Datuk Ahmad Ibnihajar dan Datuk Haji Abdul Jalil Hamid-dua nama yang asing dalam politik peringkat nasional.Tetapi bagi masyarakat Melayu Pulau Pinang,mereka adalah pemimpin tempatan yang disegani.Ahmad Ibnihajar adalah Ketua Umno Bahagian Tanjung dan Haji Abdul Jalil Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh . Ahmad Ibnihajar agak kurus, sederhana tinggi berusia 52 tahun dan memegang jawatan penting dalam sebuah agensi kerajaan,manakala Haji Abdul Jalil ialah wakil rakyat DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datin Seri Wan Azizah(Keadilan) . "Suara kami tak sampai ke mana?,"kata kedua pemimpin ini kepada saya.Mereka menghuraikan pemasalahan yang dihadapi bagi membangun dan memajukan orang Melayu Pulau Pinang.Pelbagai agenda dirancang.Yayasan Pendikan,Yayasan Sosial dan 17 NGO Melayu di negeri itu digembleng. "Masalahnya harga tanah mahal.Orang Melayu tak mampu .Akibatnya,lihatlah keadaan di kawasan pulau sekarang,"kata Ahmad Ibnihajar. Dengan k...