Langkau ke kandungan utama

SEKOLAH SATU ALIRAN?

ANALISIS 3/12-
(seperti tersiar dalam Akhbar Hari Ini RTM1 pada 3.12.08)
Cadangan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir supaya hanya satu sistem pendidikan diwujudkan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum mengundang pelbagai reaksi.
Ada anggapan cadangan itu bukan pendekatan terbaik, juga di pihak lain sebaliknya.
Isu pendidikan terbuka untuk dibahaskan jika tujuannya untuk membaiki sistem yang ada agar meningkatkan lagi mutu pendidiklan negara.
Tetapi ia mungkin menjadi sensitif jika ia dijadikan isu politik hingga polimik megenainya menyentuh soal kepentingan sesuatu kaum.
Dalam hal ini analisis melihat polimik yang tercetus daripada cadangan Datuk Mukhriz menjurus ke arah kepentingan kaum yang wajar diperjelaskan.
Dan bagi tujuan itu kita analisis kepentigan sekolah pelbagai aliran yang ada kini agar semua Pihak memahami matlamat pendidikan negara.
Sekolah satu aliran atau Sekolah pelbagai aliran?
Apakah kebaikan dan apa pula kekuranganya?
Perkara itu kini dijadikan polimik hingga ke parlimen.
Soalnya apakah resolusi kita?
Kita harus melihat matlamat pendidikan di negara kita.
Sistem pendidikan yang ada kini berdasarkan Penyata Razak 1956.
Antara yang ditekankan dalam Penyata Razak ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah .
Matlamatnya untuk mengeratkan perpaduan kaum dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
Inilah yang telah digariskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menggubal dasar pendidikan negara lebih 50 tahun lalu.
Sistem itu telah dikembangkang dengan mewujudkan sekolah aliran Kebangsaan ,China dan Tamil .
Tujuannya untuk memberi peluang pendidikan samarata bagi rakyat negara ini.
Sekolah pelbagai aliran itu berjaya membentuk generasi Malaysia pasca-merdeka.
Apakah asas untuk merombak sistem pendidikan model Penyata Razak itu ?
Kita perlu bersikap rasional dan melihat jauh ke depan sebagaimana bijaksana Allahyarham Tun Razak menggubal sistem pendidikan negara dahulu.
Kita mungkin melakukan kesilapan jika memaksa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar bagi semua sekolah di negara ini.
Apa yang perlu kita lakukan ialah menaik taraf pembelajaran bahasa Melayu di sekolah aliran China dan Tamil.
Pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlu diajar bahasa Melayu,kebudayaan Melayu,sejarah Melayu dan peradaban Melayu secara lebih meluas agar mereka memahami nilai sosial dan budaya orang Melayu.
Jumlah waktu pembelajaran subjek berkenaan wajar dikaji semula bagi memberi ruang yang lebih kepada pelajar di sekolah berkenaan mempelajari bahasa dan kebudayaan Melayu.
Menghapuskan sekolah aliran China dan Tamil dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tidak harus dilihat sebagai jalan mudah untuk memupuk perpaduan kaum.
Tindakan itu tentulah mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan kaum berkenaan yang akan memberi kesan kepada masa depan negara.
Satu mekanisme yang sesuai perlu dicari jika kita ingin memupuk perpaduan melaui pendidikan. dasar pendidikan hari ini bertujuan membolehkan setiap rakyat memilih jenis sekolah yang mereka mahu .
sekolah jenis kebangsaan juga telah dijadikan sebahagian sistem pendidikan nasional seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1996.
kewujudan sekolah berkenaan sudah termaktub dalam undang-undang negara.
keadaan in i sudah difahami oleh rakyat dan tidak perlu ditimbulkan lagi apalagi dijadikan polimik politik.
Penyata Razak 1956 sentiasa ditamabah baik dari masa ke semasa.
Ia disesuaikan dengan Laporan Barnes yang disediakan oleh L.J,Barnes pada 1951.
Laporan itu mencadangkan dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan pelajaran bahasa Cina dan Tamil dibenarkan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
Sistem ini diamalkan di negara kita dan memenuhi kepentingan rakyat pelbagai kaum sejak merdeka lagi.
###.

Ulasan

awang kata berkata…
Jika sekolah satu aliran dijangka dapat memberikan kesan yang lebih baik dan bukan sekadar baik, maka kenapa kita harus menolaknya. Selama inipun terdapat banyak masalah akibat daripada sistem sekolah pelbagai aliran dan bukti dan fakta telah terkumpul sekian banyak, dan pastinya bukan dengan omongan kosong. Diharap ia bukan juga sekadar cakap undi. Rakyat wajar memilih yang terbaik untuk negara.
我是傻佬 berkata…
sekolah cina, bukan sekolah "China".kami bukan orang China,kami orang malaysia.
:D

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.