Langkau ke kandungan utama

FATWA HARAM YOGA

(seperti disiarkan dalam Akhbar Hari Ini RTM TV1 jam 7.30 pagi 25.11.08)
Sabtu lalu Majlis Fatwa Kebangsaan mengistiharkan amalan senaman Yoga sebagai haram dan bertentangan dengan syariat Islam.
Reaksi terhadap fatwa itu pelbagai.
Ada pihak meyokong dan di pihak lain mempertikai fatwa berkenaan.
Dan kini dua negeri - Selangor,Perak enggan melaksanakannya SERTA MERTA..
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan Mufti negeri itu membincangkan amalan senaman itu di Selangor secara terperinci sebelum keputusan dibuat mengenainya.
Sultan Selangor juga berharap di masa depan sesuatu fatwa yang membabitkan kepentingan ramai perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja.
Baginda mahu memastikan fatwa yang dibuat dilaksanakan tanpa sebarang kontroversi.
Di Perak juga sama.
Kerajaan negeri itu mahu merujuk fatwa berkenaan kepada jawatankuasa fatwa dan majlis agama dan adat istiadat negeri Perak sebelum mendapat perkenan Sultan untuk melaksanakannya.
Jabatan Aagama Islam negeri itu menarik balik kenyataan pengharaman yoga yang dibuat semalam.
Apakah sebenarnya yang berlaku?
kita berharap tiada campurtangan politik dalam isu berkaitan yang membabitkan dua negeri berkenaan yang dikuasai pembangkang.
Kuasa berkaitan agama Islam memanglah terletak di tangan Raja-raja an Sultan negeri-negeri.
Tetapi dalam melaksanakan sesuatu fatwa , rakyat tentu bertanya apakah kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan?
Adakah majlis itu sekadar membuat fatwa dan fatwa pelaksanaannya terserah kepada kerajaan negeri-.
Lebih malang lagi jika pihak lain dibenarkan mempertikaikan fatwa berkenaan.
Inilah yang perlu diperjelaskan.
Umat Islam tidak wajar dibiarkan keliru dengan fatwa yang diputuskan oleh majlis itu.
Apa yang berlaku kini majlis fatwa seolah-olah bertindak sebagai agensi pembuat dasar yang tiada kuasa perundangan.
Fatwa yang diputuskan oleh majlis itu sepatutnya berkuatkuasa serentak di seluruh negara.
Konflik sepatutnya tidak berlaku jika majlis fatwa kebangsaan diberikan status lebih tinggi.
apakah tujuan sesuatu fatwa dibuat.Kita percaya ia tentulah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
Sekiranyab sesuatu itu difatwakan haram, tentulah kajian sudah dibuat dan fatwa itu patut dipatuhi semua negeri tanpa soal jawab lagi.
Tindakan Selangor dan Perak menangguhkan pelaksanaan fatwa pengharaman senaman yoga tidak memberi faedah kepada penduduk kedua-dua negeri berkenaan.
Lagi lambat dilaksanakan, lagi banyak dosa yang ditanggung?
Kita tidaklah mempertikaikan hak Sultan membuat keputusan dalam isu-isu agama, tetapi kita percaya Sultan mahu pelaksanaan fatwa itu menepati matlamatnya.
Sebagai negara berbilang keturunan dan menjamin kebebasan beragama, fatwa pengharaman senaman yoga itu tidak memberi kesan kepada pengamal senaman itu dari keturunan bukan Islam.
Mereka boleh terus bebas mengamalkannya.yang ditegah hanya penduduk Islam.
Majlis fatwa kebangsaan ketika mengharamkan senaman berkenaan menjeaskan senaman itu bertentangan dengan syariat Islam kerana ia turut mengamalkan pemujaan melalui mantera semasa senaman itu dilakukan.
kita percaya penjelasan majlis fatwa kebangsaan terhadap keputusan mengharamkan senaman yoga itu berasas dan ia dibuat selepas kajian teliti dilakukan.
negeri-negeri yangb ingin membincangkan fatwa berkenaan perlu menyegerakannya.
tindakan segera perlu diambil bagi mewartakan fatwa berkenaan supaya umat islam di negeri berkenaan tidak terus bergelumang dengan dosa kerana mengamalkan senaman yoga yang difatwa sebagai haram!-yunus alias.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...

FACT ON NCR LAND IN SARAWAK

T he results of a  survey carried out in 1976 (FAO 1980) revealed that out of a total of 12,325,208 hectares of land in Sarawak, 26% was cultivated in various crops. Twenty-three percent of this 26% was under shifting cultivation, 0.4% in wet rice, and 2.5% in various tree crops (rubber, pepper, cocoa, fruit trees, etc.) At any given time, large areas of land under shifting cultivation were left fallow and were held under native rights based on customary law or adat. The Iban farm over 69% of the total area cultivated, and accounted for 47% of all holdings. The Chinese farm 8% of the area and accounted for 16% of the holdings, and the Bidayuh farm 16% of the area and had a total of 11% of the holdings. The Malay and Melanau farm almost 6% and 4% of the area respectively, and accounted for 15% and 6% of the holdings. Sarawak Land Code (SLC: Part II, page 27), (3) customary rights to land could only be created prior to 1 January 1958 in accordance with the native customary la...

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.