Dikalangan anggota kabinet, beliau digelar "Kain Putih".Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad sendiri memanggil beliau dengan gelaran itu.Sebabnya, "Saya bersih.Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, saya tidak terbabit sedikitpun dengan rasuah,"katanya ."Sebab itulah Dr.Mahathir panggil saya "Kain Putih," katanya menjelaskan .Datin Paduka HajjahRahmah Osman pernah menduduki kerusi Timbalan Menteri Penerangan (1982-84) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1985-89).Beliau adalah Ahli Parlimen Selayang (1982) dan pada 1989 berpindah ke Palimen Shah Alam. Meskipun tidak menjadi Ahli Parlimen lagi,kelantangan suara dan keberanian beliau dalam memperjuang isu-isu global dan kependudukan,Hajjah Rahmah diberi kepercayaan oleh Dr.Mahathir untuk mewakili Malaysia dalam lembaga eksekutif Parlimen Bagi Asia menjawat jawatan Pengarah Eksekutif sejak 1982.Jawatan itu dipegangnya hingga hari ini . Dikala...