Kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu pada Ogos 2006 menggemparkan dunia.Polis menahan Penganalisis Politik terkemuka Abdul Razak Abdullah Malim Baginda 48 tahun,dua anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri,32 dan Kopral Sirul Azhar Umar 36 ditahan.Mayat wanita itu ditemui berkecai akibat diletupkan dengan bom di Shah Alam Selangor. Abdul Razak ditahan selama 151 hari di Penjara Sungai Buluh kerana dituduh bersubahat.Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Oktober lalu.Dua anggota UTK itu diperentah membela diri.Ikuti pengalaman di penjara dan pengakuan Abdul Razak mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor- yunus alias. "Pengalaman berada di dalam tahanan selama 22bulan adalah satu tempoh yang sangat menekan, menduga dan menyedihkan sepanjang 48 tahun hidup saya," demikian luahan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam sidang media pertamanya selepas dibebaskan pada 30 Okt l