ANALISIS KONFLIK WANITA UMNO (seperti tersiar dalam slot Akhbar Hari Ini RTM1 20/11/08). Wanita Umno kini berdepan dengan krisis kepimpinan yang hanya boleh diselesaikan oleh akar umbi pergerakan itu. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang wajar mengetuai sayap utama parti itu. Dua tokoh yang bertelagah perlu akur kepada kehendak akar umbi. Inilah antara jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut jawatan ketua pergerakan wanita umno antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Apakah membenarkan pertandingan jawatan berkenaan mampu menyelamatkan pergerakan itu? Kita analisis kemelut perebutan jawatan ketua pergerakan wanita umno ini. Apa sudah jadi dengan Umno? Semakin hampir tarikh pemilihan, parti itu didepani isu dalaman sayap utamanya- pergerakan wanita. Ia berpunca daripada gerakan pembaharuan kerana pelan peralihan kuasa yang tidak selaras dengan pelan presiden parti itu Mac depan. Ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz menc