Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

AUSTRALIA

50 penggubal undang-undang Australia seolah-olah cuba menjadi hero apabila membuat protes rasmi berhubung kes liwat datuk seri anwar ibrahim. mereka mendesak kerajaan mengugurkan semua tuduhan ke atas ketua pembangkang itu. Tanpa segan silu mereka membuat kenyataan konon kes Anwar itu boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Siapa mereka untuk membuat penilaian tentang negara kita? Sebagai negara merdeka, berdaulat dan sedang menuju negara maju Malaysia turut mempunyai sistem perundangan dan kehakiman yang setanding dengan negara-negara Barat. Sebarang persepsi negatif terhadap negara ini tidak boleh diterima, apalagi ada pihak cuba campurtangan ehwal dalaman negara kita. Kerajaan Australia seolah-olah lepas tangan terhadap perbuatan kumpulan ahli parlimen negara itu. Bagaimana pembuat dasar boleh menulis surat kepada kedutaan kita di Australia, tanpa restu pihak kerajaan negara berkenaan, sukar diterima. Mereka sepatutnya belajar menghormati kedaulatan negara lain dan tidak cuba...

ANWAR PENING RAMAI KELUAR PKR?

Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaku sudah salah pilih.Ada beberapa MP paling tadah. Yang bukan MP juga ada paling tadah. Marina Yusof,Ruslan Kassim,Dr.Chandra Muzaffar,Nalla Karupan, Mohd Osman Mohd Jailu, Radzi Salleh, Jamaluddin Radzi. Dan ramai lagi kabarnya sedia mahu tinggalkan PKR. Apa sebabnya? Ada kata perjuangan PKR dah tak betul. Lim Guan Eng chuvanis dan macam-macam lagi.

RM20 juta untuk Kelantan

Datuk Seri Mustapa Mohamed kata RM20 juta duit ihsan akan diberi kepada Kelantan Mac nanti. Tapi tidak masuk poket Pas.Membantu golongan miskin, bantuan secara langsung atau membaiki rumah mereka. Cam mano Tok Pa? RM20 juta tu sikit sangat..yang miskin di Kelantan ramai..berapa buah rumah boleh dibina? Bagilah lebih sikit.. kata ada telaga minyak . Dua telaga minyak 150 batu nautika dari perairan Kelantan- racik.

SIAPA SI KAYA DI MALAYSIA?

40 orang terkaya di Malaysia.Mereka kumpul harta RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion hasil pasaran saham.Itu hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business. Penanda aras FBM KLCI meningkat 44.3 peratus . Siapakah mereka? Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok punya kekayaan RM42.76 bilion. Tokeh Astro dan Maxis Ananda Krishnan RM27 bilion. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd RM11.92 bilion. Tokeh bank Tan Sri Teh Hong Piow RM10.86bilion. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting RM10.38 bilion. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong RM7.09 bilion. Bangga juga kita Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ada RM6.01 bilion. Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Lima muka baru ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Naz...