Langkau ke kandungan utama

Catatan

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya. Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasa...

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat "The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur. Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Wang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1837 apabila urusniaga menggunakan nilai matawang rupee.Pemerintah Inggeris ketika itu mengarahkan semua negeri-negeri Selat mengguna rupee.Ia bertahan selama 30 tahun sebelum dollar perak diperkenalkan. Penddukan Jepun sekitar 1942-1945,kerajaan unakan.Jepun mahu matawang mereka digunakan.Matawang rupee hilang begitu sahaja. Selepas Malaaysia (Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada 1957, matawang ringgit digunakan.Ringgit yang diambil daripada wang perak Sepanyol. Kini Malaysia menggunakan RM sebagai simbul ringgit.

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Sir Harold Mac Michael mahu menubuhkan kerajaan baru Malayan Union di Tanah Melayu.Dalam laporannya Report On A Mission To Malaya ,Mac Michael berkata Tanah Melayu masih diperentah Jepun,penduduk Pulau Pinang,Seberang Perai dan Melaka akan terus menjadi rakyat British, syarat kerakyatan Malayan Union,hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh terpakai lagi dan Raja-raja Melayu akan dikehendaki menandatangani beberapa perjanjian dengan British.Matlamatnya bagi merampas kuasa raja-raja Melayu.Bagi melaksanakan rancangan itu kerajaan Britain memberi kuasa penuh kepada Mac Michael termasuk memecat dan melantik raja-raja. Mac Michael berjaya memujuk Sultan Ibrahim di Johor menandatangai perjanjian Malayan Union pada 20 Oktober 1945 menjadikan baginda sebagai sultan pertama menyerahkan kuasa kepada British.Peristiwa itu mencetuskan bantahan hebat di Johor.Nasionalis seperti Datuk Onn Jaafar begitu marah hingga mencetuskan gerakan anti Malayan Union. Wakil khas Britain ini bagaimanapun berja...

CERITA ORANG POLITIK 4

Dikalangan anggota kabinet, beliau digelar "Kain Putih".Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad sendiri memanggil beliau dengan gelaran itu.Sebabnya, "Saya bersih.Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, saya tidak terbabit sedikitpun dengan rasuah,"katanya ."Sebab itulah Dr.Mahathir panggil saya "Kain Putih," katanya menjelaskan .Datin Paduka HajjahRahmah Osman pernah menduduki kerusi Timbalan Menteri Penerangan (1982-84) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1985-89).Beliau adalah Ahli Parlimen Selayang (1982) dan pada 1989 berpindah ke Palimen Shah Alam. Meskipun tidak menjadi Ahli Parlimen lagi,kelantangan suara dan keberanian beliau dalam memperjuang isu-isu global dan kependudukan,Hajjah Rahmah diberi kepercayaan oleh Dr.Mahathir untuk mewakili Malaysia dalam lembaga eksekutif Parlimen Bagi Asia menjawat jawatan Pengarah Eksekutif sejak 1982.Jawatan itu dipegangnya hingga hari ini . Dikala...

CERITA ORANG POLITIK 3

Datuk Ahmad Ibnihajar dan Datuk Haji Abdul Jalil Hamid-dua nama yang asing dalam politik peringkat nasional.Tetapi bagi masyarakat Melayu Pulau Pinang,mereka adalah pemimpin tempatan yang disegani.Ahmad Ibnihajar adalah Ketua Umno Bahagian Tanjung dan Haji Abdul Jalil Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh . Ahmad Ibnihajar agak kurus, sederhana tinggi berusia 52 tahun dan memegang jawatan penting dalam sebuah agensi kerajaan,manakala Haji Abdul Jalil ialah wakil rakyat DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datin Seri Wan Azizah(Keadilan) . "Suara kami tak sampai ke mana?,"kata kedua pemimpin ini kepada saya.Mereka menghuraikan pemasalahan yang dihadapi bagi membangun dan memajukan orang Melayu Pulau Pinang.Pelbagai agenda dirancang.Yayasan Pendikan,Yayasan Sosial dan 17 NGO Melayu di negeri itu digembleng. "Masalahnya harga tanah mahal.Orang Melayu tak mampu .Akibatnya,lihatlah keadaan di kawasan pulau sekarang,"kata Ahmad Ibnihajar. Dengan k...

MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

"..the British Government sent two representatives Lt.Col.D.R.Rees-Williams, and Capt.L.D.Gammons to study the reaction of the masses on the proposed Malayan Union.Both found massive anti-Malayan Union rallies by Malays all over the country,including larger rallies by Malay women and by the end of their fact finding mission..the Malay in every States were opposed and rejected the Malayan Union.The British authorities failed to read the Malay mind. Harold Mac Michael,Britain representative paid personal visits to each of the nine Sultan from October 20, 1945 to Disember 21,1945..the Sultan unwillingly forced to sign their acceptance of the Malayan Union.."abstract from "The Struggle for Malaysian Independence "by J.J.Raj (JR) published by MPH Publishing.

SEKAPUR SIRIH

Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan negatif terhadap Blogers seharusnya tidak berada dibenak sesiapa sahaja yang memahami 'gaya hidup' di abad ke 21 ini.Semuanya kini bergerak terlalu p...