Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sahrizat Confirms Going For Wanita Umno Top Post

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Wednesday announced that she would contest the post of Wanita Umno chief at the party elections in March next year. The announcement ended speculation as to whether Shahrizat, the movement's vice-head, would abide by the power transition plan of Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz to hand over the post to her (Shahrizat) next June or contest the No.1 post in the party elections. The two-paragraph announcement by Shahrizat confirmed a Bernama report on Tuesday that she would decide to contest the top post and announce the decision today. "Wanita Umno must be united in strengthening the party and be bold in bringing about change and renewal," she said. Shahrizat has received 73 nominations to contest the post of Wanita Umno chief. Incumbent Rafidah has garnered 117 nominations. Shahrizat's decision puts paid to Rafidah's power transition plan which had received opposition from many Wanita Umno leaders who wanted Rafidah to hand

NEWS FLASH..SHAHRIZAT GETTING FULL SUPPORT FROM SABAH

Four Sabah Wanita Umno divisions have decided to back Datuk Seri Shahrizat Jalil . . These are the Keningau, Kimanis, Tuaran and Semporna Wanita Umno divisions. Sabah Wanita Umno chief Senator Datuk Armani Mahiruddin said Shahrizat now commands the support of 14 of the 25 divisions in Sabah. According to her, the latest support reflected the wishes of Wanita chiefs Amelia Anjun (Keningau), Maznah Ghani (Kimanis), Jamaliah Antaup (Tuaran) and Manis Muka Mohd Sara (Semporna) who disagreed to the transition of power from Rafidah to Shahrizat in June, next year. .

NEWS FLASH...MCA

Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, bulan lalu, menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

CERITA ORANG POLITIK 17

AI R..OH AIR..CUIT SEDIKIT MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.. dah lupa ke semasa baru jadi MB tiga/empat bulan lalu..garang sungguh nak ambilalih bekalan air di Selangor..kami rakyat Selangor dok tunggu..kok diambilalih dapatlah rebat air lagi..cuma kini dapat rebat 20 liter sebulan..kabarnya janji politik PKR ini kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darulehsan kena bayar RM17 juta sebulan..setahun xx lah..dua tahun xx lagi..sampai p-raya nanti empat tahun kena bayar RM68 juta..inilah akibat janji politik. Yang untung orang Selangor..khaabarnya MB dah surrender dengan Tan Sri Razali tokeh PuncakNiaga..tak mampu nak bayar pegangan beliau berbilion-bilion ringgit untuk ambilalih Syabas dan lain-lain..Tan Sri Razali pulak bijak..guna budak Asri kempen NGO psycho PKR supaya tak jadi ambilalih Puncak Niaga..Syabas Tan Sri..kalau nak bantuan saya kempen lagi..ok mintalah Asri hubungi saya. Inilah orang politik sanggup buat apa asalkan dapat undi..

CERITA ORANG POLITIK 16

ANALISIS KONFLIK WANITA UMNO (seperti tersiar dalam slot Akhbar Hari Ini RTM1 20/11/08). Wanita Umno kini berdepan dengan krisis kepimpinan yang hanya boleh diselesaikan oleh akar umbi pergerakan itu. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang wajar mengetuai sayap utama parti itu. Dua tokoh yang bertelagah perlu akur kepada kehendak akar umbi. Inilah antara jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut jawatan ketua pergerakan wanita umno antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Apakah membenarkan pertandingan jawatan berkenaan mampu menyelamatkan pergerakan itu? Kita analisis kemelut perebutan jawatan ketua pergerakan wanita umno ini. Apa sudah jadi dengan Umno? Semakin hampir tarikh pemilihan, parti itu didepani isu dalaman sayap utamanya- pergerakan wanita. Ia berpunca daripada gerakan pembaharuan kerana pelan peralihan kuasa yang tidak selaras dengan pelan presiden parti itu Mac depan. Ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz menc

CERITA ORANG POLITIK 15

Apa nak jadi dengan Pergerakan Wanita Umno..terbaru banyak Bahagian Umno mahu ketuanya berundur untuk beri laluan kepada orang nombor dua ..tapi Tan Sri Rafidah Aziz enggan tunduk kepada tekanan mahu pelan peralihan kuasa kekal pada Jun 2009.. Saya kenal sangat dengan TS Rafidah ini.Semasa saya bertugas sebagai Wartawan BH dahulu, saya agak rapat dengan beliau..sering bertelagah kerana beliau selalu menafikan kenyataan media yang diberikan kepada saya.TS Rafidah memang bijak,petah bercakap terutama hal ekonomi..suaranya lantang..beliau banyak memberi sumber berita kepada saya..hatinya memang keras sukar tunduk kepada tekanan.. apakah beliau akan tunduk .. Nampaknya Datuk Seri Shahrizat Jalil tiada pilihan ..elakkan wanita berpecah tanding lawan Rafidah.kalau tidak Shahrizat berdepan Datuk Kamalia Ibrahim yang sedia rebut jawatan nombor dua .. Bagaimana kalau Shahrizat masuk lawan Rafidah..yang untung Kamalia... i

CERITA ORANG POLITIK 14

alkisah apa yang berlaku di Rembau.. Menantu PM Khairy Jamaluddin menang untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia Mac nanti Tapi ada cerita belakang tabir yang jadi bualan ..ada perwakilan berbisik konon pencalonan Khairy tak demokratik..penyokong Khairy menjerit-jerit ketika seorang wakil meminta pencalonan dibuka..mereka jerit nama KJ..KJ..nama politik Khairy..wakil itu terpinga-pinga lantas tak jadi sebut nama lain.. Namun Khairy patut manang.i tempat sendiri tak kan ...kalah

CERITA ORANG POLITIK 13

Be rtemu kembali.Saya kembali ke Blog ini atas permintaan kawan-kawan yang suka terikhadap celoteh politik CERITA ORANG POLIIK ...Terima kasih kepada Datuk Ahmad Talib yang menegur saya minggu lalu ..Saya juga terkejut kerana wartawan terkemuka seperti beliau mengunjungi Racik.. ramai lagi yang mengunjungi RACIK ..dan kini RACIK akan bersama anda semula... CERITA ORANG POLIIK13 Berapa agaknya harga lelongan undi perwakilan yang akan kembali ke PWTC pada 24 Mac nanti? Itulah antara soalan nakal seorang teman yang juga ketua cawangan Umno ketika saya bertemunya baru-baru ini. Saya terpegun dengan pertanyaan itu.Apakah benar berlaku rasuah dalam prebutan jawatan dalam Umno Mac nanti? i Yang penting kita berjaya mencari pemimpin tulen..

CERITA ORANG POLITIK 12

Khabarnya mantan Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Said disebut-sebut mahu memimpin kaum hawa.Betul ke Datuk? Kalau duduk kerusi lama sangat, tentu ramai sudah bosan.Eloklah bagi kerusi itu kat orang baru.Tak payah nak rebut-rebut? Yang lama patut berundur untuk beri warna baru kepada sesuatu organisasi. Fikir-fikirkanlah!

Selamat Bertemu Kembali...

Dah lama blog ini saya biarkan sepi.Kini kita bertemu kembali untuk sama-sama mengisi ruang waktu. Cerita pilihan raya kian menghilang dari agenda politik.Bilakah pilihan raya ke 12 nak diadakan? Semua orang menunggu dengan debar di dada. Adakah anda tahu tarikhnya?

TERKINI -RAIS

Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim mengumumkan keputusannya tidak bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel pada November ini.Katanya, beliau tidak ada masa untuk berkempen kerana sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi J/K Sambutan Kemerdekaan Ke 50.Negara lebih utama,katanya.Syabash Datuk Seri. Dengan pengumuman itu tamatlah spekulasi (setakat hari ini) mengenai pengganti beliau di Parlimen Jelebu.Itulah politik.Apa yang dijangka, boleh berlaku sebaliknya- yunus alias.

CERITA ORANG POLITIK 10

alkisah..saya menerima satu panggilan telefon dari pejabat MB...kata si pemanggil saya dicalonkan untuk dianugerah pingat..terkejut beruk saya.Apalah jasa saya nak dibagi pingat.Saya tanya si pemanggil, "Pingat apa? Datuk ke?.." Si pemanggil kata Tak taulah.. Saya pun tak kisahlah.Dah ramai orang dapat pingat..yang susah dapat tanah..kalau kroni senang agaknya..sampai sekarang saya tak pernah "dikurnia" tanah..tapi kawan saya di Selangor dapat hingga lima enam puluh ekar..ratus pun ada..tiba-tiba jadi kaya.pakai kereta "orang kaya".Dia tu dulu kerja di Pejabat Tanah, bila berhenti campur politik..itu agaknya cara nak dapat tanah..tapi nak dapat pingat camno?Inilah politik..khabarnya banyak sangat orang politik dapat tanah.Strategik pula, memang sengaja nak bagi kaya kroni, sebab mereka jual dapat duit juta..juta..tapi jika dianalisa, yang untung bukan si pemilik tanah tadi, tetapi pembeli toke-toke yang memang sudah kaya.Misalnya dia beli dua juta, lepas t

CERITA ORANG POLITIK 9

Siapa ganti Rais di Parlimen Jelebu? Bekas Cikgu saya ini kabarnya nak dicalon sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Tentu duduk di London.Mungkin bertaraf Menteri? Kekal jadi Wakil Parlimen Jelebu.Tetapi jika sebaliknya, siapa calon yang sesuai ganti tempat Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim? Khabarnya orang Seremban akan turun tanding Parlimen Jelebu.Siapa? Jika ya, semua orang kenal beliau..tak apalah..asalkan kita kenal dan diterima oleh pengundi Jelebu.Datuk Rais bukan calang-calang tokoh..bekas MB,Menteri dan kini Menteri KEKWA..calon yang bakal ditonjolkan nanti mesti setanding dan mempunyai karisme seperti beliau juga. Datuk Rais memang seorang yang versetail dan disukai penduduk Jelebu.Beliau pernah duduk di Amerika mengajar peace corp dan balik ke Jelebu mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang kemudian belajar undang-undang di Singapura,balik buka firma Guaman di Kuala Lumpur. Beliau pernah kalah di Parlimen Jelebu kerana bertukar "kapal" tetapi kembali semula

CERITA ORANG POLITIK 8

ALKISAH DI SELANGOR.. Marah benar MB Selangor Datuk Seri Dr.Khir Toyo.Minggu lalu kisah pemberian pingat kepada pegawai kerajaan Selangor.Pembohongan terancang,katanya.Tak buat kerjapun dapat pingat..ikut giliran kata orang Selangor.Pingat dah banyak sangat ditempah kut..bagi-bagilah sesama "kroni"..Memang betul kata MB itu.Kalau pergi ke pejabat kerajaan, kita mesti ambil cuti sehari.Selalu pegawai "outstation" atau "meeting".Kita datang jam 8 pagipun,selalu begitu..di pejabat Tanah,Daerah ke..semua sama.SUK?..depa ni lupa siapa bayar gaji agaknya..duit cukai yang kita bayar tulah..sikap begini memang patut ditegur..pun dapat pingat..malulah sikit.. Lagi kisah MB Selangor...pasal pecah tanah dan rasmi web portal..Dr.Khir kata tak mau layan jemputan begitu..lepas pecah tanah,rakyat datang ke Bukit Melawati mengadu pemaju hilang..begitu juga web portal,lepas rasmi tak update..macam-macam lagilah.. Lepas ni apa pula.?.

CERITA ORANG POLITIK 7

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bhg Johor Baharu 7Julai hangat.Ketuanya Khalid Mohamad bangun bentang usul tergempar mengenai Lee Kuan Yew.Khalid marah Lee Kuan Yew tuduh Umno johor mahu jatuhkan Pak Lah.Dia desak Lee Kuan Yew tarik balik tuduhan itu.Ucapan Khalid dapat sokongan pemuda yg hadir. Sidang itu bayak tumpu kepada Lee Kuan Yew dan Wilayah Pembangunan Iskandar .Khalid cadang semua nama Melayu dalam WPI dikekal.

CERITA ORANG POLITIK 6

Baru-baru ini saya ke Selatan.Singgah sekejap di bumi kelahiran pahlawan Melayu lima sahabat -Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Singgah duduk di warung Bandar Hilir.Duduklah seorang lelaki berusia lingkungan 40an.Dia membawa briefcase.Diletaknya briefcase di atas meja.Saya kira lelaki ini 'bukan sebarangan", bertali leher.Kacak dan bergaya ala eksekutif...tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lantas menyapa:Helo YB! Dia menghulur tangan.Lelaki yang dipanggil YB itu tidak menyambut tangan lelaki itu yang mahu berjabat salam."Baik.."katanya dengan nada kurang senang.Dia macam malu dipanggil YB.Kenapa? "Aku gurau je.."kata rakannya tadi.Dia segera mencapai kerusi dan duduk sebaris dengan meja saya. Rupanya lelaki tadi ialah AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Dia sering dipanggil YB di kalangan rakan rapat. Mereka seolah-olah mahu bermesyuarat.Membelek-belek fail yang dikeluarkan dari briefcase sejak tadi. "Yalah kita kena bant

MENJELANG 50TAHUN MERD EKA

Renung-renungkanlah.Siapakah yang menguasai pasaran alat permainan kanak-kanak di negara kita? Renung-renungkanlah menjelang 50 tahun kita merdeka ini.Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini selepas merayau-rayau di sebuah pusat belibelah.Saya memasuki sebuah kedai yang dipenuhi pelbagai 'toys'.Sambil membelek-belek dan meminta jurujual deminstrat satu 'toys'.Toys itu menyanyi lagu-lagu patriotik China.Nada musiknya jelas.Lantas saya bertanyakan jurujual itu,tak ada ke 'toys' keluaran tempatan dan lagunya,jawab jurujual selamba 'semua buatan China dan Jepun.Orang Malaysia tak pandai kut..'katanya. Saya terfikir kebenaran kata-kata jurujual berusia sekitar 20an itu.Kenapa kita tak rebut peluang bilion ringgit ini.Keluarkanlah 'toys' buatan Malaysia.Masukkan lagu2 patriotik kita supaya generasi baru nanti dapat ditanamkan semangat cintakan bangsa dan negara.Saya percaya usahawan kita mampu mencipta 'toys' Malaysia.Jangan biarkan pasa

CERITA ORANG POLITIK 5

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak Rabu 13 Jun sibuk "menepis" dakyah Amerika Syarikat yang melabelkan Malaysia dalam "Tier3" antara negara yang membenarkan penyeludupan manusia.Malaysia dituduh tidak melakukan secukupnya atau ertikata lain "merestui" kegiatan berkenaan.Negara lain yang turut dituduh ialah Myanmar,Cuba,Korea Utara dan Sudan.Dakwaan itu terkandung dalam laporan setebal lebih 260 muka surat dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat "The whole situation in the report is prejudged without understanding the local position. The report is based on certain assumptions that are not valid, not legitimate,"kata Syed Hamid kepada media di Kuala Lumpur. Beliau bengang dengan laporan itu.Malaysia dituduh gagal menyedia akta kyusus bagi membendung kegiatan itu Laporan itu mahu kerajaan lebih bersungguh-sungguh mengatasinya.Soalnya apakah kebenaran laporan seumpama itu?