Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

TERKINI -RAIS

Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim mengumumkan keputusannya tidak bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel pada November ini.Katanya, beliau tidak ada masa untuk berkempen kerana sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi J/K Sambutan Kemerdekaan Ke 50.Negara lebih utama,katanya.Syabash Datuk Seri. Dengan pengumuman itu tamatlah spekulasi (setakat hari ini) mengenai pengganti beliau di Parlimen Jelebu.Itulah politik.Apa yang dijangka, boleh berlaku sebaliknya- yunus alias.

CERITA ORANG POLITIK 10

alkisah..saya menerima satu panggilan telefon dari pejabat MB...kata si pemanggil saya dicalonkan untuk dianugerah pingat..terkejut beruk saya.Apalah jasa saya nak dibagi pingat.Saya tanya si pemanggil, "Pingat apa? Datuk ke?.." Si pemanggil kata Tak taulah.. Saya pun tak kisahlah.Dah ramai orang dapat pingat..yang susah dapat tanah..kalau kroni senang agaknya..sampai sekarang saya tak pernah "dikurnia" tanah..tapi kawan saya di Selangor dapat hingga lima enam puluh ekar..ratus pun ada..tiba-tiba jadi kaya.pakai kereta "orang kaya".Dia tu dulu kerja di Pejabat Tanah, bila berhenti campur politik..itu agaknya cara nak dapat tanah..tapi nak dapat pingat camno?Inilah politik..khabarnya banyak sangat orang politik dapat tanah.Strategik pula, memang sengaja nak bagi kaya kroni, sebab mereka jual dapat duit juta..juta..tapi jika dianalisa, yang untung bukan si pemilik tanah tadi, tetapi pembeli toke-toke yang memang sudah kaya.Misalnya dia beli dua juta, lepas t...

CERITA ORANG POLITIK 9

Siapa ganti Rais di Parlimen Jelebu? Bekas Cikgu saya ini kabarnya nak dicalon sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Tentu duduk di London.Mungkin bertaraf Menteri? Kekal jadi Wakil Parlimen Jelebu.Tetapi jika sebaliknya, siapa calon yang sesuai ganti tempat Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim? Khabarnya orang Seremban akan turun tanding Parlimen Jelebu.Siapa? Jika ya, semua orang kenal beliau..tak apalah..asalkan kita kenal dan diterima oleh pengundi Jelebu.Datuk Rais bukan calang-calang tokoh..bekas MB,Menteri dan kini Menteri KEKWA..calon yang bakal ditonjolkan nanti mesti setanding dan mempunyai karisme seperti beliau juga. Datuk Rais memang seorang yang versetail dan disukai penduduk Jelebu.Beliau pernah duduk di Amerika mengajar peace corp dan balik ke Jelebu mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang kemudian belajar undang-undang di Singapura,balik buka firma Guaman di Kuala Lumpur. Beliau pernah kalah di Parlimen Jelebu kerana bertukar "kapal" tetapi kembali semula ...

CERITA ORANG POLITIK 8

ALKISAH DI SELANGOR.. Marah benar MB Selangor Datuk Seri Dr.Khir Toyo.Minggu lalu kisah pemberian pingat kepada pegawai kerajaan Selangor.Pembohongan terancang,katanya.Tak buat kerjapun dapat pingat..ikut giliran kata orang Selangor.Pingat dah banyak sangat ditempah kut..bagi-bagilah sesama "kroni"..Memang betul kata MB itu.Kalau pergi ke pejabat kerajaan, kita mesti ambil cuti sehari.Selalu pegawai "outstation" atau "meeting".Kita datang jam 8 pagipun,selalu begitu..di pejabat Tanah,Daerah ke..semua sama.SUK?..depa ni lupa siapa bayar gaji agaknya..duit cukai yang kita bayar tulah..sikap begini memang patut ditegur..pun dapat pingat..malulah sikit.. Lagi kisah MB Selangor...pasal pecah tanah dan rasmi web portal..Dr.Khir kata tak mau layan jemputan begitu..lepas pecah tanah,rakyat datang ke Bukit Melawati mengadu pemaju hilang..begitu juga web portal,lepas rasmi tak update..macam-macam lagilah.. Lepas ni apa pula.?.

CERITA ORANG POLITIK 7

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bhg Johor Baharu 7Julai hangat.Ketuanya Khalid Mohamad bangun bentang usul tergempar mengenai Lee Kuan Yew.Khalid marah Lee Kuan Yew tuduh Umno johor mahu jatuhkan Pak Lah.Dia desak Lee Kuan Yew tarik balik tuduhan itu.Ucapan Khalid dapat sokongan pemuda yg hadir. Sidang itu bayak tumpu kepada Lee Kuan Yew dan Wilayah Pembangunan Iskandar .Khalid cadang semua nama Melayu dalam WPI dikekal.

CERITA ORANG POLITIK 6

Baru-baru ini saya ke Selatan.Singgah sekejap di bumi kelahiran pahlawan Melayu lima sahabat -Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Singgah duduk di warung Bandar Hilir.Duduklah seorang lelaki berusia lingkungan 40an.Dia membawa briefcase.Diletaknya briefcase di atas meja.Saya kira lelaki ini 'bukan sebarangan", bertali leher.Kacak dan bergaya ala eksekutif...tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lantas menyapa:Helo YB! Dia menghulur tangan.Lelaki yang dipanggil YB itu tidak menyambut tangan lelaki itu yang mahu berjabat salam."Baik.."katanya dengan nada kurang senang.Dia macam malu dipanggil YB.Kenapa? "Aku gurau je.."kata rakannya tadi.Dia segera mencapai kerusi dan duduk sebaris dengan meja saya. Rupanya lelaki tadi ialah AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Dia sering dipanggil YB di kalangan rakan rapat. Mereka seolah-olah mahu bermesyuarat.Membelek-belek fail yang dikeluarkan dari briefcase sejak tadi. "Yalah kita kena bant...