Tan Sri Muhammad Md Taib.Gigih bekerja,Setia dan .... Muhyiddin orang Johor.Orangnya hebat.Berkumis dan kini mengendali Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , sebuah kementerian kelas pertama.Jatuh bangun ekonomi negara banyak bergantung kepada kementerian ini. Dulu ia diterajui Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.Tidak ada siapa berani challenge Kak Rafidah.Tun Dr.Mahathir sendiri tidak berani pindah Rafidah yang begitu mahir dalam percaturan WTO. Muhyiddin belum begitu teruji lagi kemahirannya bermain silap mata dengan WTO .Kak Rafidah memang handal hingga bekasSetiausaha Negara Amerika Albright sendiri dicabarnya .. Muhyiddin mungkin baru.AmbilalihMITI selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008 lalu..kalau dicongak ba

PWTC SUDAH SEDIA MENANTI AHLI UMNO...

Seramai 4,885 orang perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789) akan bersidang selama lima hari di PWTC . PWTC dijangka dibanjiri kira-kira 60,000 orang, baik di dalam mahupun di persekitaran kompleks milik Umno itu. Kawalan keselamatan di PWTC akan dipertingkatkan, dengan kira-kira 2,000 anggota keselamatan, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlku sepanjang berlangsungnya perhimpunan. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno akan merasmikan serentak perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam esok, sebelum . Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke 59 itu Khamis. Perhimpunan kali ini juga menyaksikan peralihan kuasa tanpa dicabar bagi jawatan presiden diteruskan lagi. Bermula peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak Hussein, tradisi itu dilangsungkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Bad

NORZA DILARANG BERTANDING MT

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria tidak boleh bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis ini, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mohamad Norza, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lepas telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno . Kesnya masih dibicarakan di Mahkamah Majistret Temerloh.

RAFIDAH RIMAS TERIMA SMS...

Tan Sri Rafidah Aziz kecewa apabila berleluasanya SMS berbaur fitnah menjelang pemilihan pergerakan itu pada 25 Mac ini. SMS berkenaan mengandungi tuduhan berlakunya amalan politik wang yang mengaitkan beliau serta beberapa penyokongnya. "Saya agak kecewa kerana dalam sehari dua ini telah berleluasa SMS bermacam fitnah terhadap orang tertentu dan saya rasa ini tidak harus berlaku.Saya sendiri terima pasal itu saya tahu, saya ada jadi sasaran, orang yang menyokong saya, orang tertentu memang dipilih untuk dicemar nama baik mereka.Penyebaran SMS berkenaan perlu dihentikan segera kerana ia akan mengguris hati mereka yang dituduh dan boleh menjejaskan keharmonian dalam pergerakan itu. "Kalau pertandingan buatlah elok-elok, menang kalah itu perkara biasa dan kalau buat fitnah, hati terguris susah nak berbaik-baik semula.Bukan saya menuduh siapa-siapa, saya tidak tahu siapa SMS.Mungkin orang luar, mungkin pembangkang mengambil kesempatan menangguk di air keruh tetapi saya harap ini

PILIH PEMIMPIN UNTUK PERUBAHAN

Dalam wawancara dengan wartawan kanan beberapa akhbar arus perdana yqng disiarkan Ahad 22 Mac , Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun razak mengingatkan perwakilan ke perhimpunan parti itu minggu ini supaya memilih pemimpin dengan kesedaran bagi melakukan perubahan. Umno kata Datuk Seri najib memerlukan barisan pemimpin yang komited pada perjuangan parti itu, terbuka sedia berubah dan mencerminkan yang terbaik di sisi rakyat. Beliau yang bakal mengambil alih kepemimpin umno dan negara nanti berkata beliau mahu satu pasukan yang boleh membantu mengemudi perubahan untuk memulihkan kedudukan umno bagi membolehkan parti itu menghadapi cabaran sekarang dan akan datang. Harapan datuk seri najib itu kini diamanahkan kepada 2,500 perwakilan yang akan memilih nanti. Mesej yang jelas bagi perwakilan Umno kali ini ialah mereka berdepan tugas berat memilih pemimpin masa depan. Siapakah pilihan mereka amat penting dalam mencorak kepemimpinan negara sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa tahu

Najib Akui Tempoh Sukar..

Menyifatkan tempoh berbulan madu tidak sampai seratus hari apabila mengambil alih tampuk kepimpinan nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada dua cabaran yang menantinya. Bagaimanapun beliau yakin, rakyat akan memberi ruang kepadanya bagi memainkan peranan sebagai pemimpin utama dan parti. "SAYA AKAN DI UJI DUA PERKARA, PERTAMA MEMILIH JEMAAH MENTERI YANG BARU. SAMA ADA ITU BARISAN YANG BERI HARAPAN PADA RAKYAT. KEDUA, UCAPAN PERTAMA SAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI. APA AGENDA DAN HALA TUJU YANG AKAN SAYA BAWA. KALAU DUA-DUA INI BAIK SAYA PERCAYA RAKYAT AKAN BERSAMA-SAMA. KALAU RAKYAT TAK SENANG PARTI AKAN HADAPI KESUKARAN." Mengenai Umno , beliau berkata perlembagaan parti bakal dipinda bagi merealisasikan perubahan yang bakal di bawa oleh kepimpinan baru.Perkara itu bakal dicadangkan dalam perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. "DARI SEGI PARTI, PERHIMPUNAN YANG AKAN DATANG NANTI, KITA JADIKAN PERHITUNGAN UNTUK PINDA PERLEMBAGAAN. DARI SEGI KERAJAAN, KI

PUTERI UMNO: ENAM REBUT KETUA...

Pemilihan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru. Lima daripadanya adalah muka baru. Ia dilihat usaha terbaru memastikan Pergerakan Puteri terus relevan dan mantap sebagai sayap parti, sejajar dengan idea penubuhannya pada 2001. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin...antara yang mendapat pencalonan tertinggi selain Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Mereka dilaporkan selesa mendahului calon lain dalam persaingan merebut jawatan Ketua Puteri. Namun di sebalik perhatian yang diberikan kepada dua calon popular itu, calon-calon lain turut dilihat semakin memberi saingan. Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail, terus mendapat sokongan padu dan berada pada ranking yang tidak boleh dipandang enteng. Yang lebih mengejutkan, calon yang kurang diberi perhatian pada awalnya, iaitu Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya, Ida Rahayu Md Noor turut ligat berk

KOMEN ANDA

Anda dipelawa memberikan komen terhadap laporan/artikel yang terdapat dalam blog saya ini.Tetapi anda dilarang menghina,mengutuk dan caci hamun peribadi orang lain.Jika anda lakukan, anda terdedah kepada Sedition Act dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.Sebagai penulis anda bertanggungjawab terhadap tulisan anda-yunus alias.

what Najib say's about PKR?

Datuk Seri Najib Tun Razak said the political storm among the Pakatan Rakyat (PR) partners proved that the parties did not have a common policy to be able to govern the country. The deputy prime minister said within a short time after the 12th general election last March, cracks were already showing apart from the parties in PR having different ideologies. "This is happening when they have not yet ruled the country. As the opposition pact, they seem to be going different ways ".

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Hulu Kelang 6/12/2008...3 disahkan maut..Landslide at Bukit Antarabangsa Hulu Kelang Malaysia..3 died

DO YOU REMEMBER ..9 April 2003...

(President George W.Bush leaves the White House on Jan 20,2009 with unpopular Iraq war that toppled Iraqi leader Saddam Hussein after the US led troops invaded Iraq in March 2003..More than 4,200 US troops have died in Iraq..but today .. (STORY WAS SENT BY HANIYA BARE OF REPUBLIC NIGER, AFRICA-yunos alias) It was the single image which came to define the war: the huge bronze statue of Saddam pitching forward and falling from its plinth as a roar went up from crowd. Like many iconic images, the depiction of Saddam's fall is bitterly contested The hollow, metal dictator hadn't even come to rest before dozens of Iraqis leapt on it: screaming, stamping, cursing, crying, laughing, hitting, remembering, grieving and rejoicing. Traitor, liar, infidel, thief, coward," they shouted: insults which would have got them all killed only the day before came out in a torrent. Like many iconic images, the image of Saddam's fall is

FOR YOUR EYES...

smile..smile..and smile..

These would be funny, if they were not so true!

Umno:Pemecatan Datuk Zaid Ibrahim ..apa kata mereka?

Datuk Seri Dr Rais Yatim(calon Naib Presiden Umno): selaras dengan dasar parti iaitu seseorang yang tidak lagi membawa perjuangan parti dan telah melakukan perkara bertentangan dengan dasar parti. Sekiranya tiaa tindakan,MT akan nampak sebagai satu badan yang tidak berwibawa, sedangkan perkara-perkara yang dilakukan bertentangan.. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): PKR selesa dengan prinsip Zaid.Berpendirian tegas dalam menentang undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Kami mengalu-alukan beliau untuk bersama kami...

KETUANAN MELAYU

Ayub Jamil (BN-Rengit): Malay supremacy was not a "slave and master" relationship. It was a concept that was long held in the highest regard by people in the country, which was the authority of the Malay Rulers. There is no such thing of Malays being the 'master race' while others merely serve as slaves. Tahir Taat (BN-Bukit Serampang) : the country's forefathers who fought.The Malay rulers did not see themselves as kings only for the Malays. For example, Sultan Iskandar of Johor had never addressed the Malays as his only subjects. Whenever his majesty called upon the rakyat, he would address us as rakyat (people) of Johor. He did not address them according to races. He is the sultan for all. Datuk Seri ShafieApdal Tidak betul jika kita katakan wujud hubungan tuan dan hamba antara UMNO dengan MCA dan Gerakan. Tidak ada, tak kan bekas Menteri Kesihatan itu menjadi hamba ketika menjawat jawatan berkenaan. Tidak ada penghambaan kepada seorang menteri iaitu

Just A Note..2 Dec, 2008...

It is my birthday today.. The mall was so busy, the crowd kept jostling me. It was like entering a football stadium 10 minutes before kickoff... The mall's stores were aimed at teenagers and 20-somethings. There were no furniture or baby clothes shops here... just trendy boutiques carrying the latest zany fashions from Japan, beauty products, and video games. The manager was showing me around. He was trying to explain some of the financial metrics of his business to me... like price per square foot and occupancy rates. But there were so many people, it was impossible for us to walk side by side. Plus loud music was pulsing from almost every store, different music coming from each one. I couldn't hear what the manager was saying.. Is it the new life of our young generation?- yunus alias.

SEKOLAH SATU ALIRAN?

ANALISIS 3/12- (seperti tersiar dalam Akhbar Hari Ini RTM1 pada 3.12.08) Cadangan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir supaya hanya satu sistem pendidikan diwujudkan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum mengundang pelbagai reaksi. Ada anggapan cadangan itu bukan pendekatan terbaik, juga di pihak lain sebaliknya. Isu pendidikan terbuka untuk dibahaskan jika tujuannya untuk membaiki sistem yang ada agar meningkatkan lagi mutu pendidiklan negara. Tetapi ia mungkin menjadi sensitif jika ia dijadikan isu politik hingga polimik megenainya menyentuh soal kepentingan sesuatu kaum. Dalam hal ini analisis melihat polimik yang tercetus daripada cadangan Datuk Mukhriz menjurus ke arah kepentingan kaum yang wajar diperjelaskan. Dan bagi tujuan itu kita analisis kepentigan sekolah pelbagai aliran yang ada kini agar semua Pihak memahami matlamat pendidikan negara. Sekolah satu aliran atau Sekolah pelbagai aliran? Apakah kebaikan dan apa pula kekuranganya? Perkara itu kin

Komen Pembaca Kenyatan TS Muhyiddin Yassin ...

Sunday, November 30, 2008 2:33 PM From: "anuarmokhtar mokhtar" To: yunosalias@yahoo.com pasal cadangan muhyiddin supaya semua perwakilan peringkat bahagian boleh ngundi. ini amat baik sekali. baru lah grassroot dapat main u peranan sekaligu dapat hapuskan politik wang. kerana nak sogok g7 tak masalah sikit ajer. nah sekarang ni sogok ler kira-kira 100 ribu grass root kalau dah banyak duit sangat. kah kah kah....... Apa kata TS Muhyiddin Yassin.. untuk elak poitik wang..100,00 ahli wakil ke bahagian dibenar undi pilih pemimpin nasional.. contohnya Bahagian Pagoh (TS Muhyiddin ketuanya) buat pemilihan pencalonan pemimpin pusat oleh 444 ahli akar umbi bukan lima seperti amalan sekarang.. Komen Bloger.. cada

YOGA-WHAT OTHERS SAY...

khairul sini, apasal kecik sangat space untuk comment dalam blog kau? pasal yoga tu orang bukan islam tak payah sibuk. gitu gak sis in islam yang jahil pasal islam tak payah bercakap pasal islam. berikut adalah comment yang tak bias daripada orang bukan islam. From: "Marhaen Mat Ruzi" Fatwa on yoga Posted on November 26, 2008 by brigitterozario I normally wouldn’t comment on something concerning someone else’s religion but in this case I feel there’s a lot of misunderstanding and confusion. The National Fatwa Council on Saturday announced a fatwa (edict) on yoga. I happened to be working that day so I got the raw copy from the reporter. Plus I called her to clarify what the fatwa meant. This is what the council said (according to The Star’s story): The National Fatwa counci

LATEST ON MUMBAI SHOOTING TRAGEDY

Fighting room-by-room through two luxury hotels, over dozens of bodies , the commandos came up against well-trained and determined gunmen. The Taj Mahal and Oberoi hotels - flagships of Indian luxury and among the best-known destinations for wealthy tourists and the city's elite - were stormed by the gunmen during a chain of militant attacks across India's financial centre that began Wednesday night and left at least 143 people dead. After hours of intermittent gunfire and explosions at the Taj, the battle heated up at dusk when Indian forces began launching rescue operation at the hotel, where at least one militant was believed to be holed up inside a ballroom, officials said. More than 150 people have been killed since gunmen attacked 10 sites in the city starting on Wednesday night, including 22 foreigners - two of them Americans. By Friday evening, at least nine gunmen had been killed, one had been arrested and as many as six were still in the Taj Mahal,.. According to an I

KHAIRY vs MUKHRIZ vs KHIR TOYO

Tiga calon Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo layak bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan PemudaUmno mac nanti. Mereka melepasi syarat kelayakan 39 pencalonan bagi bertanding jawatan berkenaan. Ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu , mempunyai gaya kepimpinan berbeza. Khairy Jamaluddin memang tidak asing lagi kepada pemuda Umno.Beliau adalah Naib Ketua pergerakan itu . Khairy mewakili gologan muda.Berusia 32 tahun. Gaya kepimpinannya dinamik dan agresif setara dengan usianya.Beliau pernah mencadangkan debat diadakan di kalangan calon-calon yang bertanding. Cadangan itu dilihat sebagai idea baru yang dinamik tetapi malangnya ia belum dapat diterima masyarakat negara ini. Manakala Datuk Mukhriz Mahathitr 44 sedikit sebanyak memiliki gaya kepimpinan bapanya Tun Dr.Mahathir Mohamad.Beliau kuat berpegang kepada prinsip perjuangannya. Mempunyai kecenderongan terhadap meningkatkan mertabat orang melayu dan mahu umno diperkukuhkan untu

CERITA ORANG POLITIK 18:NAZRI AZIZ TIDAK DIHUKUM..Karpal Singh berang..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana beliau tidak berniat mengelirukan dewan ekoran kenyataannya berhubung isu kehakiman. Keputusan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat , Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu mencetuskan bantahan pembangkang sehingga menyebabkan wakil Puchong, Gobind Gingh Deo digantung dua hari. Usul itu menghadapkan Datuk Seri Mohamed Nazri kepada jawatankuasa itu dikemukakan wakil Bukit Gelugor Karpal Singh 13 november lalu berikutan penjelasan Datuk Seri Mohamed Nazri kononnya para hakim tidak dipecat tetapi bersara awal. Datuk Dr Wan Junaidi berkata, walaupun salah ia bukan bertujuan mengelirukan. Dr.Wan Junaidi:Saya dapati YB Datuk Seri Nazri Menteri di JPM, Ahli Parlimen Padang Rengas tidak buat kesilapan fakta sebagaimanan yang berlaku ...earl engleton ..........tidak berniat mengelirukan dewan.Dengan itu saya berpendapat tidak wajar bagi yb menteri ...dirujuk ke

CERITA ORANG POLITIK19 :WAKIL DAP DIGANTUNG

Selasa,26 Novemver. Keengganan Speaker memenuhi kehendak Karpal Singh menyebabkan anaknya, Gobind Singh Deo, wakil Puchong naik angin. Namun, tindakannya memakan diri. nampaknya menteri tak berani minta maaf....di luar...tuan speaker..nampaknya melindungi..menteri ini ...tak boleh ...daripada mana tuan speaker dapati keterangan untuk bebaskan dia..itu kita nak tahu... Speaker: (saya bagi keluar yb ...4 hari...). Saya tak akan keluar. kenapa perlu keluar... Suasana hingar bingar bila beberapa wakil pembangkang membantah keputusan itu. ini menentang keputusan speaker...bukan soalan di antara ahli-ahli yb.......yb telah digantung.....(berapa hari ?) ....2 hari lagi....nasib baik tak bagi 10 hari... tuan speaker u'r bias....kenapa....quieeeeet, quieeeet.... all coward. yang nombor satu coward sana. Hei...stabnd up.. apologize like a man.. Bagaimanapun, akhirnya Gobind bangun dari tempat duduknya dan keluar dewan sambil diawasi dua orang bentara- yunus alias .

FATWA HARAM YOGA

(seperti disiarkan dalam Akhbar Hari Ini RTM TV1 jam 7.30 pagi 25.11.08) Sabtu lalu Majlis Fatwa Kebangsaan mengistiharkan amalan senaman Yoga sebagai haram dan bertentangan dengan syariat Islam. Reaksi terhadap fatwa itu pelbagai. Ada pihak meyokong dan di pihak lain mempertikai fatwa berkenaan. Dan kini dua negeri - Selangor,Perak enggan melaksanakannya SERTA MERTA.. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan Mufti negeri itu membincangkan amalan senaman itu di Selangor secara terperinci sebelum keputusan dibuat mengenainya. Sultan Selangor juga berharap di masa depan sesuatu fatwa yang membabitkan kepentingan ramai perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Baginda mahu memastikan fatwa yang dibuat dilaksanakan tanpa sebarang kontroversi. Di Perak juga sama. Kerajaan negeri itu mahu merujuk fatwa berkenaan kepada jawatankuasa fatwa dan majlis agama dan adat istiadat negeri Perak sebelum mendapat perkenan Sultan untuk melak

PENCALONAN TERKINI PEMILIHAN UMNO 2009

Presiden (Kuota 58 pencalonan) Datuk Seri Najib Razak -185(*menang tanpa bertanding) Tengku Razaleigh Hamzah 1 (tidak layak) Timbalan Presiden (Kuota 39 pencalonan) Tan Sri Muhyiddin Yassin 92 Datuk Seri Mohd Ali Rustam 48 Tan Sri Muhammad Muhd Taib 45 Datuk Shahrir Abdul Samad 1(tidak layak). Naib Presiden (Kuota 20 pencalonan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein 148 Datuk Seri Dr Rais Yatim 26 Datuk Seri Syed Hamid Albar 32 Tan Sri Annuar Musa 1(tarik diri) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 70 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 82 Datuk Seri Shahidan Kassim 6(tarik diri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 103 Tan Sri Mohd Isa Samad 26 Datuk Seri Mohamad Hasan 3(tidak layak) Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis 27 Tan Sri Rahim Tamby Chik 16 Datuk Seri Musa Aman 2 Datuk Dr Affifudin Omar 1 Datuk Halimah Sadique 1 Ketua Pemuda (Kuota 39 pencalonan) Khairy Jamaluddin 52 Datuk Mukhriz Mahathir 74 Datuk Seri Mohd Khir Toyo 61 Datuk Zahidi Zainul Abidin1 (tarik diri) Naib Ketua Pemuda (kuota 20 pencalonan)

NEWS FLASH...RAFIDAH

T an Sri Rafidah Aziz will defend the Wanita Umno chief's post in the party's elections in March. In the statement, Rafidah 65 expressed disappointment that the transition plan was being disputed and rejected three months after she made the announcement. Rafidah also said that she had no reason to believe that there would be turmoil after the completion of the nomination process. Rafidah has helmed Wanita Umno since 1984, except for a term following her defeat to Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman. Publish Post Rafidah, who won back the post from Dr Siti Zaharah in the 2000 party elections, announced the transition plan in August. The movement's executive council, at its meeting last week, reaffirmed its support to the plan and rejected Shahrizat's call made a day earlier that the plan be coordinated with the leadership transition in Umno. "Now that the transition plan has not been followed and the post will be contested, I will defend my post," she said

KISAH RAZAK BAGINDA DI PENJARA

Kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu pada Ogos 2006 menggemparkan dunia.Polis menahan Penganalisis Politik terkemuka Abdul Razak Abdullah Malim Baginda 48 tahun,dua anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri,32 dan Kopral Sirul Azhar Umar 36 ditahan.Mayat wanita itu ditemui berkecai akibat diletupkan dengan bom di Shah Alam Selangor. Abdul Razak ditahan selama 151 hari di Penjara Sungai Buluh kerana dituduh bersubahat.Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Oktober lalu.Dua anggota UTK itu diperentah membela diri.Ikuti pengalaman di penjara dan pengakuan Abdul Razak mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor- yunus alias. "Pengalaman berada di dalam tahanan selama 22bulan adalah satu tempoh yang sangat menekan, menduga dan menyedihkan sepanjang 48 tahun hidup saya," demikian luahan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam sidang media pertamanya selepas dibebaskan pada 30 Okt l

Sahrizat Confirms Going For Wanita Umno Top Post

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Wednesday announced that she would contest the post of Wanita Umno chief at the party elections in March next year. The announcement ended speculation as to whether Shahrizat, the movement's vice-head, would abide by the power transition plan of Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz to hand over the post to her (Shahrizat) next June or contest the No.1 post in the party elections. The two-paragraph announcement by Shahrizat confirmed a Bernama report on Tuesday that she would decide to contest the top post and announce the decision today. "Wanita Umno must be united in strengthening the party and be bold in bringing about change and renewal," she said. Shahrizat has received 73 nominations to contest the post of Wanita Umno chief. Incumbent Rafidah has garnered 117 nominations. Shahrizat's decision puts paid to Rafidah's power transition plan which had received opposition from many Wanita Umno leaders who wanted Rafidah to hand

NEWS FLASH..SHAHRIZAT GETTING FULL SUPPORT FROM SABAH

Four Sabah Wanita Umno divisions have decided to back Datuk Seri Shahrizat Jalil . . These are the Keningau, Kimanis, Tuaran and Semporna Wanita Umno divisions. Sabah Wanita Umno chief Senator Datuk Armani Mahiruddin said Shahrizat now commands the support of 14 of the 25 divisions in Sabah. According to her, the latest support reflected the wishes of Wanita chiefs Amelia Anjun (Keningau), Maznah Ghani (Kimanis), Jamaliah Antaup (Tuaran) and Manis Muka Mohd Sara (Semporna) who disagreed to the transition of power from Rafidah to Shahrizat in June, next year. .

NEWS FLASH...MCA

Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, bulan lalu, menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

CERITA ORANG POLITIK 17

AI R..OH AIR..CUIT SEDIKIT MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.. dah lupa ke semasa baru jadi MB tiga/empat bulan lalu..garang sungguh nak ambilalih bekalan air di Selangor..kami rakyat Selangor dok tunggu..kok diambilalih dapatlah rebat air lagi..cuma kini dapat rebat 20 liter sebulan..kabarnya janji politik PKR ini kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darulehsan kena bayar RM17 juta sebulan..setahun xx lah..dua tahun xx lagi..sampai p-raya nanti empat tahun kena bayar RM68 juta..inilah akibat janji politik. Yang untung orang Selangor..khaabarnya MB dah surrender dengan Tan Sri Razali tokeh PuncakNiaga..tak mampu nak bayar pegangan beliau berbilion-bilion ringgit untuk ambilalih Syabas dan lain-lain..Tan Sri Razali pulak bijak..guna budak Asri kempen NGO psycho PKR supaya tak jadi ambilalih Puncak Niaga..Syabas Tan Sri..kalau nak bantuan saya kempen lagi..ok mintalah Asri hubungi saya. Inilah orang politik sanggup buat apa asalkan dapat undi..

CERITA ORANG POLITIK 16

ANALISIS KONFLIK WANITA UMNO (seperti tersiar dalam slot Akhbar Hari Ini RTM1 20/11/08). Wanita Umno kini berdepan dengan krisis kepimpinan yang hanya boleh diselesaikan oleh akar umbi pergerakan itu. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang wajar mengetuai sayap utama parti itu. Dua tokoh yang bertelagah perlu akur kepada kehendak akar umbi. Inilah antara jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut jawatan ketua pergerakan wanita umno antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Apakah membenarkan pertandingan jawatan berkenaan mampu menyelamatkan pergerakan itu? Kita analisis kemelut perebutan jawatan ketua pergerakan wanita umno ini. Apa sudah jadi dengan Umno? Semakin hampir tarikh pemilihan, parti itu didepani isu dalaman sayap utamanya- pergerakan wanita. Ia berpunca daripada gerakan pembaharuan kerana pelan peralihan kuasa yang tidak selaras dengan pelan presiden parti itu Mac depan. Ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz menc

CERITA ORANG POLITIK 15

Apa nak jadi dengan Pergerakan Wanita Umno..terbaru banyak Bahagian Umno mahu ketuanya berundur untuk beri laluan kepada orang nombor dua ..tapi Tan Sri Rafidah Aziz enggan tunduk kepada tekanan mahu pelan peralihan kuasa kekal pada Jun 2009.. Saya kenal sangat dengan TS Rafidah ini.Semasa saya bertugas sebagai Wartawan BH dahulu, saya agak rapat dengan beliau..sering bertelagah kerana beliau selalu menafikan kenyataan media yang diberikan kepada saya.TS Rafidah memang bijak,petah bercakap terutama hal ekonomi..suaranya lantang..beliau banyak memberi sumber berita kepada saya..hatinya memang keras sukar tunduk kepada tekanan.. apakah beliau akan tunduk .. Nampaknya Datuk Seri Shahrizat Jalil tiada pilihan ..elakkan wanita berpecah tanding lawan Rafidah.kalau tidak Shahrizat berdepan Datuk Kamalia Ibrahim yang sedia rebut jawatan nombor dua .. Bagaimana kalau Shahrizat masuk lawan Rafidah..yang untung Kamalia... i

CERITA ORANG POLITIK 14

alkisah apa yang berlaku di Rembau.. Menantu PM Khairy Jamaluddin menang untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia Mac nanti Tapi ada cerita belakang tabir yang jadi bualan ..ada perwakilan berbisik konon pencalonan Khairy tak demokratik..penyokong Khairy menjerit-jerit ketika seorang wakil meminta pencalonan dibuka..mereka jerit nama KJ..KJ..nama politik Khairy..wakil itu terpinga-pinga lantas tak jadi sebut nama lain.. Namun Khairy patut manang.i tempat sendiri tak kan ...kalah

CERITA ORANG POLITIK 13

Be rtemu kembali.Saya kembali ke Blog ini atas permintaan kawan-kawan yang suka terikhadap celoteh politik CERITA ORANG POLIIK ...Terima kasih kepada Datuk Ahmad Talib yang menegur saya minggu lalu ..Saya juga terkejut kerana wartawan terkemuka seperti beliau mengunjungi Racik.. ramai lagi yang mengunjungi RACIK ..dan kini RACIK akan bersama anda semula... CERITA ORANG POLIIK13 Berapa agaknya harga lelongan undi perwakilan yang akan kembali ke PWTC pada 24 Mac nanti? Itulah antara soalan nakal seorang teman yang juga ketua cawangan Umno ketika saya bertemunya baru-baru ini. Saya terpegun dengan pertanyaan itu.Apakah benar berlaku rasuah dalam prebutan jawatan dalam Umno Mac nanti? i Yang penting kita berjaya mencari pemimpin tulen..

CERITA ORANG POLITIK 12

Khabarnya mantan Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Said disebut-sebut mahu memimpin kaum hawa.Betul ke Datuk? Kalau duduk kerusi lama sangat, tentu ramai sudah bosan.Eloklah bagi kerusi itu kat orang baru.Tak payah nak rebut-rebut? Yang lama patut berundur untuk beri warna baru kepada sesuatu organisasi. Fikir-fikirkanlah!

Selamat Bertemu Kembali...

Dah lama blog ini saya biarkan sepi.Kini kita bertemu kembali untuk sama-sama mengisi ruang waktu. Cerita pilihan raya kian menghilang dari agenda politik.Bilakah pilihan raya ke 12 nak diadakan? Semua orang menunggu dengan debar di dada. Adakah anda tahu tarikhnya?

TERKINI -RAIS

Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim mengumumkan keputusannya tidak bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel pada November ini.Katanya, beliau tidak ada masa untuk berkempen kerana sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi J/K Sambutan Kemerdekaan Ke 50.Negara lebih utama,katanya.Syabash Datuk Seri. Dengan pengumuman itu tamatlah spekulasi (setakat hari ini) mengenai pengganti beliau di Parlimen Jelebu.Itulah politik.Apa yang dijangka, boleh berlaku sebaliknya- yunus alias.

CERITA ORANG POLITIK 10

alkisah..saya menerima satu panggilan telefon dari pejabat MB...kata si pemanggil saya dicalonkan untuk dianugerah pingat..terkejut beruk saya.Apalah jasa saya nak dibagi pingat.Saya tanya si pemanggil, "Pingat apa? Datuk ke?.." Si pemanggil kata Tak taulah.. Saya pun tak kisahlah.Dah ramai orang dapat pingat..yang susah dapat tanah..kalau kroni senang agaknya..sampai sekarang saya tak pernah "dikurnia" tanah..tapi kawan saya di Selangor dapat hingga lima enam puluh ekar..ratus pun ada..tiba-tiba jadi kaya.pakai kereta "orang kaya".Dia tu dulu kerja di Pejabat Tanah, bila berhenti campur politik..itu agaknya cara nak dapat tanah..tapi nak dapat pingat camno?Inilah politik..khabarnya banyak sangat orang politik dapat tanah.Strategik pula, memang sengaja nak bagi kaya kroni, sebab mereka jual dapat duit juta..juta..tapi jika dianalisa, yang untung bukan si pemilik tanah tadi, tetapi pembeli toke-toke yang memang sudah kaya.Misalnya dia beli dua juta, lepas t

CERITA ORANG POLITIK 9

Siapa ganti Rais di Parlimen Jelebu? Bekas Cikgu saya ini kabarnya nak dicalon sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Tentu duduk di London.Mungkin bertaraf Menteri? Kekal jadi Wakil Parlimen Jelebu.Tetapi jika sebaliknya, siapa calon yang sesuai ganti tempat Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim? Khabarnya orang Seremban akan turun tanding Parlimen Jelebu.Siapa? Jika ya, semua orang kenal beliau..tak apalah..asalkan kita kenal dan diterima oleh pengundi Jelebu.Datuk Rais bukan calang-calang tokoh..bekas MB,Menteri dan kini Menteri KEKWA..calon yang bakal ditonjolkan nanti mesti setanding dan mempunyai karisme seperti beliau juga. Datuk Rais memang seorang yang versetail dan disukai penduduk Jelebu.Beliau pernah duduk di Amerika mengajar peace corp dan balik ke Jelebu mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang kemudian belajar undang-undang di Singapura,balik buka firma Guaman di Kuala Lumpur. Beliau pernah kalah di Parlimen Jelebu kerana bertukar "kapal" tetapi kembali semula

CERITA ORANG POLITIK 8

ALKISAH DI SELANGOR.. Marah benar MB Selangor Datuk Seri Dr.Khir Toyo.Minggu lalu kisah pemberian pingat kepada pegawai kerajaan Selangor.Pembohongan terancang,katanya.Tak buat kerjapun dapat pingat..ikut giliran kata orang Selangor.Pingat dah banyak sangat ditempah kut..bagi-bagilah sesama "kroni"..Memang betul kata MB itu.Kalau pergi ke pejabat kerajaan, kita mesti ambil cuti sehari.Selalu pegawai "outstation" atau "meeting".Kita datang jam 8 pagipun,selalu begitu..di pejabat Tanah,Daerah ke..semua sama.SUK?..depa ni lupa siapa bayar gaji agaknya..duit cukai yang kita bayar tulah..sikap begini memang patut ditegur..pun dapat pingat..malulah sikit.. Lagi kisah MB Selangor...pasal pecah tanah dan rasmi web portal..Dr.Khir kata tak mau layan jemputan begitu..lepas pecah tanah,rakyat datang ke Bukit Melawati mengadu pemaju hilang..begitu juga web portal,lepas rasmi tak update..macam-macam lagilah.. Lepas ni apa pula.?.

CERITA ORANG POLITIK 7

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bhg Johor Baharu 7Julai hangat.Ketuanya Khalid Mohamad bangun bentang usul tergempar mengenai Lee Kuan Yew.Khalid marah Lee Kuan Yew tuduh Umno johor mahu jatuhkan Pak Lah.Dia desak Lee Kuan Yew tarik balik tuduhan itu.Ucapan Khalid dapat sokongan pemuda yg hadir. Sidang itu bayak tumpu kepada Lee Kuan Yew dan Wilayah Pembangunan Iskandar .Khalid cadang semua nama Melayu dalam WPI dikekal.

CERITA ORANG POLITIK 6

Baru-baru ini saya ke Selatan.Singgah sekejap di bumi kelahiran pahlawan Melayu lima sahabat -Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Singgah duduk di warung Bandar Hilir.Duduklah seorang lelaki berusia lingkungan 40an.Dia membawa briefcase.Diletaknya briefcase di atas meja.Saya kira lelaki ini 'bukan sebarangan", bertali leher.Kacak dan bergaya ala eksekutif...tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lantas menyapa:Helo YB! Dia menghulur tangan.Lelaki yang dipanggil YB itu tidak menyambut tangan lelaki itu yang mahu berjabat salam."Baik.."katanya dengan nada kurang senang.Dia macam malu dipanggil YB.Kenapa? "Aku gurau je.."kata rakannya tadi.Dia segera mencapai kerusi dan duduk sebaris dengan meja saya. Rupanya lelaki tadi ialah AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Dia sering dipanggil YB di kalangan rakan rapat. Mereka seolah-olah mahu bermesyuarat.Membelek-belek fail yang dikeluarkan dari briefcase sejak tadi. "Yalah kita kena bant

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya. Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasa

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat "The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur. Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Wang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1837 apabila urusniaga menggunakan nilai matawang rupee.Pemerintah Inggeris ketika itu mengarahkan semua negeri-negeri Selat mengguna rupee.Ia bertahan selama 30 tahun sebelum dollar perak diperkenalkan. Penddukan Jepun sekitar 1942-1945,kerajaan unakan.Jepun mahu matawang mereka digunakan.Matawang rupee hilang begitu sahaja. Selepas Malaaysia (Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada 1957, matawang ringgit digunakan.Ringgit yang diambil daripada wang perak Sepanyol. Kini Malaysia menggunakan RM sebagai simbul ringgit.